1

1.5K 67 1
                                    

Humairah POV

Aku kais sampah untuk mencari makanan yang dibuang,tetapi tiada.

Grukk grukk

Aku memandang perut aku,kali ini sudah lima kali berbunyi minta diisi oleh sesuatu,tapi dimana aku ingin mendapatkannya.

Aku terus berjalan,aku lalu dihadapan sebuah restoran mewah,aku harap dapat sedikit makanan untuk mengisi perut aku yang sudah memberontak ini.

"Mak cik?"aku memanggil perempuan yang sedang tunduk di balik meja.

"Ehh buat apa datang sini?!"dia tengking aku.

"Saya lapar"

"Shuh! Kau kotor,nanti tiada orang pula mahu makan disini disebab kan kau! Jijik!"aku dihalau seperti seekor kucing.

Aku pergi meninggalkan restoran itu,sesekali aku menoleh kebelakang,sungguh sedap makanan yang dihidang.Terliur aku.

"Awak!"

Aku menoleh,seorang lelaki berpakaian kemas berlari ke arah aku.Aku cepat mengangkat kaki,takut aku jika itu pihak jabatan yang berkuasa mengutip gelandangan seperti aku.

Sedang aku berlari selendang aku tercabut dari kepala,berterbangan selendang itu ditinggalkan oleh aku.

Aku terus lari sambil menutup kepala aku yang terdedah,aku takkan patah balik.Kalau ditangkap nanti macam mana? Aku tak nak.

Setelah aku rasa sudah jauh dari lelaki itu aku berjalan,penat,berlari tanpa henti.

Aku mulakan misi mencari makanan,dan aku jumpa sebungkus roti yang berada di tepi tong sampah,aku ambil,aku makan,orang yang lalu lalang pandang aku dengan pandangan jijik.Apa aku kisah,aku lapar,perut pun asyik memberontak.

Aku menghabiskan roti itu,kemudian aku buang plastiknya ke dalam tong sampah tadi.

Tiba tiba aku rasa ada seseorang memegang bahu aku,cepat cepat aku menoleh.

Orang tadi,orang yang kejar aku tadi,dekat tangan dia ada sebungkus makanan dan selendang aku.

Sekali sekala aku terbau makanan,sedap baunya,tertarik aku,aku pejamkan mata menikmati bau itu.

"Awak?"

Aku tersedar apabila lelaki itu menegur aku,aku buka mata aku,aku nampak dia senyum. Sesungguhnya senyuman itu manis,sudah lama aku tidak melihat orang senyum semanis itu pada aku.

Aku terbau makanan itu lagi,baunya memang mengujakan aku. Lelaki itu tersenyum lagi.

"Awak lapar?"soalnya sambil menayangkan bungkusan nasi itu.

Tidak sempat aku menjawab soalanya

Grukk grukk

Perut aku berbunyi terlebih dahulu,aku tersengih.

"Nah,ambillah saya tahu awak lapar"dia menghulurkan bungkusan itu dan tidak lupa juga selendang aku.

Aku terus mengambil dan membukanya,selendang aku di belitkan pada kepala.

Aku makan sehingga habis,licin bekas tu.

"Terima kasih"

Aku tutup bekas itu kemudian aku menjilat jari jemari sehingga bersih.Aku ingin mengelap tangan pada baju,tapi ditahan oleh lelaki didepan aku,cepat cepat aku tarik tangan aku yang dipegang.

"Ouh maaf"katanya.

Aku hanya balas dengan senyuman.

"Nah"dia menghulurkan sapu tangan.Aku memandangnya tidak faham.

"Lap tangan guna kain ni,jangan lap guna baju"katanya lembut.

Aku pun mengelap tangan menggunakan sapu tangan itu.Kemudian aku memberi padanya kembali.

"Awak bukan orang jabatan kan?"soal aku,risau juga,mana tahu dia menyamar.

"Bukan"

Aku bangun ingin pergi,tapi tiba tiba perut aku sakit,sakit sangat,tersungkur aku. Tak sempat lagi aku nak melangkah perut buat hal.

"Eh awak kenapa ni?"soalnya. Aku hanya menggelengkan kepala,kemudian aku bangun lagi,tapi sia sia aku jatuh kembali.

"Sakit sangat eh?!"soalnya. Nampaknya dia cemas.

Aku hanya angguk tak berdaya nak menipu lagi sakit perut aku.

"Bangun"katanya sambil memapah aku bangun.

Aku bangun mengikut arahannya,tapi tak berdaya untuk berjalan sebab pandangan aku kabur,terus aku jatuh tidak sedarkan diri.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now