29

543 27 1
                                    

Author POV

Aira masih tidak selesa, dia rasa tidak sedap badan. Sesekali juga dia rasa pening,  rasa nak muntah, tekak loya, haih macam-macamlah.

Dia bangun menuju ke dapur, dibukanya peti sejuk lalu meneguk air fresh orange yang sudah tersedia di dalam botol kecil bewarna hijau.

Setelah itu dia berjalan ke ruang tamu dan duduk di atas sofa pula buat kali ini,sebab lagi beberapa minit lagi Zafran akan pulang, jadi dia bersiap sedia untuk menunggu Zafran agar dia dapat menyambut kepulangan Zafran, semalam dia tidak menunggu dihadapan pintu sebab dia tertidur di dalam bilik.

Sekali lagi dia terasa loya. Tekaknya di usap. Rasa nak muntah datang lagi menerjah.

"Ding Dong"

Spontan kepala Aira menoleh ke arah sliding yang berada di sebelah kanannya. Hilang terus rasa loya yang Aira rasakan. Terlihat kereta BMW milik Zafran telah  berada di tempat meletak kereta. Tadi Aira langsung tidak sedar akan kehadiran kereta Zafran, tahu-tahu loceng sudah ditekan.

Aira terus berlari ke pintu, lalu dibukanya. Maka lebarlah senyuman yang dicipta oleh Aira khas buat Zafran.

Tapi, Zafran hanya membalas senyuman itu sekejap sahaja, selepas itu mukanya berkerut.

"Erm, kenapa pandang saya macam itu?" Soal Aira sejurus dia sedar pandangan Zafran bertukar.

"Awak pucat"

"Erm...masuklah dulu" pelawa Aira, macam rumah sendiri pula.

Zafran terus memegang tangan Aira lalu ditariknya ke sofa. Beg kerja yang disandang diletakkan disisi kirinya. Kemudian menatap muka Aira.

"Awak okay, muka awak pucat, baik cakap dengan saya" Aira menggeleng.

"Saya okay je, cuma tak sedap badan" Zafran mengangguk.

"Dah makan?"

"Belum"

"Lah kenapa tak makan" nampaknya Zafran mengeluh kcecil disitu.

"Tak ada selera" jawab Aira pendek. Dan, rasa loya itu datang lagi.

"Erp, erp," Aira menekup mulutnya.

"Aira, awak okay tak" soal Zafran, risau dengan keadaan Aira.

Aira pula dah hilang fokus pada Zafran, dia terus berlari ke singki kerana itu sahaja tempat yang paling dekat untuk dia lepaskan rasa loya, walau hakikatnya untuk sampai ke dapur jauh juga. Maklumlah rumah Zafran ini besar.

Aira terus muntah. Terasa belakangnya diusap.

"Pergi hospital?" Aira menggeleng.

"Klinik?" Aira menggeleng lagi.

"Habis tu? Awak dah macam ni, takkan saya nak biarkan" kini Zafran memegang bahu Aira pula.

"Saya okay je, percayalah" Aira membasuh mulutnya kemudian pusing memandang Zafran.

"Betul ni?"

"Iya, betul" Aira menggeleng, tersenyum dia melihat Zafran yang sangat mengambil berat pasal dirinya.

"Erm, kalau saya nak jumpa abang saya boleh tak?" Aira mengubah topik perbicaraan.

"Boleh, tapi kena tunggu awak sihat dulu, baru boleh pergi" kata Zafran.

"Alahhh"

"Dah dah, tak ada alah alah, saya nak naik dulu, saya nak mandi, hari ini saya kerja separuh hari" kata Zafran sambil berjalan ke arah ruang tamu untuk mengambil begnya. Aira hanya membuntutinya.

"Separuh hari? Kenapa pula?" Soal Aira, sesalunya tiada pula Zafran bekerja separuh hari.

"Saya nak jaga awak lah, sayang. Awak kan tak sihat" kata Zafran, tangannya hinggap di pipi Aira.

"Ish, sakitlah" Aira meleraikan tangan Zafran yang mencubit pipinya.

"Itu lah awak, makin tembam, geram saya" Zafran membuat yang membuatkan Aira merasa geli.

"Eee!"

¤¤¤

Shira POV

Aku tersenyum. Dah lama tak nampak Zafran, mesti perempuan tak guna itu pun sudah tiada, maka tiada lagi lah tembok yang menghalangnya untuk bersama Zafran.

Seperti biasalah, waktu rehat aku akan menuju ke kafe yang berada lebih kurang 3km dari hospital ini. Sampai sahaja di kafe itu aku terus order secawan latte yang menjadi kegemaran aku.

Aku pun duduk di meja, aku terfikir lagi pasal Zafran. Hari ini aku langsung tidak bertegur dengan Zafran. Selalunya aku yang memulakan bicara. Tapi hari ini aku hanya dapat melihat Zafran semasa dia sedang memriksa pesakit.

Aku tunggu lagi. Kemudian barulah latte yang aku pesan tadi sampai.

"Thank you" ucap aku selepas minuman aku diletakkan diatas meja. Orang itu hanya menunduk.

Selesai aku minum, aku kembali ke hospital untuk menyambung tugasan. Tapi sampai sahaja di hospital, aku tidak melihat pun kereta BMW milik Zafran. Heh mesti tak datang sebab tengah bersedih atas kematian perempuan tak guna itu.

Aku masuk ke ruangan kecemasan, dan aku tulis pada note yang terlekat di tepi kaunter itu bahawa aku kerja separuh hari. Sebab, aku nak melawat Zafran. Kan dia tengah bersedih gila babi.

Astagfirullahalazim

Geram punya pasal sampai aku pun mencarut. Heih.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now