Afiyah merenung cincin yang berada di jari manisnya sebelum memandang Eijaz yang berdiri di hadapannya. Eijaz tersenyum.
"Terima kasih sayang," ucapnya dengan perasaan gembira yang tidak mampu lagi diungkapnya. Afiyah mengeluh perlahan.
"Kalau saya beritahu awak yang saya terima cincin ini sebab tak nak malukan keluarga awak, apa perasaan awak?" soalnya sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Eijaz terkedu.
"Maksud Fiyah?" soalnya agak kalut. Dahinya berkerut.
"Eij, saya tak bersedia lagi. Saya perlukan masa Eij. Saya masih tak pasti lagi dengan perasaan saya ini," kata Afiyah dalam nada yang perlahan. Sejujurnya dia masih keliru. Eijaz menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya.
"So, tadi Fiyah terima cincin ini hanya untuk mengelak Eij dan keluarga malu?" tanyanya dengan perasaan kecewa. Afiyah mengangguk perlahan dengan perasaan bersalah.
"Eij dah kata, tak ada paksaan. Kenapa Fiyah buat Eij macam ini?" soal Eijaz dengan perasaan sebak. Afiyah menggigit bibir.
"Sorry Eij. Fiyah tak sanggup malukan keluarga Eij. Ramai sangat orang yang datang tadi," katanya dengan perasaan berbaur. Eijaz menggeleng.
"Sekarang ini kedua family kita dah sepakat bulan depan kita akan bertunang. Macam mana Eij nak beritahu mereka?" soal Eijaz dengan kening yang berkerut. Dia meraup wajahnya. Afiyah diam membisu. Dia sudah tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk soalan lelaki itu. Eijaz memandang gadis yang sudah terduduk di kerusi yang berhampiran. Dia duduk berteleku di depan Afiyah.
"Eij tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi saat Fiyah hulurkan tangan untuk terima cincin, Eij rasa sangat gembira. Kalau boleh Eij nak aje kahwin dengan Fiyah esok. Eij takut kehilangan Fiyah lagi," katanya perlahan dengan nada sebak.
"Eij..."
"Beri Eij peluang Fiyah. Eij nak habiskan sepanjang hidup Eij dengan Fiyah," pintas Eijaz sambil menundukkan kepalanya. Hanya Allah yang tahu betapa sakit hatinya apabila mendengar pengakuan gadis itu sebentar tadi.
Kenapa Fiyah?
Afiyah mengeluh lagi.
Ya Allah.
*****
Dahin menggenggam telefon bimbitnya dengan erat. Perkhabaran daripada Suha benar-benar membuatnya hilang semangat.
"Dahin," panggil Datuk Jamal sambil menyentuh bahu anak lelakinya itu. Dia yang sedari tadi memerhatikan Dahin pantas menghampiri apabila melihat wajah pucat anak lelakinya itu.
"Pa," kata Dahin dengan nada yang sangat perlahan. Bibirnya bergetar ingin mengatakan sesuatu namun tidak ada perkataan yang keluar.
"Dahin kenapa ini?" tanya Datuk Jamal mula risau. Dahin memeluk orang tua itu. Tanpa sedar air matanya mengalir.
"Fiyah dah terima lamaran Eij," beritahunya dengan suara serak. Datuk Jamal membalas pelukan lelaki itu.
"Dahin kena ingat jodoh itu rahsia Allah. Apa pun yang berlaku selepas ini, Dahin kena teruskan langkah. Bukan jodoh Dahin dengan Fiyah. Mungkin di luar sana ada yang Allah dah tetapkan untuk Dahin," nasihatnya separuh memujuk setelah agak lama membiarkan Dahin tenggelam dengan perasaannya. Datuk Jamal melepaskan pelukannya.
"Sorry pa," ucap Dahin sambil mengesat air matanya.
"It's okay son. Bahu papa untuk Dahin. Bila-bila masa Dahin boleh pinjam," balas Datuk Jamal separuh bergurau. Dahin hanya tersenyum hambar.
"Son, papa minta maaf kalau tak membantu. Papa cuma mampu beri nasihat. Dahin kena kuat tempuhi dugaan ini. Percaya lah, Allah maha merancang," sambung Datuk Jamal sambil menepuk lembut bahu lelaki itu. Dahin hanya mengangguk tanpa membalas. Lidahnya kelu untuk berkata kerana masih terkejut dengan perkhabaran Suha.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir
RomansaAinun Afiyah- "Cinta...?" Daim Daffa- "Maafkan Daf, berilah Daf peluang sekali lagi," Eijaz Elman- "Awak marah atau sayang?" Aira Aliya- "Dengar sini! Aku akan pastikan lelaki itu jadi milik aku!" Dahin Dahlan- "Awak tak tahu. Sebab awak tak pernah...