35

573 30 0
                                    

Author POV

Sudah tiga bulan Aira tidak sedarkan diri. Jarum drip yang terpasang di tangan Aira sentiasa mengalirkan air. Sehari sekali Aira akan disuntikkan ubat untuk membekalkan zat-zat penting untuk kandungannya.

Tiap kali jarum suntikan itu mencucuk ke daging Aira, Zafran sangat sayu. Ada kalanya air matanya mengalir kerana dia tahu Aira sangat takut pada jarum. Tetapi sekarang, hari-hari yang dilalui oleh Aira  dipenuhi dengan suntikan.

Zafran, melihat jam tangannya. Menunjukkan lagi beberapa minit lagi Aira akan menerima suntikan lagi.

"Saya tahu awak takut dengan jarum, awak kuat, saya tahu awak kuat" tangan Aira digenggam erat.

"Awak jangan takut dengan jarum lagi, saya sentiasa ada di sisi awak"

"Nanti nurse datang untuk bagi suntikan dekat awak, awak takkan takut lagi. Lagipun awak sudah selalu sangat kena suntik"

"Ye, saya tahu awak kuat"

Zafran terus memberi kata semangat pada Aira yang masih 'tidur'. Walau dia tahu Aira tak akan membalas kata-katanya.

Zafran memandang sayu muka Aira yang pucat lesi itu.

"Awak, sedarlah cepat, saya rindu..." air mata Zafran mengalir lagi.

Tangan Aira yang digenggam dipandangnya apabila terasa seperti ada pergerakkan.

Zafran memandang lagi untuk kepastian. Kemudian ditekannya punat kecemasan yang disediakan.

¤¤¤

Author POV

"Alhamdulillah, isteri encik dah sedar sepenuhnya, cuma dia perlukan rehat lagi untuk bergerak" ucap doktor yang merawat Aira sebaik sahaja keluar dari bilik itu.

"Encik boleh masuk"

Zafran mengangguk, lantas kakinya menapak masuk ke dalam bilik dengan pantasnya, sungguh hatinya ceria.

Senyumnya terukir lebar apabila melihat Aira yang bersusah-payah untuk duduk. Cepat dia menghampiri Aira untuk membantu Aira duduk.

"Hai, awak dah sedar, penat saya tunggu awak" kata Zafran tersenyum lebar.

"Erm, sorry. Ah...lenguh" kata Aira, sambil membetulkan posisi duduknya, pingangnya diusap-usap.

"Awak duduk dulu, awak dah lama terbaring mestilah lenguh, dengan perut awak yang dah membesar" Zafran berkata sambil perut Aira diusap.

"Ish, geli lah" Aira menepis perlahan tangan Zafran.

Zafran tergelak kecil lalu meninggalkan bilik itu. Tidak lama kemudian di kembali ke bilik itu.

"Awak nak makan apa?" Soal Zafran pada Aira.

"Makan? Boleh makan?" Aira menyoal, sebab dia rasa dia baru sedar. Dah boleh makan ke?

"Mestilah boleh, awak laparkan?" Aira memgangguk bagi persoalan itu.

"Saya nak makan, erm tak kisah lah, awak beli je apa-apa" kata Aira. Dia buntu, tak tahu ingin makan apa.

"Okay, nanti saya datang balik"

¤¤¤

Author POV

Aira masih lagi duduk. Ada kalanya dia memandang perutnya yang sudah nampak isinya.

Baginya masa terlalu cepat, dulu perutnya tiada apa-apa, tapi bila dia sedar sahaja perutnya sudah besar begini.

Aira tersenyum kecil, tangan mengusap perut sendiri. Sedang Aira leka, seorang doktor masuk, sambil membawa makanan.

"Hai Aira, saya ada bawakan makanan" sapa doktor itu, tanda nama yang dipakainya tertulis 'Nurul'.

"Erm, suami saya ada bawakan makanan nanti" jawab Aira. Doktor itu tersenyum.

"Ini pun suami awak yang bawa, dia kata tolong sampaikan pada awak, sebab dia ada hal kecemasa. Suami awak doktor eh?" Soalnya. Aira mengangguk.

"Ouh, kalau macam tu saya keluar dulu, nah makanan ni" kata doktor itu sambil meletakkan dulang yang diatasnya ada makanan lalu keluar dari bilik itu.

"Terima kasih" ucap Aira tetapi pintunya telah ditutup.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now