Bab 5 : Misi Baru Tambah Sukar

1.1K 84 8
                                    

Najwa keluar dari kereta yang dipandu oleh pembantu peribadi papanya, Ikmal. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Butang lif ditekan. Matanya menilik jam di tangan. Masih ada masa sebelum kakak saudaranya itu keluar untuk makan tengah hari.

Ting!

Pintu lif terbuka luas. Pantas wanita itu menolak tubuhnya masuk ke dalam perut lif. Dia menekan butang bernombor lima. Dia membawa keluar telefonnya daripada poket seluar, dilihat mesej yang baru diterima. Najwa mengulum senyuman.

Fatt : Guess who's back!

Ijam : Laa.. Hidup lagi rupanya!

Fatt : Oi! Kau cakap baik sikit tak boleh ke, Ijam?

Ijam : Tak boleh😝😝

Najwa menggeleng kecil membaca mesej dari dua orang kawan baiknya itu. Laju dua ibu jarinya menaip,

Wawa : Kau dah balik sini ke Fatt?

Fatt : Belum lagi sebenarnya. Ahad minggu depan baru aku balik. Kalau ikutkan abang aku tak nak bagi balik pun. Puas aku pujuk rayu, baru dia bagi.

Ijam : Adik emas kan? Nak buat macam mana...

Ijam : Wa, minggu depan kan birthday uncle? Aku nak datang do, tapi ada kenduri kat kampung. Sorry, babe! Nanti aku kirim hadiah, eh?

Wawa : Alaa... Apa ni? Dua-dua tak boleh pergi. Haritu dah janji kan?

Fatt : Sorry, Wawa. Nanti aku bawak buah tangan untuk kau. Ni semua salah abang aku, booking tiket lambat!

Ijam : Bawak untuk aku sekali, Fatt! Sorry again, Wawa! Nanti kita hang out, aku belanja kau!

Najwa tersenyum. Dia tahu bukan niat mereka berdua tidak mahu pergi. Sejak perkenalan mereka bertiga iaitu sewaktu di tingkatan satu, setiap tahun kawan baiknya itu akan datang ke majlis hari lahir papa. Najwa memang tidak pernah buat majlis hari lahir untuk dirinya, kerana dia akan teringat pada mama yang meninggal dunia pada hari lahirnya. Dia pasti papa pun tidak mahu mengingati peristiwa itu.

Lif berdenting sebelum pintunya terbuka luas. Najwa melangkah keluar dari lif. Laju kakinya melangkah menghampiri kaunter penyambut tetamu. "Hai, Kak Shila!"

"Eh, Wawa! Lama tak datang?"

"Busy sikit, kak. Kak Marissa ada?"

"Ada, tapi rasanya dia nak keluar tu. Wawa tunggu sini ajelah."

Najwa angguk menurut kata. Dia melabuhkan punggung atas sofa yang disediakan di situ. Menunggu kehadiran kakak saudaranya. Sementara menunggu sempat dia berbual dengan dua orang rakan baiknya itu melalui aplikasi Whatsapp.

"Najwa?"

Najwa angkat wajah tatkala mendengar namanya diseru. Dia tersenyum ceria melihat Kak Marissa dan tunangnya, Abang Mikael. "Suprise! Eh, Kak Mar dengan Abang Mika nak pergi mana? Belum waktu lunch lagi kan?" Dahinya berkerut.

"Kita orang nak pergi hospital ada kerja sikit," beritahu Abang Mikael.

"Wawa nak ikut tak? Alang-alang lepas selesai kerja tu, boleh pergi lunch sama," ajak Kak Marissa.

Najwa angguk laju. Dia bangun dari sofa mengekori langkah pasangan tunang itu. Kak Marissa dan Abang Mikael sudah kenal dua bulan lepas. Seminggu yang lepas, mereka berdua bertunang selepas Abang Mikael ambil keputusan untuk bertemu dengan ibu bapa Kak Marissa.

Mereka bertiga pergi ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Abang Mikael. Kereta diparkir elok dalam kawasan hospital itu. Kak Marissa menghulurkan topeng menutup mulut dan hidung yang pernah dipakai zaman sekolah dahulu.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now