30

617 31 0
                                    

Author POV

Sampai sahaja di rumah Zafran Shira terus menekan loceng.

"Ding Dong"

Pintu pagar pun terbuka dengan sendirinya, maklumlah orang kaya.

Kemudian Shira mengetuk pintu pula. Tadi pagar kan.

"Tuk! Tuk! Tuk!"

"Kejap!" Terdengar suara Zafran menjerit.

Tak lama kemudian pintu pun terbuka. Pada mulanya Zafran senyum, iyalah, sambut tetamu kan? Tapi bila tengok tetamu yang datang itu Shira. Heh hilang senyum itu.

"Hye, how are you" Zafran hanya memandang dengan pandangan kau-nak-apa-lagi-perempuan?!

"Kau nak apa datang sini?" Kata Zafran sambil tangannya disilang ke dada.

"I nak you"

"Heih, apa masalah kau haa?! Cukup lah, kau tak penat ke?! Terkejar-kejar orang, terkinja sana sini? Dengan baju tak cukup kain? Kau ingat aku nak ke?!" Zafran menengkin sepuas-puasnya.

"Awak! Apa jerit-jer-" Aira yang berlari anak menuju ke pintu, tapi langkahnya terhenti apabila nampak Shira. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan mendekati Shira dan Zafran.

Muka Shira seakan tidak percaya, Aira didepannya? Hidup lagi? Bukan kah dia dah mati?

"Ouh, Shira, apa khabar? Mari masuk" jemput Aira lembut. Mata Zafran mula bergetar menahan marah. Boleh pula Aira mengajak perempuan tak cukup kain ini masuk. Haraplah Shira menolak.

"Eh tak payah, saya balik dulu" Shira terus melangkah pergi meninggalkan rumah itu dengan menaiki kereta mini cooper miliknya.

"Huh nasib baik dia blah" kata Zafran sambil menutup pintu rumah.

"Heih, awak ni buat saya takut je, ini kali pertama saya tengok awak marah macam ni, takut tau" kata Aira penjang lebar mengungkapkan apa yang dia rasakan. Dadanya diusap perlahan.

"Dengan perempuan macam Shira memang 'wajib' dilayan begitu, tak layak langsung untuk dilayan baik-baik" jawab Zafran, tangannya dilipat ke dada.

Aira hanya menggeleng, dia terus berlalu meninggalkan Zafran yang masih tercegat dihadapan pintu.

¤¤¤

Author POV

"Ish!"

Shira menghentak tangannya pada stereng kereta.

"Dasar perempuan! Menyemak betul lah! Rizki lagi satu hal, kau tipu aku, kau dah ambil duit aku lepas itu kau hilang, jantan tak guna!" Mata Shira merah menahan marah.

Sreettt!!!

Shira menarik handbreak dengan kuat.

"Heih, benda apa pulak dekat depan tu?! Menyusahkan aku lah!" Kata Shira. Dia keluar dari kereta dan melihat seekor kucing yang sedang menggelupur akibat dilanggar.

Shira menghampiri kucing itu. Darah yang mengalir dipijak oleh heels yang dipakainya. Shira melutut dihadapan kucing itu, dibiarkan skirtnya terkena darah.

"Hye baby? Kesian awak, kena langgar" kata Shira, badan kucing yang masih menggeletar itu diusapnya perlahan.

"Kalau awak kena langgar dengan saya, bermakna saya tekad, satu hari nanti saya dapat langgar orang yang saya benci" kata Shira lagi.

Kucing itu sudah tidak bernyawa. Bunyi hon kereta yang bising tidak sedikit pun Shira hiraukan. Dia mengangkat kucing itu ke dalam kereta, kemudian dia memusing kereta untuk kembali ke rumah Zafran. Pemandu kereta yang berderet dibelakangnya bengang.

Pin! Pin! Pin! Pin!

Shira terus memecut laju meninggalkan tempat itu.

¤¤¤

Zafran POV

"Awak! Saya keluar kejap!" Jerit Aira pada aku.

"Nak pergi mana tu!? Tunggu saya!" Kata aku sambil berlari keluar dari bilik dan terus turun ke bawah.

"Lah, saya nak buang sampah je, awak tu yang tak bagi saya keluar rumah, jadi saya minta izin walaupun saya pergi dekat je" nampak sangat Aira memerli aku, iyalah, aku control sampai tak boleh keluar rumah. Lagi-lagi lah sekarang dia tak berapa sihat.

"Nak perli agak-agaklah" aku menjeling.

"Hehe, saya buang sampah kejap" Aira terus keluar sambil menjinjit plastik sampah. Aku hanya melihatnya dari pintu.

Setiap pergerakan dia aku lihat.

"Awak!" Aku terus memandangnya.

"Kenapa?" Soal aku.

"Si-sinilah!" Aku terus berlari kearahnya.

"Apa?!"

"T-tuu" Aira menunjuk sesuatu.

"Astagfirullahalazim"

Seekor bangkai kucing yang berlumuran darah, bangkainya masih baru, tidak berbau lagi. Ada sehelai kertas di selit pada mulut kucing itu. Lantas aku ambil lalu aku buka.

INI AMARAN! BAIK KAU JAUHKAN DIRI
DARI ZAFRAN KALAU KAU TAK NAK NYAWA KAU MELAYANG SIA-SIA

-MUSUH SEJATI-

Mata aku merah, siapa yang lakukan memang akan dapat padahnya pada aku.

"Awak, ada tulis apa kat kertas tu?" Suara Aira bergetar.

"Saya tak nak awak keluar sesuka hati, kalau nak kemana-mana bagi tahu saya. Bahaya" aku tidak menjawab persoalannya, malah aku memberi nasihat padanya.

Perasaan marah aku membuak-buak. Aku terus masuk kedalam rumah, sebelum aku makin marah. Nanti Aira pula jadi tempias kemarahan aku.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now