21

596 35 0
                                    

Humairah POV

"Abang!" Aku terus menerjah pintu bilik wad abang aku.

"Hai, Aira" senyuman lebar tercipta di bibir aku apabila abang menyahut panggilan aku dengan mesra.

"Abang okay kan?" Soal aku. Aku risau dengan dia.

"Abang okay, cuma kesan luka yang ada tu je lah" kata abang sambil menayang luka-luka yang dia miliki di tubuhnya.

Drrtt...

"Kejap ye Aira, saya jawab call dulu, awak sembanglah dengan abang awak" kata Zafran pada aku. Aku mengangguk tanda faham. Zafran berjalan keluar dari bilik.

"Abang, sebenarnyakan, Aira takutlah, Aira dah nak kahwin. Takut" aku memulakan tajuk bicara, iaitu pasal perkahwinan aku.

"Nak takut kenapa pula, hidup berkeluarga tu bahagia tahu tak" abang kata macam itu pada aku? Aku takut nih.

"Abang cakap senanglah, abang dah besar. Aira ni, baru 18 tahun" kata aku sambil memuncungkan sedikit mulut.

"Alah, comel muncungkan bibir bagai. Dengar ya Aira, Aira kahwin saja dengan Zafran, biar dia jaga Aira, sampai Aira besar. Lagipun, abang dah benarkan dia berkahwin dengan Aira, abang dah letakkan kepercayaan dengan tanggungjawab 100% ke atas dia. Jadi Aira hidup bahagia dengan dia. Walau apa pun yang terjadi dalam rumah tangga Aira dengan dia nanti, Aira mesti percayakan dia. Jangan melawan kata-kata suami. Berdosa" kata abang sambil menggoyangkan jari telunjuknya dihadapan muka aku.

"Itu Aira tahu, tapi..." kata-kata aku terhenti apabila pintu dibuka dari luar.

"Aira, nanti appa dengan ibu saya datang sini, tadi appa baru call, sebab tadi saya beritahu appa saya tunggu dekat wad awak. Tapi dia sampai sana takde orang. Jadi appa call  saya tanya kat mana. Nanti appa sampai lah tu" aku hanya 'o'.

"Jap...appa tu apa?" Soal aku sambil tersengih.

"Appa itu sama maksud dengan ayah, disebabkan appa saya berasal dari Korea, jadi saya dah terbiasa membahasakan dirinya appa" aku 'o' sekali lagi.

"Terima kasih, lebih banyak pengetahuan saya" aku tergelak kecil.

Zafran mengusap-ngusap kepala aku.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now