2

866 64 0
                                    

Humairah POV

Aku celikkan mata aku,aku pelik,aku dekat mana ni? Aku cuba untuk duduk tapi perut aku sakit.Aku baring balik.

"Aduh!"aku mengereng kesebelah kanan.

Tidak lama kemudian pintu bilik ini terbuka,terpampang lah muka lelaki tadi,tapi dia berpakaian doktor. Dia doktor?

"Hai"

Aku mengereng kesebelah kiri pula untuk memandangnya.

"Sakit lagi?"soalnya.

Aku cuba duduk.

"Aduh!"aku pegang bahagian kanan perut aku. Sakit.

"Eh awak jangan bangun dulu"dia datang dan memaksa aku baring semula.

"Kenapa jadi sakit?"soal aku.

"Tadi awak pengsan lepas itu saya bawa awak ke sini buat pemeriksaan"

"Jadi?"aku faham,mesti banyak masalah pada perut aku. Sebab aku tak pernah makan makanan yang elok,itu pun nasib aku tadi diberi makanan.

"Awak keracunan makanan,dan bahagian kanan perut awak,terpaksa ditebuk sedikit, untuk mengeluarkan makanan yang awak tak hadam"

"Ouh..."aku mahu bangun lagi,tapi tak berjaya.

'Alaa takkan aku nak duduk sini lama lama,menyusahkan dia ni je,lagipun aku tak suka duduk sini lama lama,nanti kena makan ubat lagi la aku tak suka'omel aku dalam hati.

"Saya nak pergi dari sini"aku bangun juga walaupun sakit.

"Boleh"katanya. Aku terus bangun,lagi sekali dia memegang tangan aku,cepat cepat aku tarik.

"Maaf"dia menunduk.

"Awak boleh pergi,tapi ada syarat"

"Apa?"

"Awak kena ikut saya balik"

"Tak nak"

"Kalau tak nak,awak tak boleh keluar dari sini"dia ugut aku.

"Kalau macam itu saya akan keluar ikut cara sendiri"aku pula mengugutnya.

"Ouh ok,kalau tak nak ikut saya balik,saya akan serahkan awak pada pihak berkuasa"dia ugut aku lagi. Sesungguhnya aku dah tidak boleh melawan lagi,tak nak aku diambil oleh orang jabatan.

"Yelah yelah"aku mengalah.

"Tunggu sini, saya nak keluar sekejap". Aku angguk angguk.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now