4

809 54 1
                                    

Humairah POV

Setelah hampir 30 minit, kereta BMW milik Zafran memasuki kawasan perumahan mewah. Ukay Bistari. Mungkin Zafran ialah orang kaya.

Aku memandang keluar tingkap menikmati pemandangan rumah yang cantik lagi besar. Aku terus menerus memuji kecantikan pokok-pokok dan bunga-bunga yang bewarna warni di sepanjang jalan.

Cantik ciptaan Allah, memang menyegarkan pemandangan aku pada waktu ini. Aku terus menikmati pemandangan yang indah lagi menarik ini.

Tiba tiba pemandangan aku terhenti disebabkan kereta milik Zafran berhenti. Keretanya memasuki sebuah rumah mewah. Bewarna kelabu bercampur ungu dan biru laut, memberikan pemandangan redup pada aku.

Dan kereta ini berhenti di sebuah garaj berhadapan pool.

"Okay kita dah sampai" Ucap Zafran sambil mematikan enjin kereta.

"Ini rumah awak?" Soal aku dengan kagum.

"Ha'ah"

"Uhm...ibu bapa awak tak marah ke, saya masuk rumah ni, lagipun saya bukan siapa siapa dengan awak" Rasa bersalah pula aku.

"Ini rumah saya lah, ibu bapa saya duduk luar negara, di Korea. Lagi satu, awak cakap awak bukan siapa siapa bagi saya?". Aku angguk beberapa kali.

"Awak dah jadi sebahagian dari tanggungjawab saya"

"Kenapa pula?"

"Suka hati saya lah, sebab saya suka awak"

Terus membahang muka aku. Mahu tak nya. Zafran ni kacak.

"Dah dah, jom masuk"

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now