bab 9

90 8 0
                                    


' lari ameera lari... selamatkan diri kamu..' kata satu suara walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana asap yg tebal.

' tapi ibu macam mana?.. meera.. meera takut..' kata ameera yang masih di sisi ibunya walaupun terasa bahang panas.
' jangan takut sayang... tuhan sentiasa menjaga ibu... uhuk.. uhuk..' ibu nya terbatuk-batuk kerana asap yg semakin tebal.

Dia terpaksa membiarkan anak kecilnya mencari jalan keluar sendiri. Kerana dirinya tak mampu utk berjalan apabila kayu menghempap kakinya.

' tapi .. ibu...' ameera masih berdalih.
' ibu kata pergi ! Nanti ibu datang....' kata si ibu cuba utk menyakinkan anak kecilnya.

' baik.. ameera pergi.. nanti ibu datang tau..' kata ameera dengan riak takut.
' ye ibu datang.. sekarang pergi!' Gesa si ibu.

Ameera kemudian berdiri lalu berjalan keluar dari rumahnya yg terbakar. Tiba-tiba sebuah kayu besar jatuh dihadapan ameera dengan api yg marak.

Ameera menangis ketakutan berdiri di situ tanpa bergerak.
' ibu... tolong meera...uhuk. uhuk...ibu...' kata ameera sambil menangis.

Dia terasa terawang-awang tiba-tiba. Rupa-rupa seorang ahli bomba sedang mendukung dirinya dan membawa diri nya keluar dari situ.

'Adik... tolong kekal sedarkan diri.. ' kata ahli bomba tersebut. Kemudian ameera hanya mengaggukan kepalanya dengan sedu sedannya.

Dia akhirnya berjaya dibawa keluar dari rumah terbakar.
' ibu! Ibu! Mana ibu?' Tanya ameera resah .
' mana mangsa yg lain? ' tanya ahli bomba kepada pasukannya yg lain.
' kami sedang cuba selamatkan mereka.' Jawab ahli pasukannya. Yg sedang bergegas utk masuk kedalam rumah tersebut.

Namun satu bunyi letupan kuat menyentak semua orang yg berada di situ. Rumah yg tadi masih sedikit utuh sudah hancur dan hangus.

' ibu! Ibu! Ibu!' Jerit ameera seperti histeria dan berlari utk masuk ke dalam rumah. Tapi di halang oleh ahli bomba. Dia di peluk kuat oleh ahli bomba tadi  .

Dia meronta-ronta utk lepaskan diri tapi dia tidak kuat utk melawan. pandanganya semakin kabur.. dan tanganya tergapai- gapai. Akhirnya dia pengsan di bahu ahli bomba tersebut.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

Bulan berganti bulan..
Hari berganti hari..

Akhirnya tiba masanya untuk ameera graduate setelah berhempas pulas mengerjakan segala assigment dan presentation yg diberi oleh pensyarah uitm.

Setelah mengambil gambar bersama mahasiswa dan mahasiswi lain semua bergerak kearah keluarga masing-masing. Berswafoto bersama. Ameera hanya melihat drama di hadapannya.

' kalaulah keluarga aku hidup lagi...' kata ameera perlahan sambil menunduk.

Tadi liyana dan sekeluarga telah datang utk menyambutnya tapi mereka terpaksa balik awal kerana liyana akan bersalin anak ketiga. Haih.. untung.. untung..

Ameera membuka zip beg galasnya dan mengisi segala cenderhati ke dalam beg serta sijil. Setelah memakai beg tersebut dia melangkah keluar dari dewan yg padat dengan pelajar dan keluarga mereka.

Tanpa di sedari satu mata memandang dirinya dari jauh.

' abang.. mana perempuan tuh.. yg bang mar nak tunjuk kat adik. Tak ada pon..' kata seseorang.
" tak pe abang dah nampak dia.." kata amar
" hah! Mana? Mana?" Tanya nya lagi.
" dia dah keluar dah.. jom lah kita balik.." ajak amar .
" ala... erin baru nak usha bakal kakak ipar.." kata erin yg sedih.

Miss Double A ✓Where stories live. Discover now