5

802 47 1
                                    

Humairah POV

Sebaik sahaja aku melihat isi dalam rumah ini aku sangat rendah diri, rumah ini sungguh mewah bagi aku.

"Awak, masuk lah"

"Tapi takkan kita berdua saja" Soal aku ragu-ragu.

"Jangan risau saya ada dua pembantu rumah seorang lelaki dan seorang perempuan"Katanya tenang pada aku.

Tanpa banyak berkata aku terus melangkah masuk.

Cantik sungguh, mempunyai lampu yang dihiasi permata kecil yang membuatnya seperti sedang berkelip, lantai marmar yang bewarna kelabu campuran biru tua dan kombinasi biru laut dan hijau lumut pada dinding. Sangat meredupkan pemandangan aku.

"Awak orang kaya, ya?" Soal aku spontan.

"Tidak lah biasa biasa saja" Aku tahu dia sedang menafikan kemewahan yang dia miliki. Merah telinganya. Hahaha.

"Mari ikut saya" Aku terus mengikutinya menaiki ke tingkat dua dan ke tingkat tiga, kemudian dia menunjukkan sebuah bilik pada aku.

"Ini saya bagi kunci, awak rehatlah dalam bilik ini, ini bilik arwah adik saya, pasal pakaian semua ada dalam almari, saya nak awak bersihkan diri lepastu rehat, luka dekat perut awak belum baik lagi. Nanti malam turun makan" Katanya sambil menyerahkan kunci bilik.

"Okay"

"Hah lagi satu luka kat perut tu jangan bagi terkena air nanti pedih" Aku angguk beberapa kali tanda mengerti apa yang dia katakan.

Aku masuk ke dalam bilik, dan aku terus lakukan apa yang dia suruh walaupun aku sangat kagum dengan bilik ini.

Aku membersihkan badan aku, tanpa sengaja tempat luka aku terkena air disebabkan air yang tiba-tiba memancut. Aduh pedihnya.

Rasa pedih aku endahkan, aku terus mencuci badan aku. Setelah selesai mencuci badan, aku pun terus memakai baju. Sekilas aku memandang jam di dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam.

"Pedihnya..." Barulah aku terasa pedih yang amat.

"Humairah?" Suara Zafran memanggil aku diselang dengan ketukan pada pintu.

"I-iye..." Jawab aku. Aku membuka pintu bilik dengan mata yang berair. Pedih.

"Jom makan"

"I-iye" Jawab aku sambil menutup pintu, kemudian membuntuti Zafran ke ruang makan.

'Nasib baik dia tak perasan mata aku berair'

Dalam perjalanan turun tangga baru aku rasa sakit, bukan pedih dah. Menyesalnya aku,macam mana boleh kena air tadi!?

Alaaa pedihnya. Bergenang mata aku.

"Hiks hiks" Tak boleh tahan dah. Air mata aku dah melimpah.

"Awak?" Soal Zafran sekali gus dia menoleh.

"I-iye?" Aku menunduk.

"Kenapa? Awak okay tak?" Aku hanya menggeleng. Sakit.

"Kena air eh tadi?" Aku angguk.

"Jom masuk bilik" Dia memapah aku jalan.

Aku hanya menurutinya.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now