Air mata yang bertakung itu ditahan sedaya upaya dari menitis. Amar memandang sayu kubur arwah adiknya. Segaris senyuman dilakar di wajah. Tangannya mengusao batu nisan yang tertulis nama Aryan. Sebelah tangan memegang erat buku Yaasiin. "Aryan, kau macam mana kat sana? Amar harap Aryan baik-baik saja di sana. Semalam Amar pergi melawat arwah mak, ayah dan nenek. Hari ini, Amar lawat Aryan."
Amar menarik nafas dalam. Dia melepaskannya perlahan. "Amar nak bagitahu Aryan satu benda. Amar dah lama tak terima misi. Masih dalam cuti. Amar rasa Amar nak berhenti, Amar nak cari kerja lain. Cukuplah beberapa tahun ni Amar cederakan diri selamatkan orang lain. Dah takde guna pun memandangkan dah ramai orang tahu pasal Amar. Tapi entahlah, hati Amar masih berat nak teruskan keputusan ni. Mungkin Amar patut minta petunjuk dari Allah." Pandangan dihala pada langit yang cerah dihiasi kepulan awan itu.
"Aryan, Hamzah dah selamat kembali ke luar negara. Alhamdulillah, kalau tidak dia mesti masih dalam penyembunyian. Kasihan dia, tapi dalam masa yang sama Amar banyak berterima kasih dengan dia. Kalau bukan sebab dia, mustahil Amar dapat cantumkan kepingan puzzle yang dah berapa tahun dibiar sepi. Sebab Alif dan Aryah meninggal dunia. Cakap pasal Alif, sebulan lepas, Amar pergi luar negara melawat Alif. Melawat negara yang pernah Alif tinggal berapa tahun lamanya. Amar ada jumpa orang-orang yang bantu Alif di sana. Mereka sangat baik dan banyak membantu Amar sepanjang berada di sana. Mereka nak balas budi Alif yang turut pernah bantu mereka suatu ketika dulu."
Selepas Rashidi diberkas oleh polis, rahsianya tentang pengedaran dadah di dalam dan luar negara terbongkar. Dia juga didapati bersalah kerana menculik anak-anak yatim. Bukan saja kerana dia ingin menggunakan kebijaksanaan yang dimiliki oleh kanak-kanak itu, malah kanak-kanak itu turut dipergunakan untuk melunaskan nafsu binatang mereka.
Selepas kejadian itu, Harris dan Amar meletakkan jawatan mereka sebagai pengawal peribadi Najwa. Pada awalnya Datuk Saifuddin tidak mahu terima surat perletakan jawatan mereka tetapi setelah dipujuk oleh Najwa, barulah lelaki itu menerimanya. Amar, Haziq dan Harris menerima pingat atas keberanian mereka menyelesaikan misi yang sukar ini daripada pihak polis. Danny, Junior dan Ben melepasi ujian mereka dan sudah mula menerima misi mereka sendiri. Identiti Night masih disembunyikan dan menjadi tanda tanya. Cuma, orang awam sudah mula yakin Night merupakan orang yang baik.
Amar menyeka air matanya. Empangan air mata sudah mula retak. Jam di tangan dikerling sekilas. 10.51 pagi. "Okaylah, Aryan. Lain kali Amar melawat Aryan lagi. Amar ada hal lepas ni. Amar sayang adik Amar. Assalamualaikum."
Dia bingkas dari duduknya. Dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan kubur Aryan. Dia menoleh buat kali terakhir. Senyuman diberikan seolah-olah bayangan Aryan ada di situ. Jangan risau, Aryan! Amar akan teruskan hidup dan sentiasa ingat keluarga kita dalam hati.
Tangannya membetulkan kot hitam yang melindungi kemeja putihnya. Lirikan matanya terarah pada seorang lelkai yang lebih kurang sama tinggi dengannya. Lelaki itu mengenakan pakaian sama dengannya. "Kenapa kita kena pakai sut? Tengah panas ni nak suruh pakai sut. Kenapa aku tak boleh pakai baju biasa je, Ziq?" soalnya tidak puas hati. Rimas dengan sut di tubuh.
Haziq yang membetulkan tali leher yang terasa bagai mencekik lehernya menepuk bahu Amar dengan tangan yang bebas. "Nak buat macam mana, Mar? Permintaan pengantin. Nak tak nak kita kena ikut juga. Takpelah, bro. Harini aje. Kalau bukan sebab Harris tu kembar aku, ada jugak yang tak bernyawa di hari perkahwinannya nanti." Rahangnya tegang. Di kepalanya sudah terbayang dia membelasah Si Harris.
Padahal Harris lagi handal berlawan daripadanya. Dah sah-sah, Harris akan menang tanpa menggunakan seratus peratus tenaga lelakinya.
Kepala Amar berpaling ke arah Haziq. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak percaya. Biar betul mamat ni?
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Mystery / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...