24

615 33 0
                                    

Zafran POV

Keluar sahaja aku dari bilik mandi, aku berjalan ke arah almari. Aira? Dia kemana aku tak tahu mungkin dia masih melayan orang yang ada di ruang tamu.

Aku menukar baju aku, aku tahu Aira penat, tapi dia hanya membuat tidak tahu dan melayan orang yang hadir. Sebab tadi, selepas dia mencuci mukanya nampak sangat mukanya pucat. Bukan apa, aku risau.

Sedang aku menyarungkan seluar, aku dengar pintu dibuka. Aku pasti itu Aira, aku pun bergegas menyarungkan apa yang perlu untuk menutup badan aku.

Bila aku pusing, kan betul itu Aira.

Aira terus duduk di atas katil,kakinya dilipat dan dipeluk, kepalanya pula diletakkan di atas lututnya dan mukanya ditekup.

"Aira? Awak okay tak?" Soal aku.

"Okay je, kenapa awak nak apa apa ke? Kalau nak apa apa cakap saya buatkan" kata Aira sambil bangun dari katil.

"Tak...saya tak nak apa apa" jawab aku.

"Betul ni?" Soal Aira lagi.

"Iya, saya tak nak apa apa, awak pergi la rehat, saya tahu awak penat, muka awak pucat ni, Aira" kata aku sambil mengusap pipiya yang gebu.

"Ye, pucat sangat ke?" Soal Aira seperti tidak percaya. Telapak tangannya bergerak untuk menyentuh muka.

"Dah, jangan buat kerja berat-berat, pergi rehat" kata aku. Dia mengangguk.

"Nanti saya masuk bilik balik, awak jangan keluar"kata aku.

¤¤¤

Aira POV

"Haih, caring nya dia ni, untung aku kahwin dengan dia" kata hati aku. Aku tersenyum sendiri.

Aku mengambil tuala, aku berjalan masuk ke bilik air. Aku menyucikan badan aku. Kemudian aku memakai baju dan keluar dari bilik air.

Aku melangkah keluar dari bilik air aku sudah melihat Zafran duduk di atas katil sedang bersila.

"Hai" sapa aku dengan kekok.

"Hai" balasnya riang. Aku tersenyum.

"Makan jom, saya laparlah" rengeknya.

"Awak makanlah, saya tak ada selera" jawab aku. Memang ada rasa nak makan, tapi, entalah aku tak tahu hendak mengungkapkan apa yang aku rasa.

"Lah...kenapa pula? Awak okay tak ni?" Soalnya. Aku mengangguk lemah. Sebenarnya kepala aku pening.

"Awak ni, jujurlah dengan saya, kalau sakit ke apa ke, cakap dengan saya. Jangan diam" katanya lagi. Bagi aku apa yang diakatakannya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Awak pergi lah makan, kepala saya pening, maaflah, badan saya memang lemah, kalau satu hari saya buat kerja tanpa henti, memang kepala saya pening. Awak je lah pergi makan, nanti saya makanlah" jawab aku. Kaki aku bergerak melangkah menuju ke katil.

Aku baring, rasa lega bila kepala diletakkan diatas bantal. Aku terus pejamkan mata. Tak lama kemudian aku rasa ada sesuatu yang berada di kepala aku, aku celikkan mata.

"Eh, kenapa?" Soal aku sebaik sahaja mata aku dicelikkan. Rupanya tangan Zafran berada di dahi aku.

"Awak demamlah" katanya. Ouh aku demam.

"Alah. Esok baiklah, awak bagi saya tidur, esok pagi mesti dah sihat" jawab aku sambil tersenyum.

"Saya okay je" kata aku.

"Cakap je okay, kepala tu...pening kan?" Soalnya lagi. Aduh penatlah macam ini, banyak soalannya.

"Iya...memanglah, tapi bagi la saya rehat"

"Iye lahh" jawabnya lemah.

"Dah, pergi makan sana" aku cuba untuk memujuknya. Apa susah sangat makan je lah...bukannya susah sangat.

"Tapi aw-" katanya dipotong oleh aku.

"Saya okay!"

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now