Ameera mencampakkan begnya diatas katil dan duduk kasar di birai katil.Dia mengurut-urut kepalanya. Kemudian dia merebahkan dirinya diatas katil.
" kenapa dia cari aku? Ada lagi ke hutang yg aku belum balas? " kata ameera sendiri sambil merenung kosong kipas yang berpusing perlahan.
" mungkin dia nak marah aku sebab aku lari dari rumah? Atau dia marah kan aku sebab aku putuskan hubungan aku dengan dia sebagai keluarga angkat. " andai ameera sendiri.
Dirinya semakin tidak tenang sejak berjumpa dengan lelaki tadi yg mengaku dirinya sebagai papa.
" encik saiful hariz... apa dia nak lagi dari aku? Tak puas dia dera aku 18 tahun yg lepas?" Ameera menungkapkan nama sebenar lelaki tersebut tanpa sengaja kemudian suara sedikit bergetar mutiara jernih akan jatuh bila-bila masa kerana takut apa yang bakal menanti dirinya.
Dia tiba-tiba terus bangun dari pembaringanya.
" kau tak boleh macam nih annur ameera... sejak kau keluar dari rumah tuh.. kau dah bertekad untuk hadapi segala cabaran dan dugaan yg menimpa kau dengan tabah. Lelaki tuh baru je muncul dan dia belum ada sebarang tindakkan. Kau tak boleh lemah macam nih. Ye betul tuh.. aku tak boleh lemah... " kata ameera seperti memberi semangat kepada diri sendiri. Lalu mengusap mutiara yang berada di tubir matanya.
" the life must go on. Allah always with you. Allahu akbar!" Kata ameera lagi lalu bertakbir kuat. Dia pernah terbaca dalam sesuatu buku ilmiah bahawa sebutan allahuakbar mampu mengusir perasaan takut dalam jiwa. Kerana allah itu lebih berkuasa dari hambanya. Dia terasa kuat setelah mengucapkannya.
Lalu dia masuk ke tandas untuk berwuduk bagi menunaikan solat maghrib.
Setelah selesai solat ameera menangkat tangan untuk berdoa.
'Ya allah . Wahai tuhanku yg satu . Yg mencipta seluruh alam dan isinya. Yang maha berkuasa lebih dari makhluknya. Ya allah ampunkanlah dosa ku.. dosa kedua ibu bapaku.. dan dosa sahabat ku... ya allah lindungilah aku dari kezaliman orang yg zalim. Ya allah lindungilah aku dari azab kubur dan lindungilah aku dari fitnah dajal. Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik pelindung.amiin'
Hatinya sungguh tenang setelah mengadu kepada Yang Esa. Insya allah allah adalah sebaik-baik perancang .
" sekarang , for my future." Kata ameera selepas melipat telekung nya . Kemudian dia ke meja belajarnya dan membuka laptop nya. Setelah menulis untuk beberapa minit ..
" alhamdulilah... dah siap..." kata ameera. Lalu memandang resume nya yang baru lengkap dengan maklumat tentang dirinya.
" esok hantar. Mungkin minggu depan dapat call interview... ahh.. tak sabarnya..." kata ameera yg ceria sambil membayangkan dirinya sedang berkerja kerja yang diidamkan.
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
" so, next plan?" Tanya seseorang yg tak dpt dilihat kerana cahaya lampu tidak mengenai wajahnya.
" hancurkan! Hidup dia.." balasnya.
" tapikan bos, sampai sekarang kami tak faham kenapa bos nak cari perempuan tuh?" Tanya kuncunya." ouh, kau nak tahu sebab apa?" Tanya laki tuh. Semua kuncunya menganggukkan kepala dan menunjukkan rasa ingin tahu.
" budak tuh dah buatkan isteri dan anak-anak aku berpecah belah... sejak budak tuh keluar dari rumah aku... tak de satu benda yg kami buat betul. Dan isteri yg aku sayangi, dia yg paling banyak berkorban sejak budak tuh keluar. Sampaikan tangannya yang lembut menjadi kasar. Anak-anak aku tak pernah faham keadaan kami. Yg mereka tahu, keperluan mereka ada dan cukup. Tapi aku tak boleh salahkan anak-anak aku. Tapi, budak perempuan tuh yg buat semua benda nih kucar kacir. Kalau dia tak keluar dari rumah aku. Pasti aku tak akan kacau hidup dia . isteri dan anak-anak aku hidup bahagia..." jelas nya lagi.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...