18th

4K 106 2
                                    

Mimi Rania (P.O.V)

Semalam,Mimi beredar dari situ selepas melempiaskan kemarahannya terhadap Akhyar.Sungguh dia bencikan lelaki.

Cukuplah pengalamannya dengan Hilman membuatkan dia serik untuk jatuh cinta.Memang tidak dinafikan oleh Mimi,Akhyar itu hensem.

Tapi,kalau muka je hensem,perangai dan adab langsung takde.Buat apa.Eish.

Entah-entah womanizer.Kebiasaannya memang macam tulah kan?Hensem tapi sayang suka mainkan perasaan wanita.

Terus,Mimi teringat akan perisitiwa yang berlaku kepada dirinya bersama Hilman.

Flashback.

Sebelum belajar di Sunway College,Mimi lebih suka namanya dipanggil sebagai Rania.Mimi pernah belajar di Hong Kong bersama dengan rakannya.Namun,ada satu kejadian yang membuatkan Mimi dan rakannya bepindah ke Malaysia dan membuat keputusan untuk sambung belajar di Malaysia sahaja.

3 years ago.

Sejak bertemu dengan Hilman,Mimi sudah angau.Bukan sebab apa pon,sebab Hilman sudah berjaya mencuri hatinya.Pada mulanya,Mimi tidak suka kan Hilman kerana Hilman selalu mengganggunya dan Mimi tidak suka akan perkara sebegitu.Nak kawan,kawan jela.Ni nak bagi ayat pickup line lah bagai.Euw.Tetapi,sejak kejadian Mimi hampir dirogol kerana melalui kawasan yang sunyi,Mimi terhutang budi kepada Hilman malah merasakan bahawa Hilman merupakan seorang lelaki yang baik.Dan sejak hari itulah,Mimi dan Hilman mulai berkawan rapat.

Sepanjang mereka 'berkawan',hari-hari Mimi dipenuhi dengan gelak tawa.Tidak ada satu hari pun yang Hilman akan membuatnya sedih.Kerana lelaki itu juga mencintai Mimi.Namun,sangkaannya meleset apabila disebabkan satu kejadian,Hilman terus meninggalkan dia begitu sahaja dan sejak itulah,Mimi tidak pernah lagi mendengar khabar tentang Hilman.

Malam itu,kawan Hilman mengajak Mimi untuk keluar.Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan tentang Hilman.Jadi,Mimi terus bersetuju untuk berjumpa dengan Adam iaitu kawan Hilman di sebuah cafe.

Sedang asyik berbual,Mimi merasakan kepalanya pening yang teramat sangat.Tiba-tiba,matanya mulai kabur dan Mimi pengsan.Suara yang terakhir yang dapat didengarinya ialah..

   'Bawak dia pergi ke tempat ni' kata Adam dengan sinis lalu beberapa orang perempuan terus mengangkatnya.

Apabila bangun,Mimi terkejut kerana badannya sudah diselimuti dengan 'comforter' yang tebal.Badan pula sudah tidak tersarung dengan baju.Mimi sangat terkejut dan menangis sekuat hati.Dia menyesal kerana keluar dengan Adam pada malam itu.Dia juga merasakan bahawa Adam ialah dalang di sebalik ini semua.

Balik sahaja di rumah sewa,Mimi menceritakan perkara sebenar kepada Babes.

Semua rakannya turut bersimpati dengan nasib Mimi.Namun,Mimi sedar bahawa lelaki itu tidak mengapa-apakan dia kerana ketika ingin keluar dari bilik hotel itu.Ada satu 'note' diletakkan di atas meja.

   'Hey,Rania.Dont'worry.Kau masih suci sebab kitorang tak sentuh langsung pon kau.Kitorang cuma jalankan tugas je.Lepas baca nota ni,bersyukurlah ye sebab kau masih ada dara lagi.hehe.bye,love.Muah'

Ye,memang benar Mimi sangat bersyukur kerana dia masih ada dara dan lelaki itu tidak menyentuhnya.Namun,apa yang akan terjadi kalau Hilman tahu perkara ni.

Sungguh pada saat itu,Mimi takut akan kehilangan Hilman.

Dua bulan lamanya,Mimi mendiamkan diri.Dia menjadi tersangat dingin sehinggakan rakannya sering dimarahi oleh Mimi.Namun,mereka tetap bersabar dan sentiasa berada di sisi Mimi kerana mereka faham apa yang dialami oleh Mimi itu boleh membuatkan dia trauma.Mimi tidak berjumpa mahupun menelefon Hilman untuk bertanya khabar kerana dia takut untuk berterus-terang dan dia juga takut Hilman akan salah faham terhadapnya.

Dia , JodohkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang