Assalamualaikum, dan hey kamu hatiku dag dig dug saat aku melihatmu.
Eh tu lagu coboy junior!
Tersilap pulak. As usual, aku dedikasikan satu bab penghargaan khas untuk kau orang semua. Tak taulaa ada yang baca ke selalunya skip aje ke, tak kisahlah. Janji aku tetap buat.
Dear readers,
Terima kasih kerana memasukkan buku ini ke dalam library anda semua dan membacanya sehingga ke saat ini.
Terima kasih andai ada di antara kau orang yang masukkan buku ni ke dalam reading list.
Terima kasih kerana menaikkan jumlah views bagi setiap bab dalam buku ini.
Terima kasih kerana sudi dan setia menunggu update dari author yang sangat pemalas lagikan teruk ini.Dear voters,
Terima kasih kerana rajin menekan bintang dan mewarnakannya.
Terima kasih kerana menaikkan jumlah vote sehingga 1k.
Terima kasih kerana memenuhkan notifications saya dengan vote dari anda semua.Dear commenters,
Terima kasih kerana sudi dan merajinkan diri menaip pada papan kekunci anda dan memenuhi ruang komen.
Terima kasih atas sokongan dan respons anda pada hampir setiap bab.
Terima kasih kerana muncul dan menghiasi ruang komen dalam buku ini.Dear whoever you are,
Terima kasih kerana membaca sinopsis atau melihat cover buku atau tajuk dan berasa tertarik dan seterusnya menekan butang add to library. Akhirnya, terjebak menjadi pembaca buku ini dan mungkin yang mengikuti siri TiH, tahniah kerana sudah sampai ke bab terakhir ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sehingga ke saat ini.
Terima kasih untuk segalanya.Things you should know about TiH 3 (or maybe you already know)
💣 Nama Night sebenarnya buat aku teringat pada satu cerita English yang bertajuk Midnight Smiles. Kalau kau orang nak baca, dipersilakan. Memang worth it, tapi baca Cinderella My Ass dulu. Tapi sebab plot dia dah tukar... Ermm... Suka hati kau oranglah nak baca mana dulu 😂
💣 Cerita pernah dipublish 18/02/2018, di mana Amar mempunyai ramai adik-beradik. Dia anak kedua dari empat adik-beradik asalnya, dan tinggal dengan seorang adik lelaki yang masih bersekolah. Parents dia masih hidup tapi tinggal di luar negara dengan abang dan adik perempuannya.
💣 Aku pernah terfikir nak buat Amar ialah pembunuh upahan yang buta. Ke adik dia yang buta? Tak ingat. Tapi lebih kurang macam tulah.
💣 Amar memang takde kawan rapat sebelum mengenali Haziq dan Harris.
💣 Kalau ikut idea asal, Najwa tak wujud, dan heroinnya ada nama lain. Heroinnya tu adik kepada kawan baik Amar dan kawan baik kepada adik Amar. Berbelit? Tahu.
💣 Aku memang nak buat Najwa kahwin dengan Amar dan cerita ni akan dipanjangkan lagi. Tapi sebab aku terfikir macam apa kata buat hero tak bersatu dengan heroin? Macam TiH 1. Siapa yang comment tu, dia faham laa... Idea ni dari awak sebenarnya😂.
💣 Satu lagi sebab aku tak nak satukan Najwa dengan Amar sebab aku rasa macam kehadiran Najwa tu dah mengubah genre utama cerita ni jadi Romance pulak sebab Action dia macam kurang gila. That's why aku tolak tepi je si Najwa tu. Distraction! Hahaha...
💣 Buku ni sebenarnya aku target 40 bab. Tapi ya Rabbi, aku nak tulis sampai 20 bab pun makan masa sembilan bulan.
💣 Aku ada playlist khas yang aku akan dengar sambil menulis cerita ni. Lagi-lagi part berlawan.
💣 This story is the hardest for me. Lagi susah kalau nak dibandingkan dengan cerita TiH 2 yang lebih kepada imaginasi 100%. Bukan aku tak boleh nak imagine part aksi tapi aku mengalami kesukaran untuk menerangkan situasi tu. Kalau korang dapat imagine part berlawan tu, aku sangat-sangat bersyukur.
💣 Buku ni paling banyak aku buat research. Pasal pistol, pasal part berlawan tu... Aku jarang baca cerita aksi sebab sekarang ni memang aku banyak hilang mood nak membaca. Jadi, aku banyak bergantung kepada movie dan drama aksi. Buku yang aku beli pun tak terbaca.
💣 Aku ada idea nak buat Najwa punya soulmate tapi niat dibiar terkubur.
💣 I'm sorry about ikhtilat yang tidak terjaga dalam buku ni. (Ni lebih kepada ucapan maaf dari aku)
💣 Aku terlebih tumpuan dekat genre Thriller sampai terlupa nak selitkan isu Islamik. Jadi, part tu tak banyak, sama macam TiH 2.
💣 Sinopsis ada yang tak kena dengan plot. Haih, I made a same mistake. (Saya dah edit, jangan risau!)
💣 Sepatutnya lepas senjata Night kena tarik geng Leo ambik alih misi Night. Lepas tu nak buat geng Leo tertangkap jugak macam Harris. Tapi aku tak buat, sebab plotnya lebih kurang macam cerita Penguins in Madagascar (Ye eh tajuknya?)
💣 Irfan dan Irisz tak sepandai Hazim sebenarnya. Dan aku hampir lupa nak buat sebab sebenar Irfan dan Irisz diculik. Weh, sumpahlah aku lupa😱😭! (Takpe, aku selit dekat epilog. Jap aku ada selit ke? Alahaii....)
💣 Rashidi culik Lisa tu sebab orang dia pilih secara rawak. Kebetulan saja ex-girlfriend Haziq kena culik sekali. Qistina pun sama juga. Hanya kebetulan.
💣 Alhamdulillah, TiH 3: Misery Night telah memenangi Anugerah Wattys 2019 dalam kategori Misteri/Thriller pada 1 Oktober 2019.
💣 Cerita ini diterbit sekali lagi dalam Wattpad pada 10/01/2019 dan tamat pada 10/01/2020.
Sekian saja dari penulis Nur Minna. Saya minta maaf andai terdapat kekurangan dalam mana-mana buku atau cara saya yang secara tidak sengaja menyakitkan hati anda. Sehingga kita berjumpa lagi👋🏻! Salam sayang kepada semua💕
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Tajemnica / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...