bab 21

87 6 0
                                    

" oi! Budak pungut! Abang kau dah sampai ... belah lah cepat! " jerkah kak mina anak mak long yg pertama.

"Em.." itu sahaja balasan erin. Lalu berlalu dihadapan kak mina . Tapi ditahan dgn cengkaman mina.

"Nih aku nak kau belikan barang make up aku . Make up aku dah habis. Satu set tau! Siap foundation and make up remover. Faham! Kalau kau tak beli fahamlah, macam mana aku selesaikan kau! Dah pergi sana!" Kata kak mina meng'oder' make up. Siap pakej ugutan.

"Ye.. " erin hanya mampu akur dengan kehendak mina. Dia sempat mengeluh apabila melepasi mina.

' haish! Dah muka breakout tuh pakai make up banyak mana pon still ada lah!' Dongkol erin dalam hati.

Sudah menjadi rutin orang di rumah ini apabila abang amarnya datang ambil, mereka memesan untuk membeli barang yg harga nya bukan seringgit dua tapi beratus! Apa lah nasib mereka dua adik beradik...

Sesampainya dia di pintu terlihat abangny sedang bersandar di badan kereta nya dibawah panas terik . Amar cuma memakai t-shirt berkolar berlengan pendek berwarna blue navy serta seluar jeans . Simple.

" assalamualaikum abang..."
" waalaikumsalam..." jawab amar. Lalu matanya menunduk melihat muka si adik. Sungguh pucat dan tidak bermaya..

" mari beg tuh... erin masuk kereta. " arah amar. Lalu menyambut huluran beg erin dan membuka pintu bahagian belakang untuk meletakkan beg .

" jom, kita pergi. " kata amar sebaik dia masuk ke bahagian pemandu. Erin menganggukkan kepala.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

Petang....

" ibu? Oouh ibu!" Panggil ameera.

" ye meera ! Kat dapur nih... " laung mak ngah.

"Ibu... amar tak ada ke? Selalunya setiap hujung minggu ada je muka dia kat sini.. pastu sibuk kacau oranglah... usik meera lahh..." kata ameera sambil bergerak mengambil mug di rak gelas .

" aik? Rindu ke? Tulah... dekat-dekat kata bencilah... tak sukalah... dah tak ada sibok nanya." Usik mak ngah.

" apa ibu nih... rindu apa nya... hari isnin hari tuh kan ameera baru jumpa dia... tak akan nak rindu. Lagi pun buat apa nak rindu? Amar bukan sesiapa dengan meera" kata ameera yang sedang membelakangi mak ngah. Muka nya terasa panas. Nasib kulit nya bukan putih kalau tak mesti nampak dia blusher..

" hmm.. yelah... amar dia pergi..." kata mak ngah terhenti apabila bunyi hon kuat dari luar rumah.

" hah ! Tuh kekasih kamu dah balik! Pergilah jemput." Kata mak ngah dengan nada mengusik.

" apa ibu nih... hish!" Walaupun dia berkata demikian tapi ameera tetap melangkah ke pintu utama.

Kelihatan kereta amar terpakir elok di perkarangan rumah mak ngah. Kemudian terjengul kepala amar dari pintu pemandu. Kemudian dia bergerak ke pintu belakang mengambil sebuah beg.

kemudian selesai amar mengambil beg dia beralih pada pintu sebelah pemandu. dia membuka pintu sebelah pemandu.

"hmm.. siapa tuh? amar punya girlfriend ke?" gumam ameera sendiri .

kemudian erin dan amar melangkah ke arah ameera.

" assalamualaikum..." kata amar. sambil membuka kasutnya.

"waalaikumsalam..." jawab ameera. sambil melihat perempuan yg sedang mengikuti amar.

'macam pernah nampak muka nih... tapi kat mana?' bisik hati ameera.

"kak ameera?" kata erin yang melihat ameera termenung di sisi pintu.

" hah!" balas ameera terkejut.

Miss Double A ✓Where stories live. Discover now