Dia melangkah masuk dengan berhati-hati . Seperti mengelak dari perkara buruk berlaku.Dia bertekad sejak hari ini dia akan berdikari. Buat apa dia tinggal dalam rumah itu jika semua nya benci dengan dirinya.
Pelbagai usaha yg dibuat utk memperbaiki hubungan keluarga mereka tapi tiada yg berubah. Dia tetap dianggap sebagai orang asing.
Tapi dia adalah anak yg mereka sendiri yg ambik drinya sebagai anak angkat . Bukan kerna kehendaknya . Tapi keinginan kedua pasangan.
Namun layanan terhadap dirinya berubah apabila si isteri disahkan mengandung sepasang kembar setelah beberapa bulan dia di ambil sebagai anak angkat.
Dia tak ubah seperti org gaji sepanjang si isteri mengandung. Tapi dia yg masih kecil hanya menurut tanpa membantah.
Apabila si isteri melahirkan anak layanan diberi tetap sama. Sehingga si kembar juga tidak menganggap dirinya sebagai kakak kepada mereka.
Melayan seperti orang gaji. Tetapi , dia masih beruntung mereka masih ada ihsan , memberikan pendidikan kepada dirinya.
Kini dia berusia 18 tahun. Kedua pasangan tersebut dikurniakan 4 orang anak 2 lelaki dan 2 perempuan.
Dia berada dalam biliknya yg kecil dan sempit. Dia melipat sweaternya dan sepasang baju tshirt dan seluar trak hitam lalu memasukan kedalam beg galasnya.
Dompet nya yg mempunyai ic dan sedikit wang yg diberi oleh sebagai gaji dia membuat keje rumah dimasukkan ke dalam beg. Serta dua bungkus roti dan payung kecil juga dimasukkan. Tidak ketinggalan kotak first aid yg kecil berisi plaster , minyak, iodin .
Lalu dia menggalas beg sebelum dia keluar dia memandang bilik nya buat kali terakhir. Bilik ini menjadi saksi dia menangis kerana dimarah, dipukul, di dera . Dia meletakkan sampul putih diatas meja kecil di tepi pintu.
Dia memegang tombol pintu dan keluar dari situ. Dia memandang seluruh isi rumah. Memandangkan sekarang sudah lewat malam semua penghuni rumah itu telah tidur.
Dia sempat menyiapkan semua perkara di rumah itu. Seperti menjemur kain, lipat kain baju, masakkan makanan utk di jamah keluarga itu pagi nanti. Dia juga siap menggosok baju kerja si suami bagi pasangan . Rumah juga telah di kemas dari tingkat tiga hingga ke ruang tamu.
Dengan buat semua itu dia menganggap dia tiada lagi hutang dengan keluarga itu. Lagipun tanpa pengetahuan pasangan dia telah menguruskan hal anak angkat nya . Dengan itu dia tidak lagi terikat dengan keluarga itu.
Dia berjalan perlahan menuju ke pintu utama . Dan membuka dengan perlahan. Menyarung selipar jepun . Sebelum menekan kunci belakang tombol pintu dan menutup pintu dengan perlàhan.
Dia menunduk mengambil kasut sekolah hitam yg lusuh dimasukkan kedalam plastik sebelum simpan dlm beg nya.
Hanya selipar jepun itu dan kasut itu sahaja yg dia ada. Lalu dia berjalan ke pagar rumah yg begitu gah .
Laman rumah yg dilalui mengingati pelbagai peristiwa yg menyayatkan hati . Dan sungguh pilu. Lebih banyak perkara yg menyedihkan berbanding gembira.
Di sebabkan itu , dia bertekad utk keluar dari sangkar kesedihan dan mencari kegembiraan di luar sana . Dia pasti mesti ada jalan utknya.
Dia menyelusuri tepi jalan . Malam itu menjadi malam hilangnya insan yg bernama Annur Ameera binti Ahmad Hakim dari keluarga itu. Dan perginya tak akan kembali.
Dia berazam utk menjalani hidup baru . Dan mencari kebahagiaannya. Serta melaksanakan impian dan cita-citanya.
Kegelapan malam bukan penghalang baginya utk keluar dari rumah itu malah itu adalah satu peluang keemasan baginya.
Rambut hitamnya pendek yg di biarkan lepas di ikat di tocang satu . Lalu menarik zip sweater yg dibeli secara sembunyi . Serta menarik hood kehadapan.
Sekali lihat dirinya tak ubah seperti lelaki tapi dia perempuan.
Dia terus berjalan perlahan hingga tiba di perhentian bas yg terletak jauh dari rumah tersebut.
Dia tahu tiada bas yg beroperasi pada tika ini malah teksi. Dia hanya duduk sebentar utk menghilangkan lelahnya . Tanpa sedar mata nya kian memberat lalu ketiduran di situ dan kepalanya tersandar di tiang perhentian bas.
Dia penat, seharian dia tidak berehat kerana menyiapkan kelengkapan keluarga itu.
Tidurlah wahai Annur Ameera tuhan sentiasa menjaga mu....
Bisikan itu selalu mendamaikan dirinya apabila dia di marahi , dipukul atau di dera. Setiap kali perkara yg menyedihkan berlaku bait itu yg kedengaran mampu melapangkan dada nya dan menghilangkan rasa marah dan dendam nya terhadap keluarga itu.
Tanpa sedar dia tersenyum dalam kegelapan malam.
🎒🎒🎒🎒🎒
TBC
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...