Bab 30: Facing His Fear

769 60 5
                                    

Danny memandang sekeliling. Memastikan tiada penghuni di dalam rumah itu. Langkah kakinya mengikut jejak Night dan Ray di hadapannya. Mereka kini berada di rumah jiran sebelah si penculik. Night berhenti serta-merta. Pandangan dialih pada dua orang lelaki yang mengekori jejaknya dari tadi. "Kita tak boleh masuk ikut bawah. Aku takut tak lepas. Aku tahu orang Rashidi tu semua bukan orang biasa-biasa diupah."

Ray angguk. "Ben, kau boleh kesan berapa orang dekat dalam dan halaman rumah?" soalnya pada Ben yang setia menunggu di dalam kereta tidak jauh dari rumah itu melalui earpiece yang dipakainya untuk berhubung.

"Luar ada empat orang. Tingkat satu ada lebih kurang enam hingga tujuh orang. Tingkat dua ada dua orang. Tingkat tiga pun dua orang."

Ray memandang Night. Pandangannya dibalas dengan anggukan dari Night.

"Kita masuk ikut tingkap. Ben, jejak bilik mana yang dia orang dikurung," arah Night. Pistol yang menyimpan tali besi itu ditembak ke udara. Dia memacak pistol itu di atas rumput sedalam mungkin. Penuh berhati-hati dia memanjat tali itu ke bumbung rumah tidak berpenghuni itu.

Ray dan Danny turut mengikut dari belakang. Setibanya mereka di atas bumbung, kelihatan Night memandang lama salah satu tingkap pada rumah si penculik itu. Ray tidak mengerti tetapi dia tahu, pasti sukar untuk Night menyerang rumah yang menyimpan kenangannya bersama keluarga.

"Bilik tengah.Tingkap kedua dari depan. Tingkat kedua,"

Night terdiam. Berdebar jantungnya. Matanya menghala tepat pada tingkap yang disebut Ben dari awal dia naik ke bumbung rumah itu. Aryan. Dia pejam mata erat. Dadanya terasa sempit. Air mata mula bertakung. Tak, Amar. Kau tak boleh lari lagi. Inilah masanya.

Night memanggil Danny dengan isyarat tangan. Matanya dibuka perlahan. Kepalanya menoleh ke sebelah kanan. "Kau tembak sekali aje, bagi tingkap tu retak. Selebihnya, nanti kita yang pecahkan. Ben, get ready." Sempat dia memberi arahan kepada Ben.

Danny angguk sekali. Matanya memandang tingkap yang perlu dipecahkan itu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan. Tangan menghala muncung pistol Glock 17 pada arah yang ingin dilepaskan tembakan. Berdebar hatinya. Bimbang sekiranya tembakannya terkena pada tempat yang tidak sepatutnya.

Setelah pasti, dia menarik picu perlahan dan...

Kringggg!!!

Najwa mendongak ke atas. Dia mengerutkan kening. "Ada kebakaran ke?"

Lisa dan Qistina dipandang. Masing-masing menjungkit bahu.

Berkerut kening Harris mendengar bunyi bingit itu. Dia memandang ke arah tingkap. Matanya terbeliak seketika. "Semua tunduk!" Dia menarik kepala Qistina melindunginya dari arah bertentangan dengan tingkap. Najwa dan Lisa menurut tanpa bantahan. Irfan yang seakan tidak mengerti hanya mengikut apa yang dilakukan oleh empat orang dewasa di dalam bilik itu.

Kaca tingkap pecah berderai ditendang dari luar. Tiga orang jejaka melompat masuk ke dalam bilik itu. Ketiga-tiga lelaki itu bertopeng menutup wajah masing-masing. Mereka berdiri melihat sekeliling. Dua daripadanya memandang Harris dengan pandangan tajam.

"Night?" Persoalan timbul serta merta di dalam minda tiga orang wanita itu saat pandangan mereka jatuh pada Night yang sering digambarkan oleh masyarakat luar.

"Sekarang aku dah tengok dia depan mata, dia nampak hot!" Qistina berbisik.

Bisikan yang didengari itu menerima jelingan tajam dari Harris dan Night. Qistina senyum menmbalas jelingan tajam teman lelakinya itu.

Ray mengerutkan kening memandang Lisa yang turut sama berada di dalam bilik itu. "Lisa?" Bukan dia saja yang pelik akan kewujudan Lisa di situ, Night turut mempunyai perasaan yang sama. Dia memandang Danny yang seakan meunggu arahan daripadanya. "Lepaskan semua orang." Dia melutut mengeluarkan pisau yang diselit pada kaki seluar. Dihulur pisau kecil itu kepada Danny.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now