Bab 17

147 8 0
                                    

"Papa," Aliya menegur Datuk Hashim yang sedang leka menonton televisyen. Dia mengambil tempat di sebelah papanya itu. Datuk Hashim menutup televisyen dan menoleh memandang Aliya.

"Liya minta maaf pasal hari itu. Liya tahu Liya dah sakitkan hati papa," ucap Aliya dengan perasaan bersalah. Sudah hampir seminggu dia tidak menegur Datuk Hashim kerana masih merajuk dengannya. Namun dia tidak boleh lama bersikap sedemikian kerana dia tahu yang dia bukan seperti Afiyah yang masih berdendam dengan Datuk Hashim sehingga kini.

"Papa tak salahkan Liya pun. Papa juga minta maaf kalau selama ini papa tanpa sedar dah sakitkan hati Liya. Dalam dunia ini hanya Liya dan Fiyah harta bernilai yang papa ada. Hidup papa dah lengkap dengan adanya Liya dan Fiyah," balas Datuk Hashim dengan senyuman. Aliya mengeluh dalam diam mendengar kata-kata papanya itu.

"Liya pun maafkan papa. Tapi papa jangan pula minta Liya maafkan perempuan itu. Liya tak mampu papa. Liya masih tak boleh terima apa yang perempuan itu dah buat pada papa," balasnya dengan nada tegas. Datuk Hashim mengeluh perlahan. Dia menoleh memandang Afiyah yang sedang turun dari tingkat atas.

"Fiyah, papa nak cakap sikit pasal hal semalam," tegurnya apabila melihat Afiyah sudah sampai di hujung anak tangga. Afiyah berhenti melangkah.

"Apa yang berlaku semalam tak seperti yang Fiyah fikirkan. Daf datang bukan..."

"Bukan sebab Fiyah? Itu yang papa nak cakap kan? Fiyah tak kisah. Lantak dia lah nak cakap apa. Dia dah tak ada kaitan pun dengan Fiyah dah. Cuma satu aje kalau dia datang jumpa papa lagi, beritahu dia yang Fiyah dah ada orang lain," pintas Afiyah dengan nada keras sebelum berlalu ke dapur.

"Tengok lah anak papa yang biadab itu," celah Aliya dengan sinis.

"Papa okay?" soalnya pula agak risau. Datuk Hashim hanya tergelak kecil cuba menyelindungkan perasaannya yang sebenar. Dia menyentuh ubun kepala gadis itu.

"Tak baik cakap macam itu. Fiyah ada sebab yang kukuh untuk sakitkan hati papa. Pasal papa, Liya tak payah risau sangat. I'm okay," balasnya dengan senyuman. Aliya menggeleng tidak percaya dengan reaksi papanya itu.

"Pa, Liya yang nampak ini pun sakit hati tau tengok perangai minah itu. Apatah lagi papa. Macam mana Liya tak risau, papa ini papa Liya juga. Liya tak sanggup tengok papa macam ini. Sampai bila pa? Nak tunggu sampai bila baru minah tak guna itu nak berhenti sakitkan hati papa?" soalnya tidak berpuas hati.

"Aliya enough. Papa tak suka Liya gaduh dengan Fiyah. Cukup lah papa aje yang terlibat. Papa tak nak hubungan Liya dan Fiyah juga rosak sebab papa," balas Datuk Hashim dengan perasaan sebak. Aliya mendengus geram.

"Sorry pa. Tapi Liya tak suka perempuan itu. Liya bukan tak cuba. Liya dah cuba demi papa. Tapi perempuan tak guna itu langsung tak beri Liya peluang. Perempuan itu jijik tengok muka Liya pa. Dia hina Liya! Hina arwah mama! Liya tak akan maafkan perempuan sial itu!"

Pangg!!

Aliya menyentuh pipi kanannya yang terasa perit. Datuk Hashim terkedu dengan tindakannya sendiri. Aliya pantas bangun dan terus berlalu keluar dari rumah. Air matanya mula menitis. Hanya disebabkan perempuan itu, papanya yang tidak pernah walau menjentiknya selama ini kini telah berani menamparnya.

Sampai hati papa. Liya baru aje minta maaf dengan papa. Tapi papa dah mula tampar Liya pula.

Datuk Hashim meraup wajahnya.

Ya Allah, apa yang aku dah buat ini.

*****

Dahin menepuk perlahan bahu gadis yang sedang termenung itu. Aliya hanya memandang sekilas wajah lelaki itu.

"Kenapa ini? Dahin terserempak dengan Rina tadi dan dia beritahu yang Liya nampak tak sihat," tanya Dahin sambil menyentuh dahi gadis itu.

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now