" morning semua.." laung hariz ceria kepada anak dan isterinya yang berada di meja makan. Tapi tak mendapat sahutan.Hariz menahan rasa marah kerana tak dihiraukan. dia terus mengambil tempat di meja makan .
" awak masak apa hari nih? Dari atas saya bau masakan awak" kata hariz sambil tersengih-sengih mengambil hati isteri.
Isterinya hanya diam. Lalu mencedokan nasi goreng ke pinggan hariz. Lalu meletakkan di hadapan hariz
' kenapa nih'gumam hati hariz yang merasakan perkara buruk akan berlaku. Hariz mengambil sudu dan menyuapkan ke mulutnya jua.
" amalin... kenapa awak senyap je nih?... selalunya awak akan bercakap jugak dengan saya.." kata hariz kepada isterinya yang bernama amalin yang berada di hadapannya setelah selesai makan.
Amalin kemudiannya berdiri lalu dia mengambil tabnya kehadapan hariz.
" abang hariz.. malin ... sebenarnya cuba terima hakikat apabila ameera tinggalkan kita. Walaupun pada mulanya semuanya hancur. Tapi.. saya tak sangka ... abang sanggup berdendam dengan dia ... sampai meragut maruah dia... manusia jenis apa abang nih!" Kata amalin dengan penuh emosi.
Hariz melihat apa yang terpapar di skrin tab.
" usahawan berjaya dato'saiful.. meragut maruah anak angkat"
Tajuk headline berita online itu menyentap jiwa hariz. Sungguh terkejut.
" malin.. abang... " hariz memandang muka amalin dengan perasaan bercampur-campur .
" abang... kalau abang nak tahu saya rasa bersyukur bila ameera pergi dari rumah nih... saya selama nih.. bukan sekejam itu nak mendera ameera. Saya dera dia sebab saya nak dia keluar dari rumah terlepas dari genggaman abang. Saya tahu abang sebenarnya berdendam dgn arwah hakim. Tapi itu perkara lama, dah lepas pun.." kata amalin.
" abang, sejak abang turun tadi.. wartawan dan polis dah tunggu kat luar untuk bawa abang... " kata amalin dengan nada berat. Amalin tertunduk lemah.
" abang, saya... saya malu... saya malu ada suami macam abang.. saya nak abang ceraikan saya!" Kata amalin yang kemudiannya lantang berbicara sambul anam mata bertentangan dengan anak mata hariz .
" itu sebenarnya yang kau nak katakan.. kan?" Kata hariz yang mula bercakap seperti orang psiko.
" kau kan.. memang tak sedar diuntung! Aku buat macam-macam untuk kau... aku bagi kemewahan.. aku bagi kesenangan! Tapi.. ini balasannya? Aku buat sebab aku sayangkan kau!
Kau tahu tak! Aku cintakan kau! selama nih aku simpan rasa tak puas hati aku!... tapi hari nih... tak lagi! Aku tak boleh lagi! " kata hariz sambil berdiri. Kemudian katanya terhenti . Gelas mug yang berisi teh panas di simbah ke muka amalin lalu menghempaskan mug tersebut berdekatan kaki amalin.
Dia.. gila...
Suara jeritan amalin dan anaknya menyebabkan polis yang berada diluar menerpa masuk ke dalam.
Dengan segera dua orang polis tersebut memegang badan hariz.
" dato' saiful anda di tahan kerana kes penderaan keatas cik ameera, dan kes merogol cik ameera dan anda ditahan atas cubaan mencederakan ahli keluarga encik. Ikut kami ke balai" kata dua orang polis tersebut. Lalu mengari pergelangan tangan hariz.
Hariz meronta-ronta untuk tak digari.
" kau dengar sini amalin.. kau nak cerai sangat kan? Okey... dengar sini ! ... nur amalin binti qayyum . Aku ceraikan kau dengan talak 3! " Kata hariz sebelum dua orang polis menarik dirinya kearah kereta polis.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...