bab 18

79 8 0
                                    


" seronok nya kamu aqif... nyakat anak dara orang. Sampai makngah pon, kau lupa ye? Bertuah punya anak! " Kata mak ngah lantang.

Amar terasa sukar untuk bernafas apabila suara itu memecah tawanya. Amar menggaru kepalanya yang tak gatal .

Tetiba ameera keluar dari tandas.

" eh.. ibu... bila.." kata ameera terhenti,.
"Kejap ye meera. Nanti ibu dtg balik , brainwash aqif jap. Qif! Sini ikut mak ngah sini!" Kata makngah lalu melangkah keluar dari wad.

" err, apa yang jadi nih?" Tanya ameera yang bingung.

" aku..." kata amar terhenti ketika hendak menjelaskan situasi tersebut.

" aqif! Aku suruh ikut aku! Ameera kamu buat lah apa kamu nak ibu nak tahan pesalah nih . Cepat aqif!" Bebel mak ngah.

" ye mak ngah... "Kata amar lemah sambil melangkah longlai keluar wad. ' habis lah cair taik telinga aku kena bebel. Haih.." bisik hati amar.

" apa benda lah?" Kata ameera sendiri lalu memandang kearah pintu wad . Lalu dia meneruskan aktiviti yang dia rancangkan tadi.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

"Aqif mak ngah nak kamu jujur dengan mak ngah.. kamu ada tak niat nak peristerikan ameera tuh?" Tanya mak ngah yang sedang memandang amar serius. Meremang bulu roma nya.

" arr.. err.. gulp.. ah.. a-ade.. tapi ameera tak jawab lagi . Aqif dah beberapa kali melamar dia tapi.. tulah.. " kata amar yang gugup pada awalnya. Dan ayat sedih.

" lepastuh?"

" aa? Lepastuh apa ?" Jwb amar yang blur.

" lepastuh kau nak buat apa? dah dia tak jawab lamaran hang! Aqif oii.!" Kata mak ngah yang sudah mulai tinggi nada nya.

Semua yang berada di kafeteria memandang kearahnya.

" isshh.. mak ngah! Orang tengoklah..." kata amar dalam suara yang ditahan.

" sapa suruh kamu tergagap-gagap! Dah cepat jwab." jawab mak ngah selamba. Tanpa rasa bersalah.

" aqif nak jawab lah nih.. qif nak minta mak ngah pujukkan ameer.. boleh tak?" Kata amar yang memberikan cadangan yang bagi nya cukup bernas.

" kalau mak ngah tak nak?" Kata makngah sambil menjungkitkan kening kanan nya...

" mak ngah kene tolong jugak amar! Kan mak ngah suka kan ameera? Dan sayangkan aqif.. so, tolonglah sambungkan tali ini..." kata amar dengan nada yang gedik sambil mencantumkan kedua-dua jari telunjuk nya. Sampai meluat mak ngah melihat gaya amar.

" ish kamu nih, nak muntah makngah tengoknya." Kata mak ngah.

" so,?" Kata amar sambil mengelip-ngelipkan mata nya seperti minta simpati. Tapi pada makngah macam mintak penampar.

" yelah, yelah... kalau mak ngah tak fikir pasal keselamatan ameera dalam mimpi jelah kau nampak kau kahwin dengan ameera tuh." Balas mak ngah dengan ayat yang sarkastik.

" hooraay! Terima kasih makngah! Ini yang aqif sayang sangat mak ngah nih.! Mmuah!" Kata amar teruja sampai pipi mak ngah jadi mangsa.

"Yolah... selamo nih aqif tak sayang mak ngah lah ye?" Kata mak ngah.

"Eh, mano ado .. kita sayang lah.. tapi hari nih lebih sikit. Hihihi" kata aqif sambil tersengih-sengih.

Tipu lah kalau mak tak ikut gembira seperti amar. Dia memang sudah lama memasang hajat untuk mengahwinkan amar dengan ameera. Cuma dia tak nak masuk campur lagi memandangkan amar tak minta bantuannya untuk memujuk ameera. Jadinya dia biarkan jelah.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

" erin! ERIN! " jerit mak long.

" ye.. mak long" kata erin yang segera mendapatkan mak longnya.

" eeeii! aku panggil banyak kali kau tau tak! Dah pekak ye? Hah dah pekak ke?!" Jerit mak long sambil menarik cuping telinga erin kuat.

" sakit mak long! .. sakit! " jerit erin yang kesakitan sambil memegang telinga Sebelah kanannya dan menangis.

" puas hati aku! Nih aku nak tanya nih.. kenapa duit bulan nih abang kau tak masukkan lagi hah! Aku nak shopping dengan anak aku pon tak boleh!" Jerkah mak long dengan bengis.

" e-erin tak tahu.." kata erin yang menahan sendu .

" tak tahu ye... bagi duit kau..." kata mak long mendatar sambil menghulurkan tangan kehadapan erin.

" ta-tapi.. duit yang ada kat erinkan memang untuk erin.. abang dah bahagikan bahagian utk mak long.. " jawab erin mempertahankan haknya.

Lagipula duit yang dia ada sekarang ini cukup-cukup untuk dia membayar yuran tuisyen dan yuran sekolahnya untuk bulan april. mak ngah tak pernah membayarkan untuknya sebab itu dia terpaksa membayar dengan duit nya .

" aku kesah apa! Sekarang nih aku nak duit! Duit! " bentak mak long dengan nyaring.

" mak, apa jerit-jerit nih?" Kata safina iaitu anak mak long yang kedua.

"Aku nak duit ... abang budak nih bukan nak masukkan duit dalam akuan aku ! Dah nak masuk bulan baru ! Tak akan tak reti nak bank in duit... haish! Terbantut aku nak pergi shopping ngan kawan aku!" Kata mak long bersama rengusan kasar.

Safina mendekati erin. Lalu di tarik rambut erin kebelakang dengan kuat. Erin terdongak apabila safina berbuat sedemikian.

" eh budak pungut! Mak aku nak duitkan! Bagi jelah! Nanti suruh lah abang kau masukkan dalam akuan kau tuh... apa yang payah sangat! Hah!" Kata safina dengan bengis.

" tapi tuh duit erin... mak long minta lah abang bank in kat akaun mak long." Kata erin dengan air mata yang meleleh kerana sakit kulit rambutnya.

" ish! Ada je jawapanya! Ina! Kamu pergi ambik dalam bilik dia! Aku nak cepat!" Arah mak long kepada safina. Safina melepaskan gengaman di rambut erin lalu melangkah kearah bilik erin.

Erin jatuh melurut apabila rambutnya terlepas dari cengkaman safina. Tapi dia cepat-cepat bangun dan mendapatkan safina.

" kak ina! Jangan ! Itu duit erin! " kata erin sambil cuba mengambil duit yg berjumlah 300 ringgit di tangan safina.

Pang!

Erin terpaling kekanan akibat tamparan yang sungguh kuat.Pipi erin terasa kebas.

" jangan sesekali panggil aku akak! Aku bukan kakak kau lah budak pungut!" Kata safina lantang. Lalu menolak erin kuat sehingga jatuh atas lantai kayu.
Dan safina melangkah keluar dari bilik erin.

Erin menangis sendiri. Meratapi nasibnya yang malang. Ahli Kerabat nya sendiri tidak pernah melayannya dengan baik. Sebaliknya dia diperlakukan seperti pengemis yang mengemis simpati mereka.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

Tbc

Miss Double A ✓Where stories live. Discover now