Najwa mengintai dari luar pintu bilik menunggu itu. Ruang itu penuh dengan kaum Adam yang berpakaian kemas. Matanya memandang satu per satu wajah manusia di dalam bilik itu. Hampir dua puluh orang yang dipilih bapanya untuk ditemu duga mencari siapa yang layak menjadi bodyguard Najwa. Ramai di antara mereka yang berbadan tegap dan muka serius. Gadis itu mengeluh panjang. Dia berdiri di tepi pintu. Matanya dipejam sebelum dibuka kembali. Bibirnya diketap geram.
Aku tak nak bodyguard.
Aku tak nak bodyguard.
Aku tak nak bodyguard!
"Cik Najwa?"
Pantas kepalanya berpaling ke arah suara lelaki itu. Mulutnya memuncung. Wajahnya meminta simpati orang kanan Datuk Saifuddin itu. "Ikmal, saya tak nak bodyguard," rayunya.
"Maaf, Cik Najwa. Apa boleh saya buat? Keputusan Datuk muktamad. Saya dah puas pujuk dia, cik." Ikmal berasa kasihan melihat gadis di hadapannya. Dia anggap anak majikannya itu seperti adiknya sendiri. Memang dia sudah sedaya upaya membantu mengubah fikiran Datuk Saifuddin. Namun tidak satu pun usahanya berjaya.
Najwa menunduk. Lama-lama tubuhnya terdorong ke bawah. Dia mencangkung di tepi dinding itu. "Papa... Sampai hati papa buat Wawa macam ni," gumamnya perlahan. Tangannya diletakkan atas kepala. Nasib baik dia pakai tudung, kalau tidak mahu habis semua helaian rambut dia cabut akibat stres.
Dalam masa yang sama, Amar memeluk tubuh di dalam bilik yang disediakan untuk menunggu giliran temu duga itu. Dia berdiri sambil bersandar pada dinding di suatu sudut bilik itu. Matanya dipejam. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia memasang telinga mendengar bicara manusia dalam bilik itu.
"Aku mesti jadi bodyguard Najwa. Mesti! Ini saja cara untuk aku pikat buah hati aku."
Laju mata Amar terbuka. Dia berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki berkaca mata memandang telefon sendiri. Mungkin memberi kata-kata semangat pada diri sendiri. Cuping telinga Amar garu. Keningnya berkerut sebelum kembali memejamkan mata. Dia yakin lelaki itu tidak terpilih menjadi pengawal peribadi Najwa.
Maaf, bro tapi kau tak ada potensi jadi bodyguard.
"Jangan risau, aku akan pastikan yang aku lulus temu duga ni. Tapi aku tak fahamlah, apa kaitan nak ambik budak berdua tu dengan jadi bodyguard ni? Tak ada cara lain ke?"
Sekali lagi mata lelaki itu terbuka semula. Tajam matanya melihat lelaki di tepi cermin yang menampakkan bahagian luar bangunan itu. Tangan kanannya menggenggam telefon di telinga. Tangan kirinya memegang cawan kopi.
Amar menyengetkan kepalanya sedikit. Cuba untuk melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu memusingkan tubuhnya membuatkan mata Amar membulat. Dia yakin lelaki itu ada di hotel tempat majlis hari lahir Datuk Saifuddin diadakan. Tapi bukan dia yang menculik Irisz. Mungkin lelaki itu ada kaitan dengan penculik kanak-kanak itu, cuma dia tidak melakukan apa-apa tindakan pada malam itu.
"Fine. Aku ikut cara kau. Tapi ingat, aku tak rasa kerja kita lebih senang kalau jadi bodyguard ni." Dia mematikan talian. Disimpan telefon dalam poket belakang seluar. Kakinya melangkah mendekati pintu.
Amar memandang lelaki itu sekilas. Tatkala lelaki itu berjalan di hadapannya, Amar sengaja melanggar tubuh lelaki itu. Kopi yang sudah suam di tangan lelaki itu tertumpah pada kemeja putihnya. Makin kelihatan tompok kopi pada kemejanya.
"Ops, sorry. Saya tak sengaja." Amar mengeluarkan sapu tangan yang sering dibawa dalam poket seluarnya. Dia cuba mengelap kotoran pada lelaki itu.
Jelas wajah lelaki itu bengang kerana baju kemejanya sudah kotor tetapi pantas mengawal reaksi wajahnya. "Erm... Takpe. Takpe. Saya pergi tandas saja." Dia menepis tangan Amar sebelum melangkah laju keluar dari bilik menunggu itu.
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Mystery / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...