" terima kasih cik ameera kerana mengambil tindakan ini. Selalu nya mereka yang pernah dirogol terus membersihkan diri dan tidak keluar rumah kerana takut dengan pandangan masyarakat.Tapi untuk dalam kes rogol,bukti klinik atau perubatan amat diperlukan untuk mengesahkan kebenaran nya sebelum membuat laporan polis. Dan polis mengambil tindakan kepada perogol.
Saya ucapkan tahniah atas keberanian cik untuk menghadapi perkara realiti. " kata seorang doktor perempuan di hadapan ameera.
" err.. terima kasih dokter.."
" ouh saya dokter farhanah. Selepas ini, jika ada sebarang kesan daripada kes ini. Cik ameera boleh jumpa saya . Saya akan jadi doktor untuk cik ameera." Jelas farhanah.
" baik lah.. " kata ameera perlahan.
" nah ini suratnya. Cik meera boleh terus untuk buat laporan polis. Oh! Nih kad saya. Kalau nak bersembang atau ada masalah kesihatan yang cik meera malu boleh jumpa saya." kata farhanah sambil tersenyum mesra." terima kasih dokter . Terima kasih." Kata ameera berulang kali. Memang dia terasa lega apabila dokter tersebut tidak memandang serong kepadanya. Malah menawarkan ikatan persahabatan dengannya.
" ehe.. sama-sama" kata dokter farhanah.
Ameera berdiri dan melangkah keluar klinik itu setelah mendapatkan ubat.
" nampaknya allah telah gantikan sesuatu dengan sesuatu yang lebih baik. Teruskan husnudzon ameera. Allah adalah sebaik-baik perancang." Kata ameera semangat walaupun matanya bengkak sikit.
" wah ada masjid lah kat depan sana , boleh lah aku mandi sebelum pergi ke balai polis. Alhamdulilah." Ameera berjalan perlahan lahan menuju ke masjid tersebut. Nasib beg galasnya ada semua peralatan yang di perlukan termasuk sepersalinan pakaian dan tudung sarung yang dipakainya sekarang.
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
Selepas mandi ameera melangkah ke balai polis.
Dia terpaksa berjalan kaki kesana kemari. Kerana dia tak mampu membayar tambang kereta grab atau uber. Tak pelah nanti dia akan fikirkan cara. Supaya dia dapat balik motonya dan semua sijil pendidikannya." ye boleh saya tolong?" Tanya seorang lelaki di kaunter balai polis . Ameera tidak terus bercakap tujuan dia kesitu tapi dia mengeluarkan surat klinik tadi dan ic nya.
Lelaki itu mengambil kertas tersebut dan muka nya seperti terkejut tak lama lepastuh lelaki itu menyuruh ameera duduk.
Kemudian dia disuruh mengisi borang butiran dirinya. Setelah beberapa proses akhirnya selesai proses membuat laporan..
" terima kasih cik kerana berkerjasama dengan kami. In sya allah kami akan mengambil tindakan terhadap orang tersebut." Kata lelaki tersebut.
" ya.. sama.. sama..." kata ameera pendek sebelum melangkah keluar dengan lemah.
" kenapa tuh?"
" eh ! Inspektor hilman! Kesian perempuan tuh, kena rogol baru umur 24 tak kahwin lagi. Tak de sedara lak tuh. Tabah betul perempuan tuh.." kata lelaki itu." sapa nama perempuan tuh? Farhan? Macam familiar je.."kata hilman.
" hmm.. annur ameera tuan... " kata farhan.
" annur a-ameera?" Hilman mengulangi kata farhan.
" haah tuan.. kenapa ? Kekasih lama ke?"tanya farhan.
" kekasih lama hotak kau! Tuh tunang Inspektor amar!" Kata hilman dengan nada tinggi seoktaf.
" t-tuan inspektor amar? Yang dah lama berhenti tu?" Tanya farhan sedikit gugup.
" haah le.. " hilman mengiyakan kata farhan.
" biar betul.." kata farhan perlahan.
" aku rasa mesti dia tak bagitahu amar lagi nih. Kalau tak mesti diorang datang sekali." Telah hilman." tuan call lah tuan amar.. bagitahu dia tentang tunang dia." Saran farhan.
" okey okey" hilman beransur pergi sambil mengeluarkan telefon nya dari poket .
Tut...
" ye hilman kenapa telefon?" Jawab amar dalam talian dengan nada lemah.
"Kenapa lemah je suara kau nih?" Tanya hilman.
" mak ngah aku pengsan"
" kenapa lak? " tanya hilman hairan serta terkejut.
" hmm.. kau tahukan yang ameera tinggal dengan mak ngah aku sejak rumah dia kena tarik.."
" haah." Hilman sudah menduga sesuatu yang tak kena.
" d-dia hilang sejak semalam. Katanya jumpa kawan tapi sampai ke pagi tak balik-balik mak ngah aku kata. Lepastu, tadi aku dapat mesej dia akan pergi jauh dari kitaorang . Mak ngah dapat tahu dia jatuh pengsan" jelas amar.
"Astagfirullah... semoga mak ngah kau cepat sembuh..." kata hilman.
" terima kasih.. nih. Yang kau tetiba call aku kenapa? " tanya amar hairan selalunya polis yang bernama hilman ini jarang utk menelefonnya kalau suka-suka."Aku cakap nih, tapi aku harap kau tenang dan rasional." Balas hilman.
" hah okey.. cakaplah."" aku baru nampak ameera"
" kat mana?" Suara amar tinggi seoktaf." kat balai polis tempat aku kerja."
" b-balai polis?" Amar sedikit gugup dia mula berasa perkara tak baik telah berlaku kepada kekasih hatinya." ye."
" d-dia buat apa kat situ? Dia lawat kau ke hahaha" kata amar seperti menyedapkan hatinya." tak amar... d-dia.. dia.." hilman tak sanggup mengucapkan perkara itu.
"DIA KENAPA!?" suara amar meninggi. Hilman menelan air liurnya.
" dia.. buat laporan atas kes rogol"kata hilman perlahan.
" maksud kau.. d-dia kene ?" Amar mendapatkan kepastian.
" ye amar dia yang kena..." kata hilman.
" allah.. beratnya ujian dia... se-sekarang dia kat mana?"
" dia baru keluar balai polis . Aku tak sempat nak tahan dia." Kata hilman.
" terima kasih hilman. Terima kasih." Kata amar sebelum menamatkan panggilan.
Hilman merenung jauh... amar selalu cerita dengannya perihal ameera. Secara tak langsung dia kenal peribadi ameera.
Ameera memang seorang yang tabah. Melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Sampaikan laporan dirinya di rogol pon dia sendiri yang menguruskannya.
Sungguh perempuan seperti ameera satu dalam trilion.
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
Tbc
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...