Alex Akhyaruddin (P.O.V)
Setelah selesai menghabiskan kerja,Akhyar terus balik ke rumah kerana hari ini dia akan fly ke New Zealand bersama isterinya.Ini kali pertama mereka ber'honeymoon' selama hampir 4 tahun perkahwinan mereka.Ini kerana Akhyar asyik sibuk menguruskan syarikat.Yelah dah jadi CEO kan.Hoho.
Tidak seperti rakannya,lepas kahwin terus pegi honeymoon.Untung.
***
Penerbangan selama 10 jam itu akhirnya tamat apabila seorang pilot mengumumkan bahawa mereka telah sampai di Lapangan Terbang Auckland.
Wajah isterinya yang sedang elok terlentok di bahunya dipandang sekilas dengan senyuman.
'Mimi,we've arrived.'ujar Akhyar lembut.
Mimi menggosok matanya sebelum dia membetulkan sedikit tudungnya yang sedikit serabai.
Akhyar bangun dan memimpin tangan Mimi selepas mengambil luggage yang dibawa.Akhyar nampak lebih kacak dengan pakaian tshirt Polo dan jaket kulit berwarna hitam diluar serta seluar jeans.Spec hitam dipakai dan tangannya elok terletak di kocek seluar.
Masuk sahaja ke lapangan terbang,mereka terus bergerak ke arah kereta mewah untuk check-in hotel.Kereta apa?Entohler.Tapi mewah lah kereta tu.Kereta mewah itu meluncur laju keluar dari lapangan terbang tersebut.
Setibanya di satu kawasan yang agak cerun yang menghijau,Mimi meminta lembut kepada pemandu agar menghentikan kereta.Mimi membuka daun pintu kereta tersebut dan menapak ke arah satu kawasan yang dipenuhi kambing biri-biri.
Apabila Mimi cuba untuk menyentuh biri-biri itu,biri-biri itu sempat mengelak.Perbuatan itu membuatkan Mimi menarik tangannya dan dia tergelak sendiri.
Tanpa sedar,Akhyar mengambil gambar Mimi menggunakan kamera DSLR milik Akhyar.Dia kemudiannya tersenyum nipis dan bergerak ke arah isterinya lalu memeluk isterinya dari belakang.
'Eh awak ni kenapa?Hahahah'tanya Mimi sambil gelak.
Akhyar hanya membiarkan persoalan Mimi berlalu.Kini,dia ingin meluangkan masa bersama isterinya sahaja.
'Dahla jom.Kita balik hotel.Nanti kita datang lagi.Kan kita seminggu kat sini.'kata Akhyar sebelum memimpin tangan dan berlalu pergi ke arah kereta mewah itu tadi.
Mimi hanya akur dan menuruti kata-kata suaminya.
***
Malam itu,ketika makan tiba-tiba,'Ewelkk..welkk'Mimi terus pergi ke tandas dan memuntahkan segala isi perutnya.
Akhyar yang memerhati sahaja Mimi yang muntah itu berasa pelik.
Mimi tiba di meja makan dan mengajak Akhyar untuk balik ke bilik.Katanya tak sedap badan.Akhyar terus bangun dan memimpin tangan isterinya.
'Kau okay tak ni?'tanya Akhyar kepada Mimi.Wajah Mimi dipandang sekilas.
'Saya okay je.Makanan kat situ tak sedaplah.'kata Mimi.
'Eh yeke?Sedap je saya makan tadi.Bukan ke tu makanan yang awak nak sangat makan kalau kita pergi sini?'tanya Akhyar sekali lagi.
'Saya kata tak sedap,tak sedaplah.Ish'kata Mimi marah dan melepaskan tangannya dari pegangan Akhyar.
Dah kenapa pulak bini aku ni.Tiba-tiba nak marah.Period ke apa?Haih.
Masuk sahaja dalam bilik hotel itu,Mimi terus baring dan tertidur.
Akhyar hanya memerhatikan tingkah laku Mimi yang pelik itu.
'Awakkk,saya nak aiskrim.Jom kita pergi makan.'kata Mimi lalu mengejut Akhyar yang sudah tertidur di sebelahnya.
Akhyar bangun dan jam di telefonnya dikilas.
Ha?Dah 4 pagi.Mana ada kedai aiskrim buka.Waduh.
'Kedai aiskrim dah tutup la.Kau ni kenapa tiba-tiba je nak makan aiskrim durian.Mana nak cari kat sini.'kata Akhyar lalu menyambung tidurnya.
'Awak ni kan memang tak sayang saya kan.'kata Mimi dan baring membelakangi suaminya.
Akhyar bangun setelah mendengar kata-kata Mimi.Dia terus bangun dan keluar untuk mencari aiskrim durian.Dia hanya memakai baju sejuk dan berseluar pendek paras lutut.
Satu jam kemudian,Akhyar masuk dengan tangan yang memegang aiskrim durian.
'Nah'kata Akhyar lalu menghulur aiskrim itu kepada Mimi.
Mimi terus bangun dan makan dengan gelojoh.
'Kalau ye pun,tak payahla makan macam orang yang dah berapa tahun tak makan.'kata Akhyar lalu tersengih.
Mimi hanya menghiraukan kata-kata Akhyar.Nikmat dapat makan aiskrim.Nyum Nyum.
***
Akhyar tersedar lagi apabila mendengar pintu bilik air yang ditutup dengan kuat.'Ya Allah,boleh kene sakit jantung aku.Aphal bini aku ni sejak-sejak ni.Haih'getus Akhyar dalam hatinya.
Dia terus bangun dan mengetuk pintu bilik air.
'Kau okay tak tu?Dahla lepasni siap-siap kita pergi klinik.Dah berapa hari kat sini kau asyik muntah-muntah je.Tak syok ah honeymoon'kata Akhyar.
Mimi keluar dengan lemah.Tak larat.Habis semua isi dalam perutnya dikeluarkan.
Mimi terus bersiap untuk pergi ke klinik.
'Congratulations,your wife is pregnant almost 2 months' kata doktor itu sambil berjabat tangan dengan Akhyar.
'Thank you doctor.'
Mimi terkejut dan terus memandang wajah Akhyar.Akhyar pula hanya tersenyum sebelum mengucapkan syukur.
Balik sahaja ke hotel,Mimi terus memberitahu rakannya tentang berita itu.Rakannya semua mengucapkan syukur dan tahniah kepada Mimi.
Honeymoon yang sepatutnya selama seminggu itu bertukar menjadi 2 hari 1 malam apabila Datin Sri Norhayati menyuruh mereka agar pulang ke Malaysia.
'Sorry,kita kena balik Malaysia pulak harini.'kata Mimi kepada Akhyar.
'Ala takpelah.Aku tak kisah pun.Kau tengah mengandung kan,next time kita pergi lagi sini bawa baby kita sekali.'ujar Akhyar lalu tersenyum.
Setibanya di KLIA2,keluarga Akhyar dan keluarga Mimi telah pun menunggu mereka.
Mimi berpelukan dengan mamanya,ibu mertuanya dan kakak iparnya.Akhyar pula bersalaman dengan papa dan bapa mertuanya.
'Alhamdulillah,dapat juga mama cucu.'kata Datin Sri sambil mengusap kepala Mimi lembut.
'Wuuu dik.Kemain eh dah nak ada anak dah kau.Terror jugak kau yar.Hahahahha.'kata Yana dan tergelak kuat.
'Well'kata Akhyar riak.
Semua di situ turut tergelak.
Mimi hanya tersenyum nipis dan sempat mencubit pinggang suaminya.
'Dah-dah jom balik.Kita sambung borak kat rumah ya.'kata Dato' Sri Zaqwan.
>>boring kan?tau dah.tak payah cakap.Huhu.Dah takde idea sangat ni.Idea yang banyak banyak semua tu dah taknak keluar bila dapat tahu lagi berapa hari je lagi nak sch.Banyak jalan cerita yang sis potong.Eishhh.Harap korang sudi baca dan vote even boring.Sorryyy !!
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia , Jodohku
PoetryAlex Akhyaruddin. - Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mempunyai kacukan Inggeris.Cukup lengkap untuk menjadikannya antara lelaki yang digilai oleh kebanyakan wanita di luar sana.Namun,dia agak kasar apabila bercakap dengan wanita.Akhyar juga baka...