rumah mak ngah...ameera dan amar berkumpul di rumah mak ngah memandangkan semuanya sedang tidak sibuk . mak long bersama anak anaknya datng . mak hajar, liyana dan prof rayyan dan anak anaknya serta adik kesayangan amar erin.
" cepat je masa berlalu... aku rasa baru semalam kau kahwin hari nih kau dah mengandung. macam mimpi je rasa nya. " kata liyana sambil memandang kearah mata ameera.
" tulah... aku pon tak sangka ... ada jugak orang yang nak ambil aku jadi isteri ... dulu ada juga teringat hidup jadi anak dara tua . andartu. alhamdulilah.. allah ketemukan jodoh. " kata ameera sekilas mengerling kearah amar yang berdiri jauh dari nya sambil bersembang dengan rakannya hilman, david antara yang ameera kenal.
"ada ke sampai situ pergi nya . tapikan ... apa jantina anak kau? kau tak bagi tahu aku pon.. " tanya liyana yang sambil sambil melihat anak anaknya bermain .
" entah... doktor kata tak dapat pastikan jantinanya. tapi alhamdulilah sihat. dia tahu ramai orang kat luar nih. terasa dia tendang . teruja kot. hahahaha " kata ameera gembira.
"hmm.. bagus lah... " kata liyana sambil tersenyum.
prang!
bunyi kaca pecah membuatkan semua orang senyap. liyana terkejut. kemudian dia melihat dari arah mana datang bunyi tersebut. terlihat dua orang budak lelaki berdiri pegun di sisi pasu pecah.
" alamak! anak aku! my twins! aduhh.... kenapa buat mami macam nih... meera aku pergi tengok anak aku jap tau. " kata liyana sebelum berdiri dan berjalan kearah anak lelakinya.
dan bermula sisi bebebalan dari mami liyana. diikuti prof rayyan yang meminta maaf ke pada semua yang hadir. mak ngah hanya selamba sahaja melihat pasunya pecah. dia turut membantu membersihkan bekas kaca. dia tak kesah sangat barang barangnya lagipun dia boleh beli yang lain sama seperti itu.
" nih, ameera. " kata mak hajar yang tiba tiba datang kepada ameera.
" ye mak hajar." sahut ameera sambil tersenyum.
" nanti masa nak bersalin , banyakkan istighfar . mudah mudahan allah permudahkan urusan bersalin tuh.. lepastuh jangan lupa minta maaf pada suami . kita bersalin, tak tentu lagi kita selamat. insya allah semuanya akan baik baik je... " kata mak hajar yang memberi tips.
" baik. mak hajar. " kata ameera sambil tersenyum.
ameera terasa berdebar. due date nya adalah dua hari lagi. semua perasaan bercampur. rasa takut, gembira , risau. macam macam lah. yelah first born. kalau siapa yang tengok perut mungkin mengaggak dia mengandung twins . doktor pon kata begitu. melihatkan perut ameera yang amat besar.
" mak hajar, tolong panggilkan abang amar. " pinta ameera.
" okey. mak hajar panggil jap. "
"amar! ouh amar! isteri kamu panggil nih. " kata mak hajar.
" ah.. dia dah datang tuh. mak hajar balik dulu lah ye. anak mak hajar nak datang katanya. " kata mak hajar.
" ah.. yelah mak hajar. terima kasih datang. kirim salam kat anak mak hajar. " kata ameera sebelum menyalami tangan tua mak hajar." ah.. yelah.. sama sama . " kata mak hajar sebelum beredar.
"sayang nak apa? nak makan? nak air? " tanya amar kepada ameera .
" tit! salah! tolong bawa saya ke tandas jap. saya tak larat nak angkat punggung. berat sangat nih" kata ameera sambil melihat amar.
" ouh.. jom. " kata amar sebelum menghulurkan tangan kepada ameera.
ameera berjalan perlahan ke tandas.
" ngah. due date ameera bila? macam nak terberanak je aku tengok " tanya mak long sambil matanya memerhatikan amar yang memimpin ameera ke tandas.
" katanya dua hari lagi. tulah. aku tengok pon risau. katanya anak kembar. memang macam tu lah kot. " balas mak.ngah.
" ouh.. anak aku nih kahwin pon idok lagi. umur dah lanjut. " kata mak long sambil menjeling anaknya yang sulung. mina.
" ada ke kau kata macam tuh. terasa budak tuh. tak pelah. jodoh tuh kuasa allah. kita siapa nak tentukannya betul tak? lagi pon dia pon dah berjaya buat keluarga kau senang. kau dah tak de hutang. ha.. tak ke bagus macam tuh " kata mak ngah yang menyebelahi mina.
mina tersenyum bangga.
" ha.. betul jugak tuh.. " kata mak long mengiyakannya.
" eh , yang haikal apa jadi kat dia ? dah dua tahun dah. " tanya mak ngah ." dia, lepas polis tangkap hari tuh dia kene tahan selama sebulan lebih lepastuh baru dia keluar. alhamdulilah.. mungkin dia terpengaruh dengan mereka yang dalam penjara . lepas keluar dia terus kata nak masuk pondok belajar agama. lepas tuh dia kata nak ambik spm. " kata mina bagi pihak mak nya.
" alhamdulilah... mikayla dengan lutfi di asrama ? sekarang? " tanya mak ngah.
" haah. dua dua tuh pon dah mula belajar bersungguh. lepas dengar haikal nak belajar balik. nasib safina pon kerja adalah. sumber pendapatan . " kata mak long.
" hmm... syukur semuanya dah kembali baik.. " kata mak ngah sambil tersenyum .
" betul tuh .. alhamdulilah.. " kata mak lomg bersyukur.
erin!
erin!"kenapa tuh? " tanya mak long terkejut mendegar suara amar yang cemas.
kemudian terlihat erin terkejar kejar mendapatkan abangnya.
semua di situ membuat muka hairan sebelum kembali berbual.kemudian erin berlari keluar bersama kunci kereta.
"aik? " liyana hairan.dah kenapa buat marathon.
lalu...
" arghhh! sakit bang! sakit! " jerit ameera yang berada dalam gendongan amar.
" ye abang faham sayang! sabar.. tari nafas... lepas... kejap nanti abang bawak saya ke hospital. " kata amar yang dalam keadaan separuh berlari.
" its hurt abang! its hurt! " kata ameera yang seperti marah.
" i know babe! " balas amar.
" mak ngah tolong ambik beg baby ngan beg baju ameera kat bilik. " pinta amar.semua yang ada di situ terpaku. melihat situasi tersebut.
" mak ngah! cepat! meera nak bersalin nih! " kata amar dengan suara lantang." bersalin! " kata semua yang berada di situ.
mak ngah yang baru tersedar segera berlari mengambil apa yang di pinta ."arghh! abang sakit! " jerit ameera sambil mencengkam baju amar. cermin mata amar juga sudah senget. air ketuban menitik di atas lantai. amar terus keluar dan masuk kedalam kereta.
dalam fikirannya hanya satu. HOSPITAL !
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
ameera masuk kedalam wad bersalin.
" puan ameera... tolong bertenang.. tarik nafas , dan lepas... " kata seorang pembantu doktor perempuan.
" nampaknya sudah buka besar.. baik , puan ameera dalam kiraan 3 tolong teran. satu.. dua tiga.. " arah doktor perempuan.
"erghhh! " ameera meneran sedaya yang boleh matanya dipejamkan sambil meneran. air mata tanpa sedari mengalir bersama . giginya di ketapkan.
manakala di luar ,
amar setia menunggu di luar dengan perasaan gelisah dah risau. kejap dia membetulkan cermin mata . kejap dia mengelap cermin mata. peluh mula membasahi dahinya."uwek! uwek! " bunyi tangisan bayi kedengaran . dua dua serentak.
" tahniah, puan ameera. bayi puan sihat. kedua duanya lelaki. " kata doktor tersebut sambil mengendong anaknya.
ameera hanya tersenyum. dia terasa dia berjaya melahirkan dua orang anak dan dia tak sangka dia akan menjadi seorang ibu. air matanya mengalir bersama senyuman.
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...