Rayyan Malique (P.O.V)
Pagi itu,Rayyan tersedar kerana bunyi alarmnya menganggu tidurnya dan dia juga terasa ada yang memeluk pinggangnya.Matanya membulat kerana adiknya,Aryan tidur di biliknya malam itu.
'Aduh semaklah kau ni.Yan,kau berambus sekarang.Ada bilik sendiri taknak tidur nak juga buat semak kat bilik aku ni'marah Rayyan pagi itu.
'Eish kau ni bang,tak boleh tengok aku senang sikit.Ada je yang nak kacau.Kejaplah.Best pulak tidur kat sini.'balas Aryan sambil matanya kembali terlelap.
'Haih.Nasib aku sayang kau.' getus Rayyan dalam hatinya.
Rayyan terus bangun dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh.Walaupun mereka keluarga yang agak berada tetapi kewajipannya sebagai umat Islam tidak pernah ditinggalkan oleh keluarganya malah keluarga Akhyar dan Eric juga begitu.
Selepas selesai solat subuh,Rayyan mengejutkan adiknya untuk bangun pula menunaikan solat.
5 minit kemudian...
'Yan,aku kira sampai 3 kau tak bangun,aku simbah air'kata Rayyan dengan nada suaranya sudah naik satu oktaf.
Aryan yang terdengar kata-kata keramat Rayyan lalu bangun dan berlari masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat.
Bukan tidak kenal dengan abang kembarnya,apa yang dia cakap itulah yang dia akan buat.Phew,abang sape lahni.
Selepas solat,mereka berbaring semula di bilik Rayyan dan sambung bermain game ps4 sehingga tertidur.Maklumla anak orang kaya,tv pon disediakan dalam bilik.
Kadang terdengar mereka memaki hamun sesama sendiri kerana kalah.
'Eish kau main tipu kan Yan.Bab* lah kau.Dahla tumpang main kat bilik aku.Mana aci Yan.Shit.' marah Rayyan kepada adik kembarnya,Aryan sambil mengusutkan rambutnya.
Handsome.-author
Aryan hanya tersenyum bangga.Kebiasaannya,dia yang kalah tetapi pada hari itu dia berjaya mengalahkan Rayyan.
Mereka bermain hingga kembali terlelap di atas carpet bilik Rayyan.Ngantuk sangat lahtu agaknya.
***
'Rayyan,Aryan bangun.' kejut Datin Adriana kepada dua anak terunanya.
Sudah lama dia tidak melihat mereka tertidur bersama sambil bermain video game.
Rayyan bangun lalu duduk terlebih dahulu dan menggosok-gosok matanya.Nampak comel.
Aryan pula masih nyenyak tidur.
'Rayyan,awak mandi dulu.Mummy akan kejutkan Aryan kejap lagi.' kata Datin Adriana.
Rayyan akur akan kata-kata mummynya.
Tidak lama selepas itu,Rayyan keluar bilik melihat biliknya sudah tidak seperti tadi.Kini,lebih kemas dan teratur.Mungkin mummy yang kemas tadi.kata Rayyan sendirian.
Sememangnya,Rayyan tidak suka jika biliknya bersepah.Lain pula dengan Aryan,dia tidak kisah jika biliknya itu bersepah atau tidak kerana apabila dia masuk ke biliknya,biliknya pasti akan sentiasa kemas.
Siapa lagi nak kemas kalau bukan maidnya.
Setelah kedua-dua kembar itu bersiap,mereka turun ke bawah untuk bersarapan.
'Good morning,mummy and papa' kata mereka serentak lalu mencium kedua pipi orang tua mereka.Di rumah,mereka memang seorang anak yang manja.
Selepas bersarapan,Rayyan keluar sebentar untuk mengambil angin di taman rekreasi.Aryan tidak mengikutnya kerana malas.
***
'AHH SEGARNYA UDARAAAA' jerit Rayyan setelah tiba di situ.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia , Jodohku
PoetryAlex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh kebanyakan wanita di luar sana.Namun,dia agak kasar apabila bercakap dengan wanita.Akhyar juga baka...