END

258 44 13
                                    

"Taehyung, stay away from her. NOW!"

Arah Jungkook dengan keras. Eun tanpa membuang masa berlari ke arah tempat yang Taehyung berikan sebentar sahaja tadi. Gun yang diambil dari pinggang dipegang kemas.

Sampai sahaja di koridor tingkat 4, Eun terdengar suara bekas rakannya bergelak ketawa, dia perlahan lahan berjalan ke pintu belakang bilik tersebut.

"Ada 4 orang. 3 lelaki termasuk Tata dan seorang pompuan munafik."

Lapor Eun dengan senyap. Jimin yang masih mengunyah gula gula getah menganggukkan kepala. Pistol jenis B14 dilaraskan kedudukan di tempat tebusan.

Bukan senang mahu mendapat senjata sebegini canggih. Tapi itu tidak mustahil bagi penembak tepat Tentera Korea, Park Jimin.

"Chim, kau tembak 2 lelaki suruhan tu je. Biar aku uruskan Rose."

Arah Eun yang masih menghendap Rose, Taehyung dan orang RedDevils. Dicengkam bahagian luka tadi lalu dia mengaduh kecil.

Sakit.

"Kau dah selamatkan aku berkali kali. Biar giliran aku pulak,Taehyung."

Walkie Talkie itu ditekan dan disambungkan kepada Jimin. Eun mengelap sisa air mata. Dengan suara yang serak dia berkata.

"Now."

Dengan itu Jimin tersenyum. Akhirnya dia berguna pada misi ini. Adalah jugak bagus dia bawa alat mahal milik tentera korea. Dengan perlahan lahan dia menarik picu.

"Bye."

BANG!

Rose pergi ke tingkap dan melihat siapa yang menghendap dia sehingga kedua dua anak buahnya mati. Terus ditariknya kolar Taehyung ke pintu hadapan.

"HOI KALAU KAU NAK JENERAL KAU HIDUP HIDUP. BETTER KAU BAGI LALUAN UNTUK AKU KELUAR."

Pistol diletakkan di kepala Taehyung. Rose memandang sekeliling dan sempat mengelak tendangan Eun. Eun menolak Taehyung ke tepi dahulu.

"Rose. Ini perlawanan aku dan kau. Biar dia. Jangan masuk campur."

Rose tergelak kecil. Pistolnya diacu ke arah Eun yang juga mengacu pistol ke arahnya. Jimin yang baharu sahaja tadi keadaan sebenar terduduk.

Adiknya seorang mafia?
Kenapa dia tak tau?

"Well well well. The great Byun BaekEun, akan berlawan dengan saya. Kalau berani kita lawan tangan dengan tangan. No gun? Amacam?"

"Ok. Letak senjata kau dulu." Arah Eun tanpa tidak melihat sekeliling. Hanya fokus terhadap bakal banduan.

Rose mencampakkan pistolnya ke tepi. Rambut panjangnya diikat dalam bentuk sanggul bagi memudahkan pertempuran.

Eun juga meletakkan senjata ke tepi. Namun sebelum sempat Eun melihat Rose kembali, Rose sudah menendang bahagian perut Eun dan menyebabkan Eun kebelakang.

Eun mengelap sisa darah di tepi bibirnya. Rose mengambil langkah yang sama namun dihalang oleh Eun lalu kaki Rose disepak kuat.

 (C) JENERAL KIM I LOVE YOU ft KTHWhere stories live. Discover now