1.7

216 53 1
                                    

"Taehyung kerja apa?"

Tanya Tuan Byun. Eun yang sedang menyediakan makanan di meja tersedak. Terus Baekhyun datang kebelakang Eun untuk menepuk perlahan belakang badan adiknya itu.

Mereka adik beradik tahu, ayah mereka sungguh memilih perihal kerja bakal menantu mereka. Jika kau tu pengemis,siap sedia mahu dimaki oleh Tuan Byun.

"Saya Tentera berpangkat Jeneral, Uncle."

"Ouh. Baekhyun pun tentera juga. Boleh saya tahu, berapa lama awak kenal si Eun ni. Anak pakcik yang sorang tu pemalas, tak pandai----

"APPA, TELEFON"

Demi mahu menyelamatkan maruahnya, Eun terus membawa ayahnya keluar dari rumah. Kini, giliran Puan Byun pula untuk menemu ramah Taehyung.

"So, Taehyung bincang dengan omma Taehyung dulu bila tarikhnya. Lepastu Taehyung bawak Omma Taehyung jumpa Omma ye."

Kata Puan Byun ringkas. Sememangnya Puan Byun memang simple orangnya. Baekhyun menarik nafas lega. Tiba tiba, bahunya dicuit seseorang.

"Eo? Irene? Dah sampai? Kenapa tak ikut pintu depan?"

"Eun dengan Appa tengah bergaduh kat laman depan---

"KENAPA TAK CAKAP AWAL AWAL BEHSBSB"

❤❤❤


"Ha Taehyung, kamu ronda ronda lah dulu kat rumah ni ye. Omma nak rawat appa ngan Eun dulu."

Kata Puan Byun sambil membawa kotak kecemasan. Taehyung hanya tersenyum. Puan Byun kata Eun dengan appa dia memang suka bergaduh dan bercakaran. Itu menjadi benda biasa di dalam keluarga mereka itu.

Taehyung melihat setiap potret yang digantung di dalam rumah itu. Namun dia berhenti setelah melihat satu potret itu.

Potret Haneul.

"Jung Haneul, kau ingat dia lagi Tae?"

Tiba tiba sahaja Taehyung disergah oleh Baekhyun. Potret yang memaparkan Baekhyun,Taehyung dan Haneul itu ditatap lama oleh mereka berdua.

"Mestilah. Dia mati sebab kita berdua."

"Tak. Dia mati sebab dia ada kanser otak,Taehyung. Bukan sebab pergaduhan kita dulu."

"Dari kecil, kita kawan. Hanya sebab Cinta,kita putus kawan."

"Dan kehilangan cinta tu. Dua dua hilang."

Taehyung dan Baekhyun berpandangan sesama sendiri. Peperangan selama 10 tahun kini dilenyapkan.

"Janji dengan aku hyung, kita takkan putus kawan lagi."

Kata Taehyung. Dia mengeluarkan jari kelingkingnya sambil mengelap sisa air matanya.

"Kau pun janji dengan aku, jaga adik aku elok elok."

Jari kelingking mereka bertaut. Selepas itu mereka berpelukan lama. Tidak mereka ketahui ada 2 insan yang merakam drama mereka berdua.

Tidak lain tidak bukan.

Byun BaekEun dan Bae Irene. Kedua dua mereka tersenyum sinis.

❤❤❤

"Taehyung,Irene. Makanlah daging merah itu. Makcik kamu yang masak tu."

 (C) JENERAL KIM I LOVE YOU ft KTHWhere stories live. Discover now