bab 28.

149 8 0
                                    

5 tahun kemudian.

di taman.

" abang! jom main kat sana! " kata  si kecil amra yang berusia 3 tahun sambil tersenyum.

nama yang ameera berikan adalah amra jannah . yang bermaksud puteri syurga. amra adalah satu satu anak perempuan ameera . kerana selepas melahirkan amra ,ameera tak dapat mengandung lagi kerana masalah rahim lemah.
di sebabkan takut ada kesan sampingan jika mengambil ubat. akhirnya amar dan ameera memutuskan mereka hanya mempunyai 3 orang anak sahaja.

" okey ! " kata si kembar serentak.

si kembar pertama. bernama muhammad faiq .
kembar kedua bernama muhammad faiz. kedua duanya 5 tahun. alhamdulilah mereka membesar dengan baik. walaupun sedikit nakal tapi mereka sangat berdikari dan perihatin.

amra berlari kearah gelongsor dengan tersenyum dan diikuti dengan faiq dan faiz.

tiba tiba amra terjatuh diatas pasir.

"adik! " kata si kembar serentak. lalu segera mendapatkan adik mereka .

" adik tak apa apa? " tanya faiz sambil menolong amra bangun.

"ehheh... " amra hanya gelak. dan dia bangun.

" tulah ... kan abang faiq dah pesan.. jangan berlari. kan dah jatuh... bukan nak dengar cakap orang. nasib tak berdarah. kalau berdarah macam mana? mesti nangis kan? " bebel faiq sambil menepuk seluar amra yang berpasir.

amra diam . sambil melihat muka faiq.
kemudian faiq memeluk amra.

" lain kali dengar cakap orang.. kalau tak nak kene bebel. " kata faiq yang seperti orang tua.

"okey... jom main! " kata amra bersemangat sambil tersenyum. kemudian faiq memegang tangan kanan amra manakala faiz memegang tangan amra.

" sayang, apa yang awak buat masa ngandungkan the boys? " tanya amar yang duduk bersama ameera di bangku taman.

" apa yang saya buat? aik? bukan awak selalu dengan saya? takkan awak tak tahu? " kata ameera pelik kemudian dia minum air. dahaga pulak.

" yelah, saya rasa sepanjang saya jaga diorang . jarang lah diorang buat perangai. sejak dari bayi pon behave semacam. awak tak ingat yang mak ngah syak kita tertukar bayi? " kata amar.

"hahahahha... itu lawak.. ada ka mak ngah kata macam tuh.. tapi saya tak buat apa apa okey.. saya masa ngandung diorang , saya selalu amalkan apa yang mak hajar kata . mak hajar kata baca  surah yusuf bagi anak kacak . saya baca jelah. lagi... saya tak ingat dah...  "kata ameera sambil tersenyum.

" hmm.. saya rasalah kan..." amar mula membuat hipotesis. ameera mengangkat keningnya sebelah kanan.

" saya rasa diorang nih ikut awak... kan awak tersangat sangat saaangat! independent . dan sangat behave kecuali dengan saya. " kata amar sambil membetulkan cermin matanya.

" aik? saya pulak? " kata ameera pelik.

" yelah! cuba tengok anak kita."

ameera memandang anak anaknya. kemudian dia tengok dengan muka pelik.

" kenapa dengan diorang elok je. " kata ameera yang tak faham apa yang dikatakan oleh suaminya.

" ya allah ... cuba awak tengok anak orang lain. ada ke diorang main dengan galas beg? tak de.. anak kita je.. syang oii... nampak tak pengaruh mak itu kuat. " kata amar .

"ohh.. haah lah... " kata ameera seperti baru perasan.

" ya allah... " kata amar sambil menggeleng. bila perbutan itu habit utk diri sendiri jadi dia fikir itu adalah normal.

ameera baru perasan hanya anak anaknya mengalas beg sambil bermain. faiq memakai beg berbentuk paus. faiz galas beg dolphin. dan amra galas beg little pony berwarna pink.

🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒

"ibu! abang faiq buat amra! " adu amra sambil menangis . betultuh... dah nama nya lelaki kalau tak menyakat tak sah. walaupun diorang behave .

" abang faiq buat apa? " tanya ameera yang sedang mengelap tangan kerana dia baru selesai membasuh pinggan.

" abng.. abng faiq makn hidung amra! tengok! amra dah tak de hidung! huhuhu" kata amra sedih sampai meleleh air mata di buatnya. seriusly anak ku?

" lepastu kenapa abang faiz tak tolong amra? " tanya ameera. mana anak aku lagi satu?

" abang faiz.. dia.. dia ... main rebut rebut hidung amra! dengan abang faiq! " kata amra yang sedih tiada hidung.

"allah... " see... walaupun kat luar diorang elok macam abang mithali. tapi perangai mengusik tuh tak boleh buang. sampai menangis adiknya di buat. haih... dua dua sama je.

"alolo cian anak ibu ... jom kita ambik balik hidung amra kat abang ye. " kata ameera lalu berjalan sambil memegang tangan amra.

" faiq! faiz! " panggil ameera tegas.

faiq dan faiz yang sedang gelak di dalam bilik terhenti. lalu menelan liur. sebelum keluar bilik.

" ye ibu.. " kata si kembar serentak.

" boleh beritahu ibu apa yang terjadi ? wahai putera putera ku? " kata ameera sambil tersenyum.

" kitoarang main dengan adik. " kata faiz.

" lepastu ? kenapa adik nangis? " tanya ameera. walaupun nada ameera lembut dan bukan meningking tapi ia cukup buat semua yang berada di situ merasa seram. si kembar beberapa kali menelan liur.

" faiq main trik dengan adik. tak sangka adik nangis macam tuh. " kata faiq dengan wajah tidak bersalah.

" jadi? adakah punca adik nangis salah adik ? atau salah abang abang?" kata ameera sekali lagi dengan nada tenang. tanpa tengking. tapi matanya menusuk mata si kembar seperti memberi amaran.

" salah kami. " akui faiz dan faiq serentak.

"bagus anak ibu.... amra . adakah anda puas hati? " tanya ameera kepada amra . hidung nya merah dan bawah matanya merah kerana menangis tadi.

" b-bagi hidung adik balik! " kata amra yang sungguh innocent. ameera melihat anak lelakinya dan memberi insyarat' korang tahu nak buat apa '

kemudian faiz pura pura seperti memuntahkan hidung amra yang di makan kemudian di berikan kepada faiq dan faiq memasangnya kembali.

"amra dah okey? " tanya ameera kepada anak bongsu nya itu.

"hmm! " balas amra sambil mengangguk tersenyum memegang hidung. bahagia sungguh rupanya.

"okey... sekarang semua peluk masing masing cakap minta maaf kemudian peluk ibu. " kata ameera. lalu faiq dan faiz bersama amra memeluk sesama mereka sambil tersenyum dan meminta maaf. kemudian memeluk ibu mereka.

" ibu bangga dengan faiq dan faiz kerana jujur pada ibu. bagusnya! anak anak ibu! " puji ameera kepada anak anak nya. kemudian mereka gelak bersama.

"uish! papa pon nak peluk jugak! " kata amar yang tiba tiba muncul entah dari mana. dan memeluk mereka dan tergelak bersama sama.

~END~

Miss Double A ✓Where stories live. Discover now