Pagi ahad..Pagi itu ameera sudah keluar dari rumah utk ke tempat kerjanya . Hari ini dia shift pagi di seven eleven sebagai cashier.
" bakinya RM3.40 . Terima kasih, datang lagi." Kata ameera kepada pelanggan tersebut sambil tersenyum walaupun pelanggan itu tak melihat senyumannya.
Dia kini hanya berkerja di dua tempat sahaja iaitu di giant super market dan di seven eleven. Sebelum ini , dia berkerja di empat tempat iaitu di gerai makan, pam minyak , di giant dan seven eleven.
Pintu kedai dibuka dari luar dan dua orang lelaki remaja melangkah masuk . Mereka menuju ke bahagian slurpee.
Itu lah yg popular dikalangan anak remaja kini. Di sebabkan itu, pihak pengurusan menaik taraf dengan menambah perisa yg di sediakan. Hasilnya membawa pulangan yg lebih menguntungkan.
Tiba-tiba kedua remaja tersebut bertindak mengetuk mesin tersebut.
" weh kenapa ngan benda nih? "
" mana aku tahu "" kak! Mesin rosak ke?" Tanya salah seorang dari remaja tersebut.
" kejap" kata ameera lalu menghampiri mereka . Lalu memeriksa .
Tanpa disangka lebihan slurpee itu tumpah ke baju ameera yg berwrna merah. Dan slurpee itu berwarna unggu.
" kak! Tuh tumpah kat baju akak" kata salah seorang dari mereka.
" ya allah..." itu yg mampu diluahkan oleh ameera.
" maafkan kami kak" kata kedua mereka serentak.
" eh .. bukan salah kamu." Kata ameera lalu mengambil tisu yg ada diatas mesin tersebut." weh kau bayar jelah kau punya."
" yelah"
" kak saya nak bayar boleh"" ye kejap, " lalu ameera bergerak ke kaunter pembayaran.
" terima kasih , datang lagi."kata ameera.
Lalu ameera memandang kearah bajunya yg bertompok unggu.
Kemudian dikerling jam di pergelangan tangannya." hmm.. dah pukul 6 . Cepat nya masa berlalu... nak tukar baju malas pulak, nak habis shift ." kata ameera sendiri.
Tepat pukul lapan seorang lelaki masuk dengan memakai baju staf seven e.
" meer kenapa baju kau tuh?" Sapa nya
" tadi mesin slurpee tu buat hal lagi . Ray nanti ko call bos minta dia ganti mesin tuh." Kata ameera." yelah, nih kau tak tular baju dulu ke? Aku ada bawak baju lebih" kata ray.
" tak pelah, malas aku nak tukar-tukar baju . Badan pon berpeluh nih. Baik aku balik mandi terus." Kata ameera sambil menyangkut beg galaske bahunya kanannya." dah kau kata macam tuh memang aku tak bolleh buat apa.... pergilah balik. Buat semak je kat sini" halau ray.
" tau lah.. aku balik dulu" kata ameera.
Ketika ameera keluar dari seven eleven seorang lelaki bertindak merentap beg galas ameera . Lalu berlari melarikan diri. Ameera terjatuh terduduk diatas lantai apabila begnya di rentap dengan kuat.
Seorang lelaki menerpa kearahnya.
" cik- cik okey tak?" Tanya lelaki tersebut .Amera bangun dari duduk lalu berlari mengejar peragut tersebut.
' tak... jangan.. jangan beg tuh...' bisik hatinya yang gusar.
Pada masa yang sama lelaki tadi turut mengekori ameera.Larian ameera terhenti setelah kelibat peragut tadi hilang .
Dia tertunduk dengan nafas nya yang tidak teratur.
Ameera menarik nafas , dan menghembus perlahan.Dia menyandarkan badan pada dinding kedai makan .
" cik- cik tak apa-apa?"tanya lelaki tadi.
Ameera hanya senyap. Tidak memberi respon.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...