26th

4.8K 111 1
                                    

Hilman Ridzuan (P.O.V)

   'Tak payah lah kau tolong aku.Aku boleh buat sendiri'kata Hilman geram.

   'Okay,man.Hati-hati.Hahahah'kata Adam.

Hilman terus mematikan talian.

Sakit hati melihat Mimi yang bermesra dengan suaminya di luar rumah menghantar pemergian rakannya.

   'Rania,kau tunggulah.Aku akan dapatkan balik kau.'kata Hilman sebelum tersenyum sinis.

Alex Akhyaruddin (P.O.V)

   'Mimi,duduk sini sekejap'arah Akhyar kepada isterinya setelah kesemua keluarga dan kenalan rapat mereka pulang ke rumah.

Mimi hanya akur dan menapak ke arah suaminya.

   'Kau takde rahsiakan apa-apa kan dari aku?'tanya Akhyar kepada Mimi.

Mimi terdiam lantas menggeleng laju.

Akhyar sebenarnya sudah tahu cerita kisah silam Mimi melalui Eric,Rayyan dan Aryan.Ini kerana,Shuhada dan twinnies sudah terlepas cakap.Jadi,mereka terpaksa memberitahu Akhyar perkara itu dan menyuruh Akhyar agar berjaga-jaga.Kisah Mimi yang menangis tempoh hari juga Akhyar sudah tahu apa sebabnya.Kini,Akhyar sudah mengupah orang untuk mengikuti Mimi kemana sahaja Mimi pergi.

Akhyar tersenyum.

Mungkin dia taknak beritahu aku lagi.Takpe,Mimi.Take your time.Saya akan tunggu awak sampai awak nak cerita masalah tu dekat saya.Hm.

Mimi terus memeluk Akhyar lagi dan berkata,

   'Apa-apa yang terjadi saya nak awak tau yang saya sayangkan awak sorang je tau.'akhirnya terluah juga kata-kata itu dari mulut Mimi.

Akhyar terdiam.

   'Aku pun sayangkan kau'kata Akhyar lalu membalas pelukan isterinya.

Ya Allah,kekalkan lah rumah tangga kami ini sampai ke Jannah.Ameen.

   'Dah,tak payah nak berdrama kat sini.Jom kita kemas.Nanti esok awak dah pergi kerja,tak aci lah saya kemas sorang-sorang'rungut Mimi manja.

Akhyar terus bersetuju dan bergerak menuju ke dapur sambil berpimpin tangan dengan isterinya.

   'Aik,pergi dapur pon nak pimpin tangan?'tanya Mimi pelik.

   'Haah mesti.Sebab aku taknak hilang kau.'kata Akhyar dan mempereratkan tangan mereka.

Mimi hanya ketawa sahaja melihat telatah suaminya.

***
Mimi Rania (P.O.V)

Mimi turun ke bawah setelah selesai membersihkan diri.

Matanya terus terpandang Akhyar yang sedang duduk di sofa sambil menghadap laptop nya.Akhyar hanya memakai tshirt berlengan pendek dan sweatpants dan tuala kecil disangkut di lehernya.Rambutnya yang masih basah terurai ke depan sama sekali tidak menjejaskan fokusnya kepada kerja yang perlu dibuat.Kacak.

Mimi terus melangkah ke arah Akhyar dan menggosok kepala Akhyar bagi mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala tadi.

Akhyar hanya diam tidak bereaksi.

Suka lah tu.HAHAHHA.Comel je lah Akhyar ni.

   'Awak nak hot chocolate?Saya boleh tolong buatkan'tanya Mimi sambil menyambung kerjanya mengeringkan rambut Akhyar.

Diam.

   'Awak,saya tanya ni.'rengek Mimi.

   'Hm'jawab Aryan pendek.

Dia , JodohkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang