Bab 16

154 7 0
                                    

Langkah Aliya terhenti apabila terpandang pasangan yang sedang makan bersama sambil tergelak. Keningnya berkerut melihat Eijaz mencubit manja pipi gebu Afiyah.

"Liya, jom duduk kat sana," ajak Rina sambil menarik lengan Aliya. Dia nampak apa yang dilihat oleh gadis itu. Oleh itu dia cuba untuk mengawal keadaan. Aliya menurut dengan perasaan berbaur.

"Liya nak makan apa? Rina tolong belikan," tanya Rina sambil memandang sekeliling yang kelihatan agak lengang. Memang nasib mereka agak baik hari ini. Situasi seperti itu hanya akan berlaku sekali dalam sebulan. Dan hari ini merupakan hari mereka. Rina tersenyum gembira. Dia memandang Aliya semula. Gadis itu kelihatan muram. Rina mengeluh perlahan. Dia menjeling pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Rina, Liya," tegur Suha sambil tersenyum melambai ke arah mereka. Rina tersenyum membalas lambaian gadis itu. Aliya hanya memandang sekilas ke arah Suha yang sedang menarik kerusi di hadapannya.

"Hari ini Suha nak lunch dengan korang. Suha tak nak ganggu orang tengah bahagia itu," katanya sambil tergelak kecil. Wajah muram Aliya mencuri perhatiannya.

"Nak makan apa?" soal Rina sambil berdiri.

"Macam biasa," jawab Suha tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik.

"Yalah makcik," balas Rina sebelum beredar. Suha sekadar tersenyum memandang langkah rakannya. Dia memandang Aliya semula.

"Liya okay? Macam tak sihat aje," tanyanya agak risau melihat wajah Aliya yang mula kelihatan pucat.

Kenapa? Liya ini biar betul.

Suha menjeling Afiyah dan Eijaz yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Boleh Suha tanya sesuatu?" soal Suha separuh meminta apabila melihat gadis itu hanya membisu tanpa menjawab soalannya sebentar tadi. Gadis itu dilihatnya seperti tenggelam dengan dunianya sendiri. Aliya yang sedari tadi hanya tunduk memandang jari jemarinya di atas meja mula mengangkat sedikit wajahnya membalas pandangan Suha.

"Liya anggap Eij itu apa?" soal Suha agak berdebar. Aliya terkedu.

"Liya jangan salah faham. Suha cuma nak tahu perasaan sebenar Liya pada Eij," sambung Suha mula rasa serba salah. Aliya menarik nafas dalam. Sejak Eijaz masuk ke kolej mereka, memang dia tunjukkan minatnya pada lelaki itu di hadapan Suha dan Rina sehingga kedua-dua rakannya itu percaya yang dia benar-benar sudah jatuh hati dengan Eijaz.

"Jangan risau. Liya tahu Fiyah itu kawan baik Suha. Liya memang minat Eij. Tapi tak lah sampai cintakan dia," jawab Aliya dengan nada tegas tanpa memandang wajah Suha.

"Jangan lah cakap macam itu. Fiyah dan Liya adalah kawan baik Suha. Liya buat Suha rasa bersalah pula," kata Suha yang kurang senang dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Sorry," ucap Aliya mula tersenyum. Namun senyumannya itu sangat hambar pada pandangan Suha.

"Musuh Liya cuma perempuan itu. Bukan Suha atau Rina. Tapi Liya tak sedar yang Liya dah libatkan korang pula. Sorry," sambungnya sambil mengeluh perlahan.

"Makanan dah sampai," celah Rina sambil meletakkan makanan di atas meja.

"Thank you," ucap Aliya sambil mula mencapai sudu. Dia berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Suha mengeluh dalam diam.

"Apa kata hujung minggu ini kita keluar? Dah lama kita tak keluar bersama," cadang Aliya sambil menyumbat nasi ke dalam mulutnya.

"Setuju," jawab Rina dengan riang.

"Suha?" tanya Aliya sambil memandang wajah rakannya itu. Rina turut memandang Suha yang hanya mendiamkan diri selepas kedatangannya.

Tadi bukan main ceria lagi Minah ini. Dah kenapa?

Pilihan TerakhirWhere stories live. Discover now