31

577 32 2
                                    

Author POV

Uwek! Uwek!

Kini sudah tiga hari Aira muntah-muntah. Ajak pergi hospital tak nak, klinik pun tak nak.

"Awak, jom lah pergi hospital" kata Zafran.

"Tak apa, saya okay" jawab Aira lemah.

"Awak, saya tahu orang banyak muntah ni, penat. Jom lah buat rawatan, lagi pun muka awak pucat. Semalam pun awak dah rasa nak pitam kan?" Kata Zafran lagi, memang dia risau.

"Memang lah rasa nak pitam, tapi itu semalam bukan sekarang" kata Aira sambil keluar dari bilik mandi. Zafran setia disisi Aira. Badan Aira lemah sangat, hendak berdiri pun tak mampu.

"Susah lah awak ni degil!" Kata Zafran. Tapi tangannya tidak lagi lepas dari mengawasi Aira berjalan.

Aira di dudukan di birai katil. Muka Aira memang tampak pucat, lesu, tak bermaya langsung.

"Erm, saya nak tidur, pening" kata Aira sambil membetulkan posisi duduknya menjadi baring. Zafran hanya menggeleng kepala.

"Hah, tidurlah, lepas tidur makan, lepas itu...pergi hospital, tiada bantahan lagi" kata Zafran dan terus meninggalkan bilik itu. Aira hanya diam, malas dia hendak melayan, dia terus memejamkan mata.

¤¤¤

Zafran POV

Aku keluar dari bilik. Aku nak masak bubur untuk Aira. Bubur yang sedap dan mudah disediakan.

Aku terus menuju ke peti sejuk, aku keluarkan sebatang lobak merah, satu kiub perencah ikan bilis. Lepas itu aku mencari kentang di tempatnya, aku mengambil dua biji kentang.

Mula-mula aku isikan satu cawan beras lalu aku basuh dan aku isi air agak-agak ia boleh menjadi bubur. Aku tanak buburnya.

Sementara itu, aku potong dadu lobak merah dan kentang. Letakkan kiub ikan bilis tadi didalam bubur dan selepas itu barulah dimasukkan lobak merah dan kentang sudah dipotong dadu tadi.

Di kacau bagi larut. Dan biarkan sehingga masak.

¤¤¤

3:45 petang

Aira POV

Aku terjaga lagi apabila aku terasa ingin muntah. Pada mulanya aku tahan tapi makin menjadi-jadi rasa ingin muntahnya.

Aku pun bangun dari katil dan terus berlari ke bilik air. Aku muntah lagi ianya hanya air yang berbuih-buih. Perit tekak aku.

Terasa ada sesuatu mengusap belakang aku, aku menoleh sedikit melihat Zafran tersenyum kecil memandang aku. Kemudian aku membasuh mulut aku dan menghadapnya semula.

"Kenapa datang sini? Awak tak pergi kerja lagi atau awak cuti hari ini?" Soal aku pada dia.

"Saya ambil cuti, takkan saya nak tinggalkan awak duduk rumah seorang diri pula, awak itu tak sihat. Lagipun tadi saya dah cakap, awak bangun je tidur pergi hospital. Tapi makan dulu saya dah masak. Makan jom" pelawa dia pada aku.

"Awak masak apa?" Soal aku.

"Bubur" jawabnya sepatah.

"Dah, jom turun" kata dia sambil menarik tangan aku.

Aku mengikut langkahnya menuju ke dapur.

"Kejap ya, saya panaskan buburnya" kata Zafran lalu menekan punat dapur elektrik itu.

"Lepas makan, saya nak bawa awak pergi hospital. Jangan nak bantah-bantah lagi" katanya pada aku. Aku mengangguk faham dengan kata-katanya. Ingatkan tak nak menyusahkan dia, tapi bila aku tak pergi buat rawatan aku rasa lagi banyak menyusahkan dia. Iyalah, sehinggakan dia tak pergi kerja sebab nak jaga aku.

"Awak, kejap ya saya nak pergi toilet" kata aku lalu berlalu pergi meninggalkan dia.

Aku pergi toilet yang ada dekat dapur ini saja. Pintu tak boleh kunci sebab Zafran takut jadi apa-apa pada aku. Heih caring sangat dapat suami.

Setelah aku buat apa yang patut, aku pun berjalan keluar dari bilik mandi itu. Tanpa sengaja aku tergelincir.

"Aduh!" Jerit aku. Bila aku ingin bangun tak boleh. Bila aku pandang lantai....

Darah!

"Aira, kenapa itu? Ja-" kata-kata Zafran terhenti apabila melihat Aira jatuh dihadapan bilik mandi dan banyak darah.

"Aira!" Kata Zafran dengan nada suara separuh menjerit dan mempercepatkan langkahnya menghampiri aku.

"Awak, sakit" adu aku pada dia. Ya sakit sangat.

"Kita pergi hospital" kata Zafran pada aku lalu mengangkat aku menuju ke kereta. Setelah menghantar aku ke kereta Zafran masuk kedalam rumah menuju ke dapur untuk menutup apa yang patut.

Kemudian barulah aku dan dia bergerak menuju hospital yang berdekatan.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now