8.30 pagi..Memandangkan hari ni hari cuti ameera bercadang utk berehat dirumah sahaja . Lagipun banyak kerja dia perlu lakukan dirumah itu.
" hai, ameer, tak ke U ke hari nih?" Sapa mak hajar ketika ameera sibuk menjemur pakaian di jemuran.
" eh.. mak hajar.. assalamualaikum.. haah hari nih tak de kelas" jawab ameera sambil meneruskan kerjanya.
" waalaikumsalam, oh macam tuh.." kata mak hajar.
" oh! mak hajar tunggu kejap ye.." pinta ameera sebelum berlari anak masuk kedalam rumah.Kemudian dia keluar dengan sebuah bekas berisi karipap.
" nah mak hajar, ameer buat lebih tadi... " kata ameera sambil tersenyum.
" wuish... tak pelah... mak hajar dah sarapan dah dengan pak haji lepas balik masjid tadi." Tolak mak hajar.
" tak pe mak hajar. Boleh jadi kudap petang nanti. Ambil lah mak hajar.. " kata ameera sambil menghulur bekas tersebut seraya membuat muka kasihan." ish ! Kamu nih... suka betul kamu buat muka macam tuh. Tak sanggup mak hajar menolaknya... yelah mak hajar ambil." Kata mak hajar lembut.
" alah ini tak seberapa pon berbanding mak hajar tolong tengok-tengokan rumah ameer bila ameer pergi kerja dan kelas." Kata ameera.
" yelah ameera... nanti macik hajar nih jawab cakap kamu . Tak akan habis sampai ke esok. Ada je hujah nye nanti. Maklumlah bekas cikgu." Sampuk pak haji tiba-tiba yg baru keluar dari rumah.
Ameera tergelak kecil.
" ish .. abang nih... hah abang nak gi mana nih?" Kata mak hajar.
" awak nih , baru sembang dengan ameera terus lupa? Kan abang bagitau pagi tadi... abang nak pergi tolong orang masjid buat sembelih binatang aqiqah." Jawab pak haji." ouh ye tak ye... eh.. saya pon kena pergi marhaban kat taman sebelah " kata mak hajar kelam kabut.
" emm.. hajar sopinah.. hajar sopinah... " kata pak haji sambil menggelengkan kepala.
" abang tunggu kejap saya nak ikut . Nanti abang turunkan saya kat rumah senah ye. Ameera mak hajar masuk dulu nak siap. Nanti kene tinggal dengan pak haji kau tuh" kata mak hajar lalu menjeling kearah pak haji.
" hah! Apa jeling-jeling. Pergi siap cepat. " kata pak haji yg sedang duduk di kerusi batu di laman rumahnya.
" yelah mak hajar , pergilah... ameera pon nak gi masuk nak masak tengah hari." Kata ameera perlahan." okey mak hajar masuk dulu" kata mak hajar lembut sambil tersenyum lalu beredar .
" pak haji .. ameer masuk rumah dulu" kata ameera ." yelah ameera.." kata pak haji sambil mengoyakkan senyuman di wajah tua nya.
Ameera menunduk mengambil bakul baju yg kosong lalu masuk ke dalam rumah.
Ameera duduk di atas sofa sebentar lalu menyandarkan kepala nya. Dan tangan kanan diletakkan diatas kepalanya.
Tanpa sedar air matanya jatuh. Dan dia mula teresak-esak sendiri. Kadang - kadang dia terasa sunyi. Tapi dia tak mahu tunjuk kepada org ramai perasaannya.
Memang susah hidup sendiri. Apa-apa perkara yg buruk dia mesti hadapi dengan tabah. Dia tiada tempat utk mengadu. Walaupun ada yg sedia mendengar rintihannya. Tapi dia belum cukup percaya kepada mereka. Malah housemate pon tiada. Entahlah..
Apa yg tak kene tak tahulah. Padahal dia telah uarkan dalam group U tentang kekosongan bilik.
Tit.. tit..
Ameera segera mencari keberadaan henfon nya. Sebelum membuka phone dia sempat mengesat air mata yg mengalir dengan belakang tapak tangan nya.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...