Prolog

2.3K 135 6
                                    

Seorang lelaki keluar dari kereta berwarna biru. Dia memasukkan tangan ke dalam poket selepas mengunci pintu kereta. Dia berjalan masuk ke dalam bank. Seorang pekerja menyapa mesra, "Selamat datang!"

Tidak dapat lihat reaksi mukanya kerana dia memakai topeng hitam menutup mulut dan hidungnya. Penampilan lelaki itu nampak misteri, ditambah lagi dengan topeng itu. Memanglah sekarang dah jadi trend pakai topeng hitam itu. Mungkin lelaki ini ada aura yang membuatkannya nampak misteri. Selepas mengambil nombor giliran, dia mengambil tempat di tepi dinding.

Kepalanya disandar pada dinding. Mata dipejam tetapi telinganya mendengar suara orang dalam bank itu.

"Weh, kau tau dekat tasik sana, ada orang mati lemas."

"Serius? Macam mana boleh lemas? Tasik tu boleh tahan dalam jugak."

"Petang nanti aku nak pergi mall, nak carikan hadiah untuk boyfriend aku."

"Kau agak siapa menang perlawanan bola malam ni?"

Lelaki itu mengeluh perlahan. Tiada perbualan yang menarik untuk didengari. Tak semena-mena dia terdengar satu suara anak kecil, "Nombor berapa, ma?"

Dia membuka mata mencari pemilik suara comel itu. Kelihatan seorang ibu dan anak perempuan duduk tidak jauh darinya. Dia memerhati tingkah mereka dalam diam.

Si ibu menghulurkan kertas yang tertera nombor giliran itu pada anaknya yang merupakan murid sekolah rendah. "Satu. Lima. Empat. Sembilan. Nombor sekarang, satu, lima, tiga, sembilan." Jari kecilnya diangkat mengira berapa nombor perlu ditunggu untuk sampai ke giliran mereka.

Di sebalik topeng hitam itu, lelaki itu mengukir senyuman. Comel!

"Sepuluh! Betul tak?"

Si ibu tersenyum. "Hmm... pandai anak mama ni." Dia mengucup tepi kepala anaknya itu.

Lelaki itu menutup mata semula. Tetapi cuma sekejap saja sebelum... Dum! Kuat pintu kaca ditolak. Dua orang lelaki bertopeng mengangkat pistol di tangan. Seorang lagi memegang kayu sofbol di tangan. Melepaskan sedas tembakan. "Senyap! Aku nak kau orang semua melutut di atas lantai sekarang!"

Night membuka mata sekejap sebelum dipejam kembali. Ah, lantak kau oranglah! Malas dia mahu melayan. Walaupun matanya terpejam, telinganya masih dapat menangkap setiap bunyi dan suara yang dihasilkan dalam bank itu.

Seseorang mengangkat gagang telefon. Kedengaran bunyi butang nombor ditekan laju. Degupan jantung seseorang itu berdegup kencang. Panik tetapi berani. Bunyi kuat terhasil apabila seseorang memukul kuat meja dengan kayu sofbol yang dipegangnya. Berkerut dahi Night mendengar bunyi itu. Pekak telinga aku macam ni!

"Berani kau call polis, bodoh?!"

Night mendengar satu tubuh ditolak kasar. Serentak dia mendengar jeritan dari budak kecil tadi.

"Weh, ambik budak kecik tu." Suara yang sama dengan tadi.

Night membuka matanya. Dia melihat tindak-tanduk lelaki yang memegang pistol itu. Lelaki itu mendekati si ibu dan anak tadi. Wanita itu memeluk erat anaknya. "Tolong, encik! Jangan apa-apakan anak saya," rayunya.

"Kisah apa aku?! Kau blah! Aku nak budak ni aje," Lelaki itu menarik kasar tangan kanak-kanak itu menyebabkan dia menjerit sakit. Teresak-esak dia menangis apabila dia ditarik dari pelukan maknya.

"Irisz! Encik, tolonglah, encik! Apa salah anak saya?" Mengalir air matanya merayu pada lelaki itu. Cuba meraih simpati. Ibu mana yang suka tengok anak sendiri disakiti oleh orang lain?

"Anak kau ni dah mengganggu kerja aku! Baik kau senyap, sebelum aku tembak kau sekali dengan anak kau."

Jejaka yang memakai topeng tadi memandang tidak puas hati. Tiada siapa sedar dia seorang saja yang elok duduk bersandar pada dinding. Dia bangun dari duduknya. Rambutnya diusap kasar. Aduh, aku ingat, harini aku aman. Ada juga malaun yang mengganggu. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket. Dia mendekati seorang lelaki yang berdiri di muka pintu masuk bank itu. Menghalang orang lain dari masuk ke dalam bank.

Lelaki yang memegang Irisz mencengkam dagu Irisz supaya menonton kawannya memukul pekerja bank dengan kayu. "Kau tengok tu, budak. Bukan selalu kau tengok aksi macam ni depan mata, kan?"

Irisz memejamkan matanya erat. Dia menangis tidak sanggup melihat pekerja bank itu disakiti. Telinga yang mendengar itu terasa berbisa kerana mendengar jeritan dari pekerja bank itu.

Bahu seorang penjahat yang memerhati perbuatan kawan-kawannya dari muka pintu dicuit dari belakang. Dia berpaling. Satu tumbukan kuat mengenai wajahnya. Dia rebah ke bawah. Night menyengetkan kepalanya ke kiri dan kanan sehingga terdengar bunyi tulangnya.

Wow, so satisfying!

Perbuatannya mengejutkan semua orang di situ. Lelaki yang memukul pekerja bank tadi berhenti. Lelaki yang memegang Irisz tadi semakin longgar pegangannya. Entah apa yang merasuk fikiran Irisz, dia melarikan diri ke arah Night. Terkejut Arlisya Firdaus melihat tindakan anaknya. Irisz bersembunyi di belakang lelaki itu. Tangannya memegang erat kaki seluar lelaki itu.

Night memandang dua orang penjahat itu tajam. "Kau nak cari pasal, cari pasal dengan orang yang sama saiz dengan kaulah."

"Kau siapa?"

"Baik kau blah, sebelum ada yang tercedera." Night memberi amaran.

"Kau ingat kita orang takut dengan kau ke?"

"Aku dah bagi amaran, kau orang tak dengar. Fine, jangan menyesal pulak." Di sebalik topeng hitam itu, dia tersenyum sinis. "Close your eyes and ears, little girl. You might not want to see this," bisik lelaki itu tanpa memandang Irisz yang sedang mendongak memandangnya. Dia mengeluarkan pistolnya. Diusap-usap sebelum menghalakan pada penjahat tersebut. Seakan-akan memahami bicara lelaki itu, Irisz menutup mata dan telinganya rapat-rapat.

Picu ditarik. Tembakan dilepaskan tepat pada tangan si pemukul tadi. Kayu sofbol terlepas dari tangan serentak dengan jeritan sakit dari lelaki itu.

Lelaki yang memaksa Irisz tadi terpegun. Mulutnya ingin membicarakan sesuatu tetapi tidak terkeluar suaranya. Siapakah lelaki bertopeng misteri itu?

"Aku bagi peluang untuk kau lari. Bawak sekali kawan kau yang dah pengsan ni. Tapi aku tak jamin kau akan selamat dari polis."

Pantas lelaki itu menarik kawannya yang pengsan. Dia sedaya upaya berjalan laju keluar dari bank bersama dengan kawannya yang seorang lagi. Night hanya memerhati tindakan tiga orang penjahat itu dengan pandangan tajam. Dia menoleh memandang Irisz selepas menyimpan semula pistolnya. Dia melutut dengan sebelah kaki di hadapan Irisz yang masih menutup mata dan telinga itu. "You are a brave girl," pujinya.

Irisz membuka matanya perlahan apabila menyedari dirinya dalam pelukan seseorang. "Mama!" dia membalas pelukan ibunya.

Wanita itu memandang wajah Night. "Terima kasih, encik..."

"Night, with capital N," jawab lelaki itu sebelum berlalu pergi. I'll see you next time, brave girl! Bisik hati kecilnya. Urusan dengan pihak bank dibiar tidak diselesaikan. Lebih baik dia pergi sebelum polis sampai.

Dari hari itulah, dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan.










1018 WORDS
10/01/2019

Done for prolog! Cantik tak tarikh aku pilih untuk publish😂?

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now