" ameera... ameera..." panggil satu suara.
" siapa?" Tanya ameera kerana dia figura tersebut samar-samar di sebalik kabus putih." keluarga kamu meera..." kata satu suara kemudian kabus putih lenyap dan terlihat wajah ahli keluarganya.
" keluarga meera?" Tanya meera seakan tak percaya.
" ye... ayah mintak maaf kerana kamu perlu hadapi semua perkara ini seorang diri. Ayah tak ada di sisi puteri ayah. " kata seorang lelaki. Kemudian dia melangkah mendekati ameera bersama yang lain.
Ameera bergenang air mata.
" ayah! Ibu!" Ameera teriak gembira kemudian memeluk kedua mereka.
" kami mintak maaf annur ameera.. ibu dan ayah tahu ujian ini terlalu berat kepada kamu. Bukan? Anakku ameera... kami sentiasa berdoa kamu kekal dalam kesejahteraan.
Ameera , ibu tak nak kamu terlalu lama sedih. Teruskan perjuangan kamu. Teruskan. Tegakkan kebenaran. Tegakkan keadilan . " kata ibu.
" tapi... semua nih buat meera putus asa... kenapa allah wujudkan orang seperti hariz. " kata ameera dengan nada berat seperti hendak nangis.
" meera tak boleh putus asa ... ingat meera, allah sentiasa bersama kamu. Allah wujudkan orang seperti hariz untuk menguji keimanan ameera terhadap NYA. Jika meera putus asa. Maka meera bukan antara kalangan orang yang sabar menghadapi dugaan ." Kata ayah.
Ameera hanya diam. Dan membenarkan kata-kata ayah dan ibunya dalam hati. Sungguh hatinya tidak kuat seakan di telah jatuh dan tak dapat bangkit semula.
" meera. Abang tahu kamu boleh teruskannya. Ada satu sinar jauh dalam hati kamu yang mahu bangkit . Jangan mengalah. Jangan tunduk kepada kata-kata nista manusia. Mereka tak tahu apa yang kamu lalui hanya kamu yang tahu apa yang kamu lalui" kata si abang pula dengan tegas.
" betul tuh... meera. Insya allah , allah akan bantu hambanya yang istiqamah berada di jalannya dengan cara yang kita tak sangka. Sentiasa husnudzon dengan allah." Kata si kakak.
" kami sentiasa bersama kamu." Kata mereka serentak.
Ameera berasa terharu dan gembira. Satu semangat baru seperti di suntik kedalam jiwanya secara ghaib.
Kemudian figura ayahnya dan ibunya hilang di balik kabus diikuti kak dan abangnya.
" ingat ameera! Jika kamu ingat allah pasti kamu akan berjaya menghadapi fitnah di dunia dan di akhirat kelak!" Kedengaran suara abang nya yang lantang sebelum semuanya lenyap.
Ameera mengejar suara itu tiba-tiba dia jatuh...
" ayah! Ibu! Abang! Kakak!" Jerit ameera.
🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒🎒
" ameera! Akhirnya kau sedar!" Kata seseorang setelah dia sedar dari tidur yang serasa lama. Ameera terus meraba kepalanya. Nasib tudungnya masih tersarung. Dia sedikit sebanyak fobia tentang kejadian lalu.
"Amar!" Suara ameera tinggi seoktaf. Terkejut dia apabila rasa mamainya sudah hilang dan amar di hadapannya. Kemudian ameera memandang sekeliling. Dia berada di hospital. Bau ubat menusuk rongganya.
" macam mana ?" Ameera hairan melihat amar dihadapannya.
" amar cari kau selepas aku bagi tahu kau keluar balai polis lepas report kes tuh. Tak sangka terjumpa kau kat hospital sebab kau jatuh dari tangga semasa panjat tangga masjid nak naik tempat solat wanita. " jelas hilman yang kebetulan berada di situ.
YOU ARE READING
Miss Double A ✓
RomanceANNUR AMEERA atau miss perfect adalah seorang perempuan yang mana hidupnya bergantung kepada sebuah beg galas biru muda, yup! bukan seorang lelaki. segala keperluannya terdapat di dalam beg itu. payung, ubat, first aid , buku nota macam macam lah...