3

849 54 0
                                    

Humairah POV

"Nah"dia menyerahkan beg kertas berwarna putih pada aku. Aku pelik.

"Apa ni?"soal aku pelik. Apa lagi dia nak bagi ni,cukuplah seharian aku tidur atas katil yang empuk ni. Wangi pula tu.

"Ini baju,awak pakailah. Kalau ada apa apa yang tak muat beri tahu saya,sebab saya pun tak tahu,ini semua kawan perempuan saya yang belikan,jangan risau saya tak tengok pakaian dalam perempuan". Membahang muka aku,perlu ke dia beri penerangan macam tu sekali.

"Susahkan awak je,lagipun baju saya ada lagi". Kata aku sambil menayang baju yang aku selalu pakai.

"Tak nak lah pakai baju tu,baju tu dah kotor,awak pakai baju ni". Dia menyerahkan beg itu. Aku ambil.

"Terima kasih"

¤¤¤

Humairah POV

"Huuu~". Aku gosok gosok tangan aku berkali kali. Sejuk.

"Awak sejuk?"soalnya. Aku hanya mengangguk.

Tangannya ligat memusingkan sesuatu,mungkin ingin perlahankan pengwaha dingin.

"Saya nak tanya ni. Boleh?"soalnya. Aku angguk beberapa kali.

"Nama awak apa?"

"Nur Humairah"

"Sedap nama awak". Aku tersenyum.

Kemudian keadaan kembali sunyi.

"Awak?". Dia panggil aku lagi. Nak apa lagi?

"Hmmm ye"

"Tak nak tahu nama saya?". Mahu saja aku menjawab 'taknak' terasa mengantuk, tapi kesian,lagipun dia dah tolong aku macam macam.

"Boleh juga,siapa nama awak?"

"Nama saya Haris Zafran,umur 24 tahun". Terkejut aku bila mendengar penerangannya. Umurnya 24 tahun?memang tidak peliklah dia seorang doktor. Dia memandang aku lagi sambil tangannya menukar gear kereta.

"Kenapa? Terkejut?"soalnya mendatar. Aku menganggukkan kepala aku. Dia gosok gosok kepala aku, tapi macam mana aku nak mengelak.

"Umur awak berapa? Perangai awak macam budak budak lagi saya tengok". Ya,perangai aku memang macam budak budak walaupun umur aku sudah mencecah 18 tahun tapi pemikiran aku masih tidak matang dari yang sepatutnya. Tapi boleh lah berfikir sikit.

"18". Jawab aku sepatah. Dia hanya mengangguk.

Aku memandang keluar tingkap.

Terima kasih Ya Allah,aku bahagia hari ini. Rasa diri sangat dihargai.

[C] ♡SEJATI♡Where stories live. Discover now