4th

6.2K 186 8
                                    

Shuhada Danea (P.O.V)

Pagi itu,Shu terpaksa bangun awal pagi kerana Mimi dan twinnies mengajaknya untuk pergi berjoging.Ikutkan hati,Shu malas kerana dia bukanlah seorang yang minat dalam aktiviti sukan walaupun hanya berjoging.Dia lebih suka duduk melihat korean drama yang terbaru dan melepak.Kalau takpun,dia sanggup pergi ke mall seorang diri untuk mengisi masa lapangnya.

   'Baby,dah siap ke belum?' jerit Mimi dari tingkat bawah.

   'Yee.Kejap...kejap...Aku dah nak siap lah ni' jeritan Shu hanya sayup sayup kedengaran kerana rumah sewa mereka agak besar dan luas.

Tidak lama kemudian,Shu turun ke bawah selepas bersiap.Shu nampak lebih cantik dengan tudung bawal yang diikat ke belakang dan memakai baju serta seluar berjenama Adidas.

   'Okay settle.Jom gerak.'kata Shu kepada Mimi dan twinnies.

   'Ehh nanti duluu.Makan lah sikit ni.Aku penat tau siapkan sandwich dengan air susu ni.Nanti kang tengah jog tiba-tiba menggigil lah apa lah sebab tak makan'perli Efrina kepada Mimi.

   'Nak perli agak agaklah sis.'  Mimi menjeling manja kepada Efrin lalu dia duduk dan sandwich itu dimasukkan ke dalam mulut dan Mimi mengunyahnya dengan penuh berselera.

Efrin tidak menghiraukan jelingan Mimi kerana sudah terbiasa dengan sikapnya yang begitu.Namun,dia tahu bahawa Mimi adalah seorang rakan yang amat menjaga keselamatan dia serta adiknya,Aira dan Baby.Buktinya,dia telah menyelamatkan Shu daripada digoda oleh seorang lelaki di U.

   'Weh,esok ada extra class lahsia.Bapak ah.Sir Fattah nak buat.Ala malasnyaaaaaa.' kata Aira dengan nada yang meleret.

   'Eh yeke?Bukanke dia dah nak amik cuti sebab wife dia tinggal tunggu hari je nak bersalin?'soal Shu kepada kami bertiga.

   'Haah.Betullah tu.Tapi dia ada cakap yang dia buat ni last sebab kan kita dah nak amik exam tak lama lagi,at least dia ada lah bagi tips tips akhir before kita exam'kata Efrin kepada kami.

   'Oh'balas kami bertiga serentak.

Setelah siap makan,kami menggunakan kereta Mini Cooper milik si kembar untuk pergi ke taman rekreasi.

Taman Rekreasi.

   'Eh jap aku sakit perutlahh pulak.Korang jog lah dulu,aku nak ke toilet kejap je.' kata Shu kepada kami sambil memegang perutnya yang sakit.

   'Halah halah time-time ni la nak sakit perut lah apalah.Ha yelah kitorang gerak dulu tau.Bye!'balas Mimi lalu dia membuat stretching terlebih dahulu diikuti oleh Aira dan Efrin.

10 minit kemudian...

   'Ha lega pun dah melepaskan segala niat-niat yang tak baik heheh'kata Shu dalam nada perlahan takut didengari oleh beberapa orang makcik yang berada di situ.

Ketika sedang berjalan,Shuhada ternampak lagi dengan sekumpulan lelaki yang dijumpainya di Cafe Mate tempoh hari.Dia menyorok di celah celah pokok untuk mengintai lelaki tersebut.

Shu sedang mencari-cari lelaki yang diminatinya itu tetapi bayangan lelaki itu langsung tiada.

   'Eee handsomenya mamat haritu tu.Tapi harini dia takde pulak hm.Takpelah bukan rezeki aku kot huhu.' getus Shu dalam hatinya.

Kemudian,Shu ingin beredar untuk  pergi ke tempat rakannya namun dia terlanggar dengan seseorang sehinggakan kakinya terseliuh.

   'Aduhhh...Sakitnya.Heish baru nak jog dah jatuh pulak.'aduh Shu namun setiap kata katanya dapat ditangkap oleh seseorang yang melanggarnya itu.

   'Em awak okay?'suara garau itu menegur Shu.

   'Eish boleh tanya lagi.Awak tak....'kata kata Shu terhenti apabila menyedari bahawa dialah lelaki yang dicari-cari tadi tu.Haih untung badan harini.

   'Hellooo,are you okay miss?'soal lelaki itu kepada Shu sambil tangannya dilambai-lambaikan kepada Shu kerana dia tahu Shu pastinya sudah angau akan kekacakannya itu.

   'Eh ha ss..ssayaa okk..okkay je hehe.Takpe takpe,terseliuh sikit je ni.Nanti okayla tu.' balas Shu sambil menggosok-gosok kakinya.

Sebenarnya sakit lagi tapi dia hiraukan kerana baginya sakitnya itu hilang apabila terjumpa dengan lelaki yang diminatinya sejak di cafe tersebut.

   'Oh okay,then.I'm so sorry sebab terlanggar.Saya pergi dulu.Oh ya,my name is Eric Adrian.People do call me Eric but em untuk awak just call me Ian.It would be nice.How about your name?'kata Eric kepada Shu.

Shu ternganga sekali lagi kerana akhirnya dapat jugak dia mengetahui nama lelaki tersebut.Lepasni senanglah dia nak usha-usha kat ig ke apa ke.Hehe.Maklumla nowadays ni,maklumat di hujung jari je.

Beberapa saat kemudian,Shu menggelengkan kepalanya agar sedar dari angaunya tadi.

   'Em oh,nice to meet you Ian.My name is Shuhada Danea.Just call me Shuhada.Eh ha okayla saya pergi dulu,rasanya kawan saya dah 2 round dah tu jog.hehehe.Assalammualaikum.'balas Shu dalam nada yang amat sedap didengar.

   'Oh alright.Waalaikumussalam'balas Eric dengan muka yang senyum lebar.

Akhirnya,pada hari itu Shu berasa amat gembira kerana dapat bercakap malah dapat mengetahui nama 'crush'nya itu.Good news ni perlu disampaikan pada babes.Hehe.

Di rumah.

Shu dan Mimi turun kebawah serentak kerana mereka solat terlebih dahulu.Manakala kembar pula PMS jadi mereka lah yang menyiapkan makanan untuk makan malam pada hari itu.

Setelah meja siap dihidang dengan lauk yang enak,mereka duduk lalu membaca doa makan dan seterusnya makan bersama-sama.Itu adalah rutin harian mereka.Mereka akan menggunakan waktu makan malam untuk bercerita dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama mereka.

Tiba-tiba...

   'Weh korang.Em aku ada nak cakap sikit ni hehe.'kata Shu kepada mereka.

   'Ha apa dia?Nak cakap,cakap lah takyah mintak izin bagai.Mesti ada something kan? Kan ?.' balas Mimi sambil mengecilkan matanya kepada Shu.

   'Eish,mana ada lah.Haihh.Harini aku happy gilaaaaaaa wehhhhh.Korang tau tak tadi kenapa aku tak join korang jog?' kata Shu dengan gembira.

   'Ha asal?'serentak Mimi,Aira dan Efrin menjawab.

   'Aku jumpa crush aku weh ahhhhhhhh.Bapak ah hensem do srs.Eyy gewamm iteww.'kata Shu sambil jerit dengan menunjukkan gaya yang agak gedik.

Maka,malam itu mereka mendengar kejadian yang berlaku antara Shu dan 'crush'nya.Cerita mereka diselitkan dengan gelak tawa yang tidak terkawal.

>>hye , so macam mana dengan chapter ni ? Okay ke idokk ? Kalau okay,please vote! Hehe mwahh.
  

Dia , JodohkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang