Alex Akhyaruddin (P.O.V)
Entah kenapa,sejak melihat Mimi semalam di masjid dan semasa majlis persandingan,Akhyar baru perasan yang Mimi ni cantik juga.Hatinya juga seperti sudah terpaut dengan kecantikan Mimi.Dia juga seperti sudah redha akan takdirnya.
Dia juga sudah berniat untuk belajar mencintai isterinya.Kini,dia hanya perlu membuka hatinya untuk isteri sendiri.Apa salahnya kan?Mereka melangkah masuk ke dalam banglo sebesar istana itu.Rumah itu merupakan hadiah pemberian dari kedua ibu bapa mereka.
Barang-barang di dalam rumah itu juga telah tersedia.Mereka hanya perlu membawa baju sahaja.
Flashback
Semalam,sebelum Akhyar naik ke bilik hotel,Dato'Sri Zaqwan serta papanya bercakap sekejap dengan Akhyar.
'Akhyar,nanti dah pindah rumah tu,tolong jaga anak papa tu elok-elok.Dia tu sebenarnya manja tapi mula-mula ni memang dia takkan tunjuk.Nanti Akhyar tau lah perangai dia tu macam mana ya.Maafkan papa kalau anak papa tu tak sempurna ya.Papa percaya kamu boleh jaga anak papa dengan sebaik mungkin.Kalau kamu taknak Mimi tu nanti,pulangkan dia kepada papa dengan cara baik macam mana papa bagi kamu ya.'kata Dato' Sri Zaqwan tenang.
Papa Akhyar mula hanya mengangguk mengiyakan kata-kata rakannya.
Akhyar hanya tersenyum sebelum berkata,
'Insyaallah pa,saya akan jaga Mimi dengan sebaik mungkin dan saya akan belajar terima dan mencintai dengan sepenuh hati saya.Papa doakan yang terbaik buat kami ya.'balas Akhyar.
Flashback ends.
'Pilihla bilik mana yang kau nak kat tingkat atas tu.Aku nak angkat baju kita kat luar tu.'kata Aryan kepada Mimi.
Mimi hanya mengangguk dan terus naik ke tingkat atas menggunakan lif.
Mimi melangkah masuk ke bilik sebelum berkata.
'Wahhhhhhhh...'jerit Mimi selepas masuk ke dalam bilik yang mewah itu.Cukup mewah.
Mimi meloncat naik ke atas katil sebelum matanya terus terlelap.
1 jam kemudian...
Tok!Tok!Tok!
Mimi tersedar dari tidurnya kerana terdengar bunyi ketukan pintu dari luar bilik.Mata memandang ke arah pintu bilik tersebut.
Mimi mengerutkan dahi apabila ternampak Akhyar yang berdiri tegak di depan bilik itu.
'Kenapa ketuk?Nak apa?'tanya Mimi kepada Akhyar.
Akhyar tidak menjawab malah terus merempuh masuk ke dalam bilik tersebut.
Mimi hanya merengus.Suka hati je masuk bilik aku.
'Ingat sikit kita ni dah kahwin.Kalau papa dan mama buat spotcheck bilik kita.Mati aku.'jawab Akhyar dingin.
Mimi hanya diam.
'Habistu kita duduk sebilik?'tanya Mimi lagi.
Akhyar tidak menjawab malah mengangguk sahaja.
Mimi melepaskan keluhan berat.
'Dahla saya nak mandi jap.Awak buatlah apa yang awak nak.Asalkan jangan sentuh barang saya sudah'kata Mimi lalu menapak ke arah bilik air.
Akhyar hanya memerhatikan Mimi sebelum tersenyum nipis.
'Eh aku dah jatuh cinta dengan dia ke?'kata Akhyar sendirian lalu menggelengkan kepalanya.
Akhyar akhirnya tertidur di atas katil.
![](https://img.wattpad.com/cover/171350210-288-k967968.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia , Jodohku
PoetryAlex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh kebanyakan wanita di luar sana.Namun,dia agak kasar apabila bercakap dengan wanita.Akhyar juga baka...