26

582 30 7
                                    

Author POV

Dari Aira masuk tadi keadaan dalam bilik senyap sahaja. Hanya bunyi aircond sedang mendinginkan seluruh kawasan bilik itu.

Zafran pula hanya menenung Aira sejak Aira masuk tadi. Macam marah je.

"Dah makan ubat belum?" Soal Zafran secara tiba-tiba. Aira yang dari tadi menunduk terus memandang Zafran.

Aira hanya menggeleng bagi persoalan Zafran itu.

Zafran terus bangun dari katil dan keluar dari bilik itu. 10 minit kemudian dia masuk balik ke dalan bilik dengan membawa makanan.

"Makan ni, lepastu makan ubat, lepastu tidur, nanti nak hantar appa dengan ibu baru saya kejut" arahan yang diberi tegas.

"Erm..o-okay"

¤¤¤

3:50 petang

Zafran berjalan masuk ke bilik, kelihatan Aira masih dibuai mimpi. Ubat itu memang memberi kesan.

"Aira?" Zafran menggoncang badan Aira.

"Iya?" Jawab Aira yang masih mamai, dia menggeliat kecil.

"Jom, hantar appa dengan ibu pergi airport, Ke nak tinggal je, mengantuk lagi ke?" Soal Zafran yang melihat muka Aira yang masih mengantuk.

"Eh, saya nak ikut" iya ibu dan bapa mertua nak pergi, mesti lah kena ikut.

"Pergi lah bersiap"

Aira pun terus bangun tetapi dibantu oleh Zafran, ubat itu memang memberi kesan, sampai badannya seperti tidak terasa. Kebas.

"Jangan kunci pintu" Aira menoleh"

"Eh? Oh" Aira seperti berbunyi dua kali.

"Jangan kunci pintu bilik air, saya tahu badan awak kebas lagi" Aira mengangguk faham dengan apa yang Zafran cakap.

"Okay"

Setelah selesai menyucikan badan. Aira dan Zafran pun turun ke bawah.

"Dah?" Soal ibu yang sedang memandang telefon pintar miliknya.

"Dah!" Jawab Aira.

"Jom gerak"

Mereka pun bergerak ke airport, sampai sahaja mereka terus menuju ke tempat menunggu.

Zafran menyalam ibu dan appanya manakala Aira pula menyalam ibu mertuanya appanya dia hanya memberi tunduk hormat.

Bila pengunguman memenuhi kawasan itu Tuan Hansrul dan Puan Zahra pun memasuki kawasan lapangan. Dan berlepas pada pukul 6:40 petang.

Aira dan Zafran pun bergerak pulang kerumah. Sampai sahaja di rumah, mereka senyap, sunyi sahaja. Pembantu rumah sudah tiada. Appa tidak mahu Pak Cik Din dan Mak Cik Ani bekerja lagi. Dia mahu mereka berdua itu berehat sahaja, mereka sudah tua. Tidak sesuai untuk bekerja lagi.

Zafran masuk ke bilik, manakala Aira menuju ke dapur untuk masak makan malam.

Aira mula memasak. Ikan siakap yang ada di dalam peti diambilnya dan disiang. Aira mula memotong bahan yang diperlukan.

"Tuk! Tuk! Tuk!"

Aira meneruskan kerjanya, bunyi pisau yang berlaga dengan pelandas diendahkannya.

Tiba-tiba Aira merasakan ada sesuatu yang melingkari pinggangnya dengan perlahan.

"Masak apa tu?" Aira tersenyum. Berharap Zafran tidak lagi marah padanya.

"Saya tak tahu namanya, tapi saya selalu nampak pekerja awak masak masakan ni"

Zafran mengangguk.

"Nak tolong boleh?" Soalnya.

"Boleh! Erm... awak tolong potong bawang!" Jawab Aira riang.

Maka Zafran pun mula mencapai pisau dan pelandas yang baru, dia mula memotong bawang.

¤¤¤

11:30 malam

"Awak?" Zafran menyapa, sambil dagunya ditongkat oleh tangan.

"Apa?" Aira memandang.

"Awak tahu kan kalau seorang lelaki yang menikahi seorang perempuan, sebenarnya apa yang dia mahukan?" Dahi Aira berkerut.

"Hmm...dia inginkan kebahagiaan, keluarga yang bahagia erm lagi...a-anak?" Aira meneka sambil matanya membulat memandang Zafran.

Zafran tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Alahh"

"Takpa saya tak paksa"

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now