17

593 36 0
                                    

Humairah POV

"Abang!" Sapa aku setibanya aku sampai di hadapan kereta.

"Masuklah" jerit abang sambil kepalanya menonjol keluar dari tingkap kereta.

"Yeay" jerit aku. Terus aku membuka pintu kereta dan melompat masuk ke dalam kereta.

"Aaa hari kita nak pergi mana?" Soal aku teruja.

"Abang nak bawa Aira pergi..." abang meletakkan jarinya di dagu.

"Pergi mana?" Soal aku lagi.

"Kita pergi KLCC nak tak?" Soal abang pada aku.

"Boleh, lagipun Aira rasa, Aira tak pernah pergi" kata aku.

"Pernah lah, mama dengan papa yang bawa, masa itu Aira baru setahun tak silap abang" kata abang. Aku hanya 'O'.

Kereta Adam pun meluncur laju meninggalkan rumah Zafran.

Di dalam kereta diam sahaja, tetapi itu pada mulanya sahaja, bila sudah lama...

"Abang, jangan lah"

"Biarlah, dah lama abang tak main hidung yang comey ni"

"Alah jangan lah abang! Merahlah hidung Aira"

"Ish! Comel!"

"ABANG! KERETA!"

Adam masih cuba untuk menekan break kereta, tetapi tidak berhasil.

"ABANG!"

"AIRA! PEGANG TANGAN ABANG!"

"TUTUP MATA!"

BUKK!

¤¤¤

Zafran POV

Prank!

Cawan yang dipegang oleh Zafran terlepas dari tangannya. Cepat cepat dia mengurut dadanya yang tiba tiba rasa berdebar.

"Eh Zafran, kenapa ni?!" Soal Cik Ani cemas.

"Tak da apa apa, cawan ni ha, terlepas" jawab Zafran sambil menayang gigi. Padahal dalam hati hanya terfikir pasal Aira.

Drtt...drtt

Telefon milik Zafran bergegar menandakan ada panggilan masuk. Zafran bergegas berlari ke arah meja makan, kerana tadi dia meletakkan telefonnya dia atas meja makan.Zafran melihat nama yang terpampar di permukaan telefonnya tertera nama 'Adam'. Lantas dia menjawab panggilan.

"Hello?" Suara asing menyapa di telinga Zafran.

"Ye saya, ini Adam kan?" Soal Zafran, walaupun dia tahu itu bukan suara milik Zafran, malah itu suara seorang perempuan.

"Maaf, saya bukan Adam.  Tapi saya nak bagi tau, pemilik phone ini berada di Hospital ****** nombor wadnya TA12 & TA13" katanya.

"Kenapa! Apa dah jadi!" Zafran mula panik.

"Tadi pemilik phone ini kemalangan, dengan seorang gadis remaja" sambungya.

"Baik, sekejap lagi saya sampai" jawab Zafran.

Zafran bergegas mengambil kunci kereta, dan terus meninggalkan rumah itu.

Cik Ani yang melihat hanya berkelakuan pelik.

"Awak rasa, kenapa Zafran nak cepat sangat ye?" Soal Cik Ani kepada suaminya Pak Cik Din merangkap pemandu yang bekerja dirumah ini. Dirumah ini Cik Ani dan Pak Cik Din sudah berkahwin, tetapi tidak mempunyai anak. Jadi mereka menganggap Zafran sebagai anak mereka. Zafran yang menemui mereka lantas memberi kerja sebagai pembantu rumah di tempat kediamannya.

Maka itu lah sebab Zafran mempunyai dua orang pembantu rumah yang sangat prihatin terhadap Zafran.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now