Bab 16 : Tugas Baru Membawa Amarah

699 62 11
                                    

Tepat pukul 5.40 pagi, mata jejaka itu celik. Dia memandang siling yang kosong itu. Matanya berkelip-kelip cuba menghilangkan rasa ngantuk. Mulutnya menguap ditutup dengan mulut. Perlahan-lahan dia menolak dirinya bangun. Kepala ditoleh ke katil sebelah. Kelihatan Harris masih lena tidur dengan pakej dengkuran. Kepala digeleng. Dia turun dari katil lalu mendekati kawannya itu. "Oi, Harris. Bangun, subuh."

Kata-kata Amar disambut dengan mengalih posisi tidur. Amar membuka lampu. Bilik itu terang-benderang disuluh cahaya dari lampu pendaflour. Dia masuk ke dalam bilik air. Cawan kecil yang diletak dalam kabinet dibawa keluar. Diisi air separuh cawan itu. langkah kaki dibawa ke sisi Harris semula. Dituang air ke muka Harris.

Terbuka luas mata Harris terkejut wajahnya disimbah air. Dia terus bangun. Tercungap-cungap nafas. Matanya bergerak ke wajah manusia yang berdiri di sisi katil. "Haisy... si..."

"Ha, carut aje kerja kau! Kira baiklah aku simbah air dari aku kejutkan kau dengan bunyi pistol lagi macam haritu," ujar Amar selamba.

Harris menjeling lelaki itu. Masih segar di ingatannya Amar mengejutkannya dari tidur dengan bunyi tembakan. Itu nasib baik bunyi tembakan, buatnya dia letak bom sebelah? Innalillahiwainnailaihirajiun, jawabnya.

Harris memandang jam dinding. "Weh, awat kejut awal sangat? Baru pukul 5, matahari tak naik lagi."

"Kalau aku kejut kau lepas matahari naik, bukan boleh solat subuh. Tu solat dhuha!" jawab lelaki itu dari dalam bilik air.

"Solat?" gumam Harris mendengar perkataan itu dari mulut Amar.

Amar muncul semula. "Datuk dah balik pukul 4 tadi. Dia pesan suruh masuk bilik solat, masuk subuh nanti. Jadi, sekarang ni kau pergi ambil wuduk. Haritu kau ikut aku aje, kalini aku bagitahu bacaan sekali. Jom!"

Dahi Harris berkerut. Tubuhnya tidak berganjak dari katil.

"Woi, menung apa lagi? Cepatlah sebelum Datuk masuk bilik solat."

Lambat-lambat Harris turun dari katil. Dia melangkah masuk ke bilir air diekori oleh Amar. "Aku tak ingatlah."

"Mulakan dengan bismillah..." Satu per satu rukun wuduk disebut oleh Amar ditambah dengan perbuatan sunat. "Akhir sekali baca doa, ikut aku."

Datuk Saifuddin memanggil dua orang pemuda yang menyimpan sejadah ke dalam almari. "Mari, duduk sini. Saya ada benda mahu bincang dengan kamu berdua."

Tanpa berlengah, mereka duduk bersila di hadapan majikan mereka itu. dalam hati penuh tanda tanya. Tambah-tambah lagi bila solat Subuh tadi, diimamkan oleh Datuk Saifuddin. Tidak seperti apa yang telah dijanjikan.

"Mulai hari ini saya nak kamu berdua agihkan tugas. Mungkin ada hari Amar bertugas, ada hari Harris yang bekerja dan ada hari kamu berdua pula yang bekerja. Hari Isnin nanti, Najwa akan kembali belajar di semester baharu. Kamu sedia maklum anak saya tak suka ada bodyguard betul?"

Angguk.

"Jadi, saya mahu antara kamu berdua menyamar sebagai pelajar pertukaran di universiti Najwa."

Serentak Amar dan Harris berpandangan. Bab menyamar memang tiada masalah, tapi menyamar sebagai pelajar. Melalui hari-hari sebagai mahasiswa? Agak sukar.

Tapi tugasan itu tidaklah seberat tugasan ini.

"Selain tugasan itu, saya nak kamu berdua hafal surah juzuk amma."

Harris menelan liur. Juzuk amma? Apa tu?

Amar menghela nafas panjang. Dia memang tak suka bab hafal-hafal ni. Ingat budak sekolah tahfiz ke nak hafal surah bagai?

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now