7

753 45 2
                                    

Humairah POV

Sekarang sudah seminggu aku duduk di rumah Zafran. Luka pada perut aku pun sudah pulih. Tapi ada berita yang sangat mengejutkan aku. Zafran nak kahwin dengan aku!

Sekarang aku ada dalam bilik, sedang memikirkan permintaan Zafran pagi tadi.

'Nak ke tak nak, nak ke tak nak, haish! Susahlah macam ini, tapi dia dah tolong aku macam macam, dia dah rawat aku, sekarang dia minta kahwin pula, aih macam mana ni, aku muda lagi, aku tak bersedia lagi,tapi duduk satu rumah, bukan muhrim pula tu!'

"TOK! TOK! TOK!"

"Humairah?..."

Pintu bilik terbuka, terpampanglah muka Zafran, dengan pakaian kerjanya. Baru balik dari kerja mungkin.

"Ke-kenapa?" Aku rasa kekok hendak berbicara dengannya, kerana pagi tadi dia meminta hajat dengan aku, iaitu kahwin. Jangan sekarang dia minta jawapan pula. Sudahlah aku tidak tahu hendak jawab apa.

"Macam mana?"

"Ma-macam mana apa?"Aku gagap disitu. Dia hanya mengangkat kening. Seram pula aku lihat mukanya.

"Give me your answer"

'Aku dah agak dah, mesti dia nak jawapn punya'

Aku hanya menjadi patung disitu. Kaku. Apa aku perlu jawab?

Dia senyum lagi, kini dia melutut pula. Malunya aku. Sepatutnya aku yang harus hormat dia, sebab dia kan senior aku.

"Bangun, jangan la nak melutut, malulah" Dia bangun.

"Jawapan?"

Aku diam.

"Please"

Aku diam.

"Awak tak sudi ke?"

Aku melihat kesungguhannya, betul betul ikhlas di pandangan aku.

"Suka hati awak lah" Dia sudah tersenyum.

"Awak terima lah ni?!"

Aku angguk angguk.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now