Alex Akhyaruddin (P.O.V)
Keesokan paginya,Akhyar menelefon Rayyan,Eric dan Aryan untuk memberitahu tentang dia akan berkahwin,dia terus bersiap untuk mencari baju melayu.
Akhyar juga sama seperti Mimi.Terpaksa berkahwin.Dia berkahwin kerana tidak ingin mengecewakan keluarganya.
Akhyar mengeluh.
'Tak pasal pasal aku kene kahwin dengan perempuan acah tu.Dahla aku tak suka dia.Bawak bala lah perempuan tu.Ado.'rungut Akhyar.
Setelah siap dia bergerak bersama dengan papanya dan uncle Zaqwan menaiki Lamborghini Aventador.
Mimi Rania (P.O.V)
Sebulan kemudian...
Mereka melangkah dengan perlahan masuk ke dalam masjid.Terdapat banyak mata yang memandang terus ke arah Mimi.Terlalu ramai yang berpakaian serba putih.
Mimi mengambil tempat sebelum matanya terus terpandang kelibat Akhyar yang sedang duduk bersila di hadapan papanya.Handsomenya.
Akhyar menoleh ke arah Mimi dan merenung gadis itu lama.Mimi seperti sudah mengagak yang Akhyar tidak ada hati untuk meneruskan perkahwinannya ini.Namun,apakan daya...
'Alhamdulillah,nampaknya semua dah ada.Jadi,boleh kita teruskan?'tanya seorang pak cik tua yang berpakaian serba hitam.
Perlahan-lahan Akhyar menganggukkan kepalanya dan tersenyum nipis.
'Aku terima nikahnya,Mimi Rania bt Zaqwan dengan mas kahwinnya sebanyak 500 ribu ringgit tunai.'
'Sah'
'Sah'
'Sah'
Saat itu,air mata Mimi mengalir.Dengan sekali lafaz sahaja,kini,dia sudah bergelar isteri yang sah kepada Alex Akhyaruddin.
Babes terus memeluknya erat.Tidak sangka Mimi yang akan berkahwin terlebih dahulu di antara mereka.Mereka juga menitiskan air mata kerana tahu Mimi terpaksa dengan perkahwinan ini tapi apakan daya,ini sudah takdir Mimi.Semoga Mimi tabah menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri.Insyaallah.Ameen.
Semasa upacara pembatalan air sembahyang,Akhyar bergerak dan Mimi menyalami tangan Akhyar.Akhyar pula mencium dahi Mimi sekejap.
Tidak lupa juga,jurugambar sibuk merakam momen terindah mereka berdua.
Kemudian,tiba masanya untuk bergambar dengan ahli keluarga serta kenalan rapat.
Setelah habis bergambar,Mimi mengambil angin di luar masjid.Dia ingin mencari ketenangan sebelum dia sendiri berani bersemuka dengan Akhyar.
'Hey'tegur satu suara garau di belakangnya.
Mimi terus menoleh ke belakang dan tersenyum sebelum kebelakangkan sedikit badannya.Eric,Rayyan dan Aryan bergerak melangkah ke arah Mimi.
'Iya,ada apa?'tanya Mimi lembut.
Walaupun dia tidak sukakan Akhyar namun dia perlu menghormati rakannya kerana mereka juga merupakan orang yang terpenting dalam hidup babes.Lagipun diorang takde kena-mengena dalam hal ini.
'Congratulations,kau dah jadi isteri Akhyar so it means yang kau juga dah termasuk dalam club kitorang.Welcome to our club,Mimi Rania.'kata Aryan sambil mendepakan tangannya.
Mimi hanya tersenyum.Apa-apa jelah Aryan ni.
Rayyan dan Eric menonjol kepala Aryan.Dasar budak bengap.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia , Jodohku
PoetryAlex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh kebanyakan wanita di luar sana.Namun,dia agak kasar apabila bercakap dengan wanita.Akhyar juga baka...