25

590 31 0
                                    

Aira POV

Aku bangun dari katil, disebelah ada Zafran yang masih dibuai mimpi. Aku bangun dan mula membersihkan badan, setelah selesai aku turun ke bawah dan memulakan tugas sebagai seorang isteri.

Ibu dan appa masih lagi di dalam bilik. Hari ini appa dan ibu akan ke korea semula kerana ahli pejabat sudah menelefon appa bahawa ada projek baru yang akan dijalankan.

Aku membasuh pinggan. Setelah selesai, aku mula memasak apa yang aku tahu. Jangan ingat aku dikutip ditepi jalan tapi aku tidak tahu memasak. Aku tahu memasak, sebab aku selalu melihat orang di restoran-restoran memasak walaupun aku tidak pernah mendapat sedikit makannan dari mereka.

Hmmm. Nasib aku memang dah macam itu.

"Selamat pagi" aku menoleh. Ouh ibu.

"Selamat pagi" jawab aku dengan penuh mesra.

"Aira masak apa?" Soal ibu pada aku.

"Mmm, Aira buat sandwich je, sebab nak sarapan" jawab aku. Ibu mengangguk.

"Aira pandai masak apa je?" Soalnya pada aku lagi.

"Aira pandai masak....asam pedas! Sebab Aira selalu lalu belakang restoran Zafran. Masa itu lah saya dapat peluang melihat makcik makcik disitu memasak. Er...saya curi tengok je, tak apa kan?" Kata aku ragu.

"Eh tak apa lah, sekurang-kurangnya Aira ada keinginan untuk tahu" kata ibu sambil tangannya mula menyusun sandwich yang telah siap ke dalam pinggan.

Author POV

Sedang Aira dan Puan Zahra sibuk menyiapkan sarapan, Zafran dan Tuan Hansrul pula datang menghampiri mereka.

Aira yang sedang membancuh air tersenyum memandang Zafran, yang Zafran pula tidak langsung membalas senyuman Aira, malah dia hanya menjegilkan mata.

"Kenapa bangun awal?" Soal Zafran pada Aira.

"Er...kenapa? Tak boleh ke?" Soal Aira kembali.

Puan Zahra dan Tuan Hansrul hanya melihat situasi yang sedang berlangsung.

"Kan saya dah cakap, jangan buat kerja, rehat. Awak tu demam" kata Zafran. Puan Zahra pula memandang Aira.

"Lah...Aira demam ke? Ibu tak tahu pun" kata Puan Zahra sambil tangannya menyentuh kepala Aira. Panas.

"Tapi...dah okay dah, dah tak pening macam semalam" kata Aira.

"Tapi awak mesti rehat, saya tahu awak penat" kata Zafran sambil melipat tangannya ke dada.

Alah...

"Saya tunggu dekat atas, mesti naik" kata Zafran mendatar dan terus meninggalkan kawasan dapur.

"Aira pergi je" pujuk Puan Zahran.

"Tapi...er...macam marah je. Garang" kata Aira.

"Pandai cakap saya garang ya?" Kata Zafran yang sedang menaiki anak tangga.

"Oops" Aira menutup mulut.

"Naik je, dia tak garanglah, ibu kenal anak ibu macam mana" pujuk Puan Zarah.

"Hmm ye lah" Aira pun melangkah pergi menuju ke bilik.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now