39

607 29 0
                                    

AUTHOR POV

Zafran memang sudah putus asa. Dua orang bayi kembarnya ditinggalkan begitu sahaja setelah melihat Aira diberikan rawatan kecemasan.

Kakinya menapak perlahan lahan keluar dari labour room itu.

"Encik..." doktor perempuan tadi memanggilnya dari belakang. Zafran menoleh.

"Encik jangan risau, isteri encik cuma penat, jadi dia pengsan buat sementara. Nanti kalau dia dah sedar baru saya benarkan encik masuk" sambung doktor itu panjang lebar. Zafran tersenyum nipis. Tapi hatinya tidak, hendak saja dia melonjak kelegaan.

"Sekarang kena call Appa dengan Adam" monolog Zafran.

Zafran mendail nombor appanya...

Appa

"Assalamualaikum, appa?" Zafran memulakan bicara

"Ye Zaf. Kenapa call appa ni?" Soal Tuan Hansrul

"Erm...Zaf nak bagi tahu appa, appa dah dapat cucu" Zafran berkata sambil tersenyum

"Wah...appa tak tahu pun menantu appa tu mengandung, ni tiba tiba dah dapat cucu. Kenapa tak bagi tahu?" Soal Tuan Hansrul teruja

"Haha saja, bagi suprise kat appa dengan ibu" Zafran tergelak kecil

"Haa kalau macam tu, hujung minggu ni appa dengan ibu balik" ucap Tuan Hansrul

"Haa baiklah, appa" balas Zafran

"Okay lah, appa nak bagi tahu ibu kamu ni. Assalamualaikum" Tuan Hansrul mengakhiri perbualan

"Waalaikumsalam"

Kini Zafran mendail pula nombor milik Adam...

Adam

"Weh Adam, nak bagi tau something ni" suara Zafran memang teruja

"Pe.." jawab Adam lemah.

"Eh...kejap. Asal kau ni? Tak sihat ke?" Soal Zafran sebaik sahaja mendengar suara Adam.

"Hmmm aku demam, kenapa? Apa yang kau teruja sangat ni?" Soal Adam kembali.

"Adik kau la...isteri aku, kat hospital ni. Kau sebagai pakcik kepada anak anak aku, datang la...tapi kalau kau dah sihat la, kalau tak sihat lain kali je" Zafran memberi maklumat.

"Kenapa? Aira dah bersalin ke?" Adam pun ikut teruja.

"Ha'ah, dalam pukul lapan malam tadi" beritahu Zafran lagi.

"Esok je lah aku datang" kata Adam

"Okay, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Talian diputuskan...

Zafran memandang ke arah jam digital yang terpampar di notifications telefonnya sudah menunjukkan angka 11:30 tengah malam.

"Lambatnya..."

Kepala Zafran mula terlentok perlahan-lahan. Lama-lama dia terlelap.

¤¤¤

"Weh"

"Weh?!"

Badan Zafran digoncang kuat. Zafran meggeliat kecil. Kemudian dia tidur kembali.

"Weh! Bangunlah...dah pukul sembilan ni" Adam masih tidak putus asa. Sejak dia tiba di hospital satu jam yang lalu, dia masih melihat Zafran tertidur duduk ditempat menunggu. Aira pun sudah sedar, Zafran saja yang belum sedar dari tidurnya.

"Ape...aku penat lah, bagi la aku tidur dulu. Mengantuk ni" Zafran menggeyeh matanya.

"Kalau nak tidur pun, tidur la kat dalam wad Aira. Janganlah tidur dekat kaki lima macam ni" pujuk Adam.

"Yelah yelah" Zafran bangun dengan mata yang masih tertutup rapat. Badannya yang terhuyung-hayang dipegang oleh Adam. Nyaris tak langgar dinding. Adam tergelak kecil.

Adam memimpin Zafran ke arah sofa. Terus dia membaringkan Zafran disitu.

"Kenapa tu abang?" Soal Aira yang melihat Adam memimpin Zafran masuk ke dalam bilik lalu dibaringkan di atas sofa yang disediakan.

"Mengantuk lah tu" jawab Adam. Aira tergelak kecil.

"Memang mengantuklah jawabnya, semalam dia siap je buat kerja terus pergi hospital. Kesian" ucap Aira. Anaknya yang ada didalam dukungan dipeluk erat. Geram, pipinya merah.

"Ni dah letak nama ke?" Soal Adam. Kakinya menapak perlahan ke arah katil bayi yang terletak disebelah katil Aira, lalu diambilnya lagi seorang bayi.

"Belum. Tunggu Zafran la" kata Aira.

"Erm ok" jawab Adam. Pipi anak buahnya dicium geram.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now