28

569 29 0
                                    

Author POV

Kini sudah empat bulan selepas hari perkahwinan Zafran dan Aira. Seperti biasa Aira membuat sarapan sementara Zafran belum turun lagi.

Nasi goreng bunga kantan ialah nasi goreng kegemaran Zafran. Bunyi sudip dan kuali yang berlanggar membuatkan Zafran tersedar dari tidurnya.

Setelah selesai memasak makanan itu dihidang. Tidak lama itu Zafran turun.

"Hai, selamat pagi" sapa Zafran.

"Hai" Aira menyahut sambil menuju ke singki dengan kakinya yang tempang buat sementara.

"Kaki dah okay?" Aira mengangguk bagi persalan itu.

Flashback

Author POV

Pada tiga bulan yang lalu, pada hari Sabtu. Aira dan Zafran menuju ke pasaraya untuk membeli sedikit barang dapur.

Aira mula memilih barang, tapi dia sedar, dia merasakan seperti ada seseorang yang mengikutinya. Kepalanya ditoleh ke kanan dan ke kiri setiap kali dia ingin memilih barang.

"Awak kenapa? Soal Zafran.

"Hmm? Kenapa?" Aira cuba berselindung dari apa yang dia rasakan.

"Awak tu, asyik toleh kanan, kiri, kenapa?" Soal Zafran lagi.

"Tak ada apa apa, saja je"

Aira meruskan aktiviti memilih barang, setelah selesai, mereka berdua menuju ke tempat parking.

"Awak pergi dekat kereta dulu ya, saya nak bayar tiket parking nanti saya datang, awak bawalah barang yang ringan tu, ni ambil kuncinya" kata Zafran sambil menyerahkan kunci kereta.

Aira pun mengambil barang yang berisi dua beg plastik. Dia terus menuju ke kereta. Sambil tangannya erat menggenggam kunci kereta yang Zafran berikan tadi. Rasa gementar tiba-tiba.

Sedang Aira berjalan melintasi lot parking sebuah kereta menyala secara mengejut, kereta itu terus melanggarnya. Selepas itu kereta itu pergi dengan laju.

Aira mengaduh kesakitan disitu, kakinya berdarah.

"Aira!" Suara Zafran menjerit.

Kemudian Aira terus di bawa ke hospital terdekat.

End Flashback

Author POV

Mereka mula makan. Setelah itu Zafran bergegas ke tempat kerja.

Sementara itu...

"Kau pasti, perempuan tu dah mati?" Soal Shira pada Rizki.

"Ye, pasti" jawab Rizki. Itu hanya mulutnya yang pasti, tapi hatinya tidak. Sebenarnya dia sendiri pun tidak sampai hati melanggar isteri orang sehingga meninggal dunia.

"Lepas ini aku tak nak dah buat kerja gila macam ni, cukup, ini perkara keji yang aku pernah buat, aku tak nak buat lagi" Rizki ingin lari daripada kesalahan ini. Lagipun Shira tidak tahu bahawa Aira sudah mati atau pun belum sebab selepas sehari mereka membincangkan plan, Shira bertolak ke L.A, dan sekarang baru lah dia menjejak kembali tanah airnya, Malaysia.

Rizki terus meninggalkan bilik itu. Dia keluar berjalan menuju ke pintu luar, laju dia melangkah tapi kepalanya menunduk.

"Bukk!"

"Maaf!" Kata Rizki dengan suara yang sedikit menjerit.

Satu perlanggaran berlaku. Rizki mengangkat kepala untuk memandang siaa yang dilanggarnya.

"Zaf-Zafran?" Kata Rizki gugup di dalam hati.

"Maaf" kata Rizki kini dia membongkokkan badan.

"Tak apa, saya pun minta maaf juga. Erm saya pergi dulu ya, saya dah lambat ni" kata Zafran pada Rizki yang masih menunduk. Zafran pula berlari-lari anak meninggalkan Rizki.

Kini badannya di tegakkan seperti biasa.

"Aku...minta maaf Zafran, aku terpaksa lakukan perkara keji itu. Aku terpaksa, aku perlukan duit sekarang ini" kata Rizki perlahan sambil menapak untuk meninggalkan kawasan hospital.

¤¤¤

Aira POV

Aku duduk dihadapan tv, terasa penat sangat, padahal basuh pinggan je tadi. Perut pun tak selesa. Kepala aku pening rasa nak muntah pun ada.

Aku mula menggapai alat kawalan jauh tv, aku mengalih siaran tetapi tiada yang menarik perhatian aku langsung.

Sudah lama aku menonton tv walaupun cerita Thailand, sebenarnya aku tengok sahaja, sudah tiada siaran yang menarik alang-alang tonton sahaja.

Penat, mengantuk, pening, rasa nak muntah, semua rasa ada. Tekak aku loya sangat. Rasa nak muntah.

Aku berlari-lari anak menuju ke singki. Aku muntah tapi...hanya air jernih yang keluar. Punyalah perit tekak aku itu saja yang keluar.

Selepas mencuci mulut aku terus naik masuk ke bilik. Nak tidur. Penat nak melayan tekak yang sebegini rupa.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now