Media💐Baju kerja ameera
" assalamualaikum mak ngah!" Kata amar mak ngah dalam talian.
" ye ... aqif waalaikumsalam. Hah kenapa telefon? Kekasih hati kamu dah tidur." Balas mak ngah dengan nada perli. Sambil mengambil mug di rak cawan.
" ish mak ngah nih kesitu pulak. Tak de.. aqif nak habak mai kat mak ngah yang.. jawatan setiausaha mak ngah tuh, biar ameera jelah pegang. Tak payah susah -susah nak buat temu duga , calon depan mata." Kata amar yang memberikan cadangan.
" ameera ? Dia reti ke bab setiausaha nih?" Kata mak ngah kurang percaya. Lalu meletakkan dua sudu susu kambing kedalam mug dan menuangkan air panas seraya air sejuk.
" dia reti lah ... kalau tak percaya tanya meera. Okeylah itu je nak bagi tau. Sebab bagitau, adalah aqif malas nak carikan setiausaha yang sesuai dengan mak ngah kita yang cerewet mungkin? Hahahah , off dulu assalamualaikum!" Balas amar lalu menamatkan talian.
" waalaikumsalam. Cepat betul dia tutup. Takut kene bebel lah tuh.. aqif, aqif." Mak ngah berkata perlahan.
" betul ke ameera reti? Tanya lah dulu..."
Tok.. tok..
" ye masuk. Pintu tak kunci." Balas ameera.
" meera.. ibu nih..." kata mak ngah.
" ouh.. ibu. Mari lah duduk sini." Kata ameera lalu menepuk perlahan birai katil. Mak ngah berlalu dan mengambil tempat di birai katil.
" macam nih... ibu ada galeri lukisan yang mempunyai karya-karya pelukis yang hebat. Tapi masalah nye. Ibu nih dah tua. Dah tak larat nak jalan banyak. Jadi.. boleh meera tolong ibu ? Jadi PA ibu boleh?" Kata mak ngah.
" PA ibu?" Kata ameera terkejut.
" haah.. tolong deal dengan pelukis yang nak karyanya di persembahkan.. uruskan staff , uruskan pembelian karya illustrasi. Amacam boleh tak? " tanya mak ngah.
" hmm..." ameera diam seketika.
" so..." muka mak ngah memancarkan harapan yang ameera akan terima kerja tersebut.
"Okey ibu, macam best je.. peminat seni, illustrasi.. bila meera boleh start kerja?" Tanya ameera teruja.
" bagus! Esok boleh? Lagipun banyak kerja tergendala sebab masalah kesihatan ibu nih... yelah .. tak macam masa muda dulu boleh kemana-mana. Sekarang nak berjalan pon perlahan. Hahahh " kata mak ngah.
" boleh je start esok." Kata ameera lalu tersungging senyuman di bibirnya.
" alhamdulilah.. sekarang tidur ye.. esok bangun awal" pesan makngah.
" meera setiap hari bangun awal ibu.. hihi" kata ameera .
" iyalah.. selamat malam.. assalamualaikum.." kata mak ngah sambil menolak rambut meera yang paras bahu menutupi mata.
" nite.. ibu.. waalaikumsalam." Kata ameera sebelum membaca doa tidur dan menyelam ke alam mimpi.
Mak ngah tersenyum bahagia. Namun kembali pudar. Dia keluar dari bilik ameera dan menuju ke biliknya.
Dia duduk di birai katil. Satu keluhan keluar dari mulutnya tanpa sengaja.
Sebenarnya, cici sudah lama tidak jenguk dirinya . Dia menipu amar supaya amar tak dapat hidu masalah perhubungannya dengan anaknya sendiri.Selepas bercerai dengan suaminya 5 tahun lalu cici semakin berubah daripada seorang yang ceria kepada seorang perengus, panas baran, senstif. Cici juga suka membandingkan layanan yang diberi oleh nya dan suaminya.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...