19

580 36 0
                                    

Author POV

"Awak, macam mana boleh jadi macam ni?, awak tahukan ayah dengan ibu saya nak jumpa awak" Humairah yang baru sahaja sedar mengangguk sedikit. Pening kepalanya, baru saja sedar terus disoal.

"Maaf, tapi boleh tak awak bagi saya rehat sekejap, kepala saya sakitlah" Humairah memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Zafran mengangguk, dia faham keadaan Humairah yang sedang sakit itu.

"Iyalah...awak rehatlah dulu" Zafran mengusap kepala Humairah lembut. Humairah perlahan-lahan memejamkan mata.

"Haih...baru nak happy sikit, sebab nak bagi Aira jumpa ibu dengan appa, Aira pula jadi macam ni" Zafran mengomel didalam hati. Kepalanya tergeleng kecil.

Zafran pun berjalan menuju ke pintu untuk keluar. Tiba-tiba pintu terbuka sendiri dari luar. Ternyata itu ialah Shira.

"Hai...sayang?" Ucap Shira tergedik-gedik dihadapan Zafran.

"Kau, nak apa?" Soal Zafran malas.

"Huh...dengar cerita, buah hati sayang kemalangan? Mati ke tak?" Kata Shira tersenyum senget.

Pakk!

Laju tangan Zafran melayang ke muka Shira.

"Tolong jaga mulut kau, eh! Jangan kurang ajar sangat, daripada aku bertahan dengan kau, kau buat aku hilang sabar sekarang ni" kata Zafran dengan riak muka yang merah menahan marah.

Shira hanya memegang pipinya yang memerah. Pedih juga.

"Ouh...dah berani tampar saya eh! Sedar lah diri tu siapa?!" Shira melawan.

"Uh...awak, apa bising-bising ni?" Humairah menyoal. Zafran memusingkan badan untuk memandang Humairah.

"Ouh dah bangun lah betina tu, sayang tak nak ke peluk, sayang, cium bagai?" Kata Shira sambil cepat tangannya memaut lengan Zafran.

"Heih lepaslah perempuan tak guna!" Laung Zafran ditelinga Shira. Sambil tangannya melepaskan pelukan Shira.

Zafran memangdang Humairah. Mata Humairah pula mula berkaca.

"Sayang...jom la dinner dengan I , saya dah lapar ni" Shira memaut lagi lengan milik Zafran.

"Woi betina! Aku cakap lepas, lepas lah!" Amarah Zafran mula memuncak.

"Aira, jangan nangis, biarkan je perempuan tak guna ni" niat Zafran cuba memujuk. Zafran mendekati Humairah sambil tangannya ingin memeluk bahu Humairah. Tetapi di tolak oleh Humairah.

"Keluar"

"Awak jangan lah macam ni"

"Keluar"

"Awa-"

"Saya kata keluar, keluar!" Air mata Humairah mula membasahi pipinya yang mungil.

Zafran terus keluar dengan perasaan marah terhadap Shira.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now